October 10, 2024

uncertainty of life.

 




hi guys.. 

sebenarnya i tak tahu nak tulis ke tak entry ni. tapi sebab i rindukan diri i yang dulu. banyak jugak benda yang i simpan and tak tulis dekat blog ni. lately kan  banyak gila kes orang bercerai. i avoid to discuss about their problem.  for me nobody wants to experience that . jadi biarkanlah mereka yang selesaikan sendiri.



and semalam i got the news about company layoff.   if you know you know company mana i kerja. my company is too big so i tak mungkin kenal semua. for now i belum kena layoff. in future i didnt know. 


takut ? risau? i manusia of course la . kita ada commitment. tapi sejak i cuba belajar dekatkan diri dengan Allah i rasa lebih tenang.


konsep rezeki ni macam ni. kalau Allah takdirkan current company ni bukan terbaik untuk i lagi. nothing i can do untuk pertahankan. 


i rasa sejak i train myself untuk practice cara berfikir macam ni i lebih tenang. 


of course i rasa sedih to those affected. i doakan yang terlibat diberikan ketenangan emosi dan dapat kerja baru secepat mungkin.




i know maybe ada yang baca blog i maybe fikir. "kau senanglah cakap una... kau tak pernah rasa"

siapa cakap?


itulah sebenarnya orang yang suka share benda benda gembira ni tak semestinya hidup dia sentiasa happy. 


untuk pengetahuan semua i pernah hadapi bermacam macam episod rejection, failure u name it.


buat pertama kalinya meh la i cerita.


dulu kan lepas i belajar  i nak mula kerja macam macam benda i kena hadap. i maybe tak pernah tulis. 

my family kan tak susah tak senang . mama abah dua dua kerja as gov servant tapi i anak sulung. my siblings bawah i ada 4. as first born kan bila i complete my diploma i sengaja tak sambung degree sebab i know my parents tak mungkin boleh tanggung serentak 4 orang di uni. 

i kerja  la dekat site. tapi memang company lama i tu low ball gila dah i pun masa tu tak ada experience. 

i buat kerja untuk 3,4 orang.  gaji ?  tak sampai 2k. ini serious. tapi company i masa tu claim dekat client kata gaji i 8k. menyirap tapi sis sabar jelah. 


after 2 years i decided untuk berhenti. i tinggalkan dunia engineering. i masuk f&b.   4 bulan jadi manager for 1 kedai cupcake di midvalley tiba tiba that company pun nak tutup di malaysia.  

lepastu i i job hunt lagi. jawatan dia kata sales. okaylah kita cubalah sales tu. sekali sis kena tipu. 

ya kena tipu. kena masuk satu company  biarlah dirahsiakan namanya tapi i kerja sekejap je.tak sampai sebulan i rasa. korang bayangkan jawatan dia sales. tapi dia tak allign dengan my prinsip . sebab i rasa macam tipu orang.


kerja dia kena dapatkan orang untuk donate for charity. orang yang donate kena pakai credit card  or debit card not cash. dia macam yearly subscription. 


i masa tu macam eh ni donate jenis apa ni paksa paksa orang subscribe pulak ?


i rasa korang boleh teka kot. so kalau i dapat orang i will get rm90 for credit card user. rm30 for debit card user.

terkejut? yah.. sebab i tak pernah cerita kan. so orang pun tak tahu . orang ingat hidup i smooth as butter.



lepasty i join satu company f&b as manager jugak. i kerja situ hidup macam slave. pergi pagi balik tengah malam. sebab staffing issue. staff tak cukup manager kena cover. duit short semua jangan cerita lah. belum cerita layan complain lagi.


tugas hakiki i masa tu kena control cost kedai, hire orang , submit sale je sepatutnya. tapi tula fikir balik kenapalah eah i bertahan kat situ setahun lebih jugaklah.


lepastu i masuk company f&b yang lagi satu. company ni okay dari segi gaji . cuma tak tahulah maybe dugaan i. sebab i nak khawin that year. adalah this one manager ni dengki sikit. sebab baru join dah naik jadi leader. dia kira dah lama in that company.  long story short she made everybody in the new outlet to go against me. 

i dengan staff outlet sebelum sebelum tu tak ada problem.  cuma tu la jealousy . i walk away from that toxic environment.

kenapa i mengalah and blah? for me la... any job that cost me my inner peace i let go je. lagipun i busy fikir nak khawin. bayangkan i nak khawin bulan 12. i berhenti around may. 


tapi tak lama i menganggur i terus secure a new job.lepastu i masuk company yang ni sales jugak. i kerja as tsr agent. buat cold call. promote product. 

basically insurans. i tak perform langsung. kadang ok kadang tak. tahu kenapa? 


no offense to non muslim kalau ada yang baca.  masa tu i pun tak tahu . to whoever  takaful agent yang i call masa tu i nak berterima kasih dekat dia.


i masih ingat masa i promote the product that agent cakap baik baik dengan i.


miss x : dik  , maaf sis tanya awak islam ke?

me: ya kak. saya islam.

miss x : product awak ni bagus tapi maaf akak cakap kita muslim sayang. jangan promote lagi ya. kalau ni takaful tadi memang sis ambik. tapi ni bukan islamic product.  


me: in denial pada mulanya.


lepastu balik i cari. rupanya apa dia cakap betul. okay i tak tahulah korang tahu ke tak. kita kan kat malaysia. kalau muslim kita memang dapat islamic loan kalau beli kereta ke rumah ke. 


as muslim kita tak boleh terlibat dengan riba. so i masa tu macam buka matalah. 


then kebetulan masa tu kan kena renew contract . Allah bantu i . sebab i pun tak perform . i diberhentikan kerja. 



okay dah berapa dah dugaan tu?  jap ada lagi.

i berhenti on september on october time tu i dapat kerja baru.  i dapat kerja as customer service for grab sg.


masa ni my life slowly getting better.  tapi tulah hidup ni tak sunyi dengan ujian .  siapa siapa yang pernah kerja handle customer from singapore korang fahamlah. 


i faham je fussy . bagi i fussy tu biasa. customer negara mana tak fussy. cuma ada this one incident yang membuatkan i jadi jobless.  ya i tak pernah cerita sebelum ni.  


ceritanya begini... if korang nak tahu customer service ni kena buat pengesahan maklumat la and can only reveal alamat ke, apa apa benda peribadi kepada orang itu sahaja.


contohnya : abu nak check benda berkaitan dia.. dia tak boleh suruh ali yang cakap dengan customer service. memang kena abu jugak yang cakap.


since this happened in early 2020 i ceritalah ya.  satu malam i dapat call dari this one guy dia nak check which club his wife pergi sebab dia cakap  wife dia hilang handphone. as husband dia nak pergi cari.


so i cakap macam ni " sorry sir, i cant disclosed that. i need to speak to your wife"

then he put his wife on the phone. masa tu i kan tanyalah pengesahan diri macam biasa. then okay i bagi lah tahu club mana dekat his wife sebab soalan i tanya semua wife dia jawab dengan betul.tapi dia buat loudspeaker if i am not mistaken.


esok tu masa i dah sampai tempat kerja i dimaklumkan i kena gantung kerja sebab reveal pii. 

pii ni short form untuk personal identifiable information. i defend diri i but of course customer always right. 


turns out the wife went out to the club jumpa scandal dia ke apa ntah. the wife was livid sebab how did her  husband find out  club mana dia pergi. dia pun tak berapa cerdik curang tapi balik rumah dalam keadaan mabuk :/


maybe dia geram scandal dia kena tibai kot. 


so i jobless again. then i pergi interview. maybe Allah nak tolong i. masa interview tu i sorang je dapat result on the spot yang i dapat kerja tu.

Allah maha baik guys . dan sekarang dah 4 tahun lebih i kerja di company yang sama.  


now... with the current situation am i afraid? a little because i believe  Allah akan tolong i.

i serahkan semua pada Allah.   when i heard the news i sad for others .

i cant comprehend how people can be  so cruel .  adalah i terbaca ada yang suka pulak bila tengok orang di timpa musibah.


it's funny how people celebrate others struggles, forgetting life always comes full circle. 


dunia nak akhir zaman ni . bawak bawak la berubah okay.


akhir kata i harap semua orang murah rezeki and semoga sentiasa dalam lindungan Allah.



till then 


ttyl


 una mn



No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta