August 9, 2012

Tutorial tingkatkan trafik secara mendadak guna tools free tak perlu install semudah ABC

assalamualaikum,
okay apa yang una nak tulis harini mengenai tutorial trafik
seperti biasa una akan terangkan satu persatu tanpa menggunakan ayat skema supaya korang senang faham.

asiafans.net
una pun masih fresh lagi
baru join harini
nampak tak betapa tak sabarnya una nak ajak korang ni join?

1.bukak tab cari asiafans.net  atau korang boleh klik iklan dia kat bawah header ni

2. tekan button register seperti dalam gambar ni

3.isi form yang dah disediakan seperti di bawah

 lepas register korang bukak e-mail kalau ada e-mail masuk dari asiafans.net korang verify untuk pengesahan
ok so korang dah sah menjadi pengguna asiafans.net lepas tu apa korang perlu buat?
dapatkan coin dengan membuat task2 yang diberikan seperti dibawah. hah? task?
haaaa korang tak payah nak pening sangatlah, sebut task je badan dah lembik
relaks. bahasa mudahnya tugas. ala tugasnya senang je kot .. tak percaya?
una tahu bila korang nampak je perkataan beli, korang terus tak minat

TAK PERLU BELI!
  DIULANGI TAK PERLU BELI!
tengok gambar dibawah


klik mana satu korang nak, dapatkan coin sebanyak boleh

una tahu tanggapan korang mesti, alahhh kena share kat facebook la
TAKPAYAH okaayyy
una tak bergurau dalam hal hal ni.
tak payah
cuma perlu like beberapa page je,  proses dia cepat sangat.
TAK PERCAYA KE? *angkat kening*

meh tengok gambar kat bawah pulak.


 bila coin dah cukup, macam una dah dapat 100 una stop jap
macam mana nak tahu dah cukup?
nampak tak smiley yang una bulatkan dengan bulatan oren tu
jumlah dia 64. masa una buat tutorial ni coin una tinggal 64 .
so bagi korang afdhal korang cukupkan 100, nak lebih pun boleh.

okay bila coin dah 100, korang klik dekat add my site
nampak tak una dah bulatkan dengan warna merah tu
apa lagi klik la sekarang?
nanti dia keluar macam gambar bawah ni



disebabkan una nak promote blog una ni, so una pilih google+1
sebabkan dekat situ tak ada tulis blogger.com , blogger pun under google kan
so kalau korang nak promote blog korang buat je macam una
url tu , url blog korang , title tu nama blog korang

okay tiba part yang korang mungkin tak faham
kenapa coisn tu una letak 50
dan cpc una letak 2 coins

50 coins umpama bayaran korang kepada admin
untuk mempromosikan blog korang.
korang dapat 100 coins so korang letak 50, biar 50 lagi dalam account korang
cpc tu pulak berapa korang bayar per  click

jangan pening, korang bayar guna coin yang korang kumpul
bukan guna duit , jangan kedekut guna coin sebab
lagi banyak CPC yang korang bagi lagi tinggi lah kebarangkalian untuk site/link korang diclick/di surf sebab priority diberikan kepada sesiapa meletakkan CPC lagi tinggi..


kalau korang malas nak earn coin cara klik-klik fb, twitter dan sebagainya korang bolehla beli
tapi kalau korang  sukakan benda free macam una ni
HAHAHA tak perlu beli.


SENANG KAN?
oh ya kalau korang tak faham sangat dengan keterangan una ni
cuba klik page ni dia ada buat tutorial tau






August 8, 2012

jalan buntu. boleh kongsi pendapat tak?


sejak aku habis belajar haritu , aku masih terumbang ambing dengan hala tuju hidup yang pasti tak pasti.

keadaan memang menyukarkan aku untuk buat pilihan.
aku tak tahulah mungkin DIA dah beri petunjuk atau aku yang buta tak nampak petunjuk yang DIA bagi tu?

tekad aku nak tolong mama abah, mungkin pada zahirnya aku bukan anak yang baik buat mereka, selalu berselisih pendapat.
kadangkala aku rasa aku betul tapi bagi mereka aku salah, dan begitu pula sebaliknya.

begini situasinya , aku berumur 21 tahun, mama seorang nurse, dan abah seorang polis biasa. mama dengan abah mendesak aku masuk degree full time study , tapi aku fikirkan adik-adik aku lagi 4 dibawah. ini bukan cerita drama sedih petang -petang.
ini kisah aku sendiri. kami tidaklah senang , dan tidaklah juga susah. cuma korang sendiri tahu nak hidup sekarang ini seperti apa?



 
aku cuma berfikir aku mahu kerja dan kemudian study part time degree. tujuan aku cuma nak ringankan beban keluarga. mungkin bagi sesetengah orang usia aku setampuk pinang yang muda, tak perlu lagi nak kerja tapi kadang-kadang kita kena dewasa dengan cepat. aku pun tak suka dengar rungutan, atau keluhan dari mama dengan abah tentang duit atau membiaya aku . *itu memang sikap aku dari dulu*
tapi aku tak salahkan mereka, mama abah pun manusia kan?
tambah lagi adik aku yang 4 orang tu ada kerenah masing-masing.
lagi pun aku mungkin akan masuk degree pada tahun yang sama dengan adik bawahku fauzi . yang no 3, aqilah tahun ni spm, kalau keputusan dia okay, maknanya 3 orang sekaligus ke ipta . aku risau mama susah, abah susah.
entahlah. mungkinlah situasi aku taklah sesukar orang yang menderita di afghanistan, atau iraq atau palestin.
tapi masalah ni pun mampu buat aku telan 2,3 biji panadol .




korang rasa apa aku patut buat?
mengikut saja atau ikut rentak hidup aku nak?

maklumlah aku muda tak ada pengalaman, mungkin dengan nasihat korang aku boleh buat keputusan .



p/s: minta maaf atas penggunaan 'aku' harini untuk orang yang lebih berusia.

August 2, 2012

samsung s3 dari celcom? hoii gila ke ape ohsemmm kot...

sebagai penggemar gadget una akui yang sekarang ini smartphone sudah tumbuh dengan riangnya umpama lollipop di musim bunga



tak ada kena mengena? eh pedulilah ini entry saya.



alkisahnya sejak munculnya pelbagai semak phone ni, maka bergusti la para-para pembeli, sesungguhnya ramai betul yang minat smartphone ini ye?




mestilah siapa pula mahu ketinggalan dalam era masa kini yang serba canggih ni kiah? siapa???



pokoknya kita mesti bijak memilih smart phone mengikut keperluan kita.
eh lupa , mengikut tebal poket jugak.




Memperkenalkan!!!!



design for human. inspired by nature.

samsung s3!!!!





siapa tak nak application dia yang sungguh ohseeemm tu?



semua pun tahu samsung sekarang sangat style tahap cipan
sungguh pandai menggoda u ollz
haha una sila behave!



siapa-siapa guna samsung pun tahu yang samsung sekarang tampil dengan pin lock screen yang perlu diingat. bukan no tapi jeng jeng jeng!!!





amacam tergoda tak leman?





ada game serba comel contohnya



1)cut the rope
2)temple run
dannnnn banyak lagi.....


yang paling menambat hati kini pengguna samsung boleh mendapat kesaksamaan citarasa seperti pengguna i phone
dengan adanya application gambar yang ohseemmmm  seperti instagram

air liur menitis?
dah tak sabar nak beli?
eh nanti dulu...

selain instagram ade satu application gambar yang boleh buat kulit kita licin dan putih umpama snow white , kemudian boleh upload terus ke facebook tanpa bangkahan sesiapa lagi.

tak payah photoshop, tak payah nak photoscape

cuma ikut step ni

1) ready muka kiut sehabis boleh
2) tekan snap 980000 juta kali
3) upload ikut suka hatimu.


hehe jangan risau pasal kejelasannya
kamera pun 8.0 mp
ada kamera depan belakang lagi, ape lagi kau hendak?

harganya ?
ekhemm rm2200
tapi sudah ada yang murah sikit rasanya
kena pandai cari
jangan silap pilih yang AP set tau
nanti tak ade warranty sendiri rugi ehhhh

samsung galaxy s3 dari celcom memang ohsem sebab..
 
menyediakan plan yang memudahkan pengguna.
 
Samsung Galaxy S III
RRP: RM2,199
Celcom Exec 50 + Mobile Internet BasicCelcom Exec 50 + Mobile Internet Advance Celcom Exec 250
Monthly CommitmentRM 88RM 108RM 250
Data FUP1GB3GB5GB
Upfront paymentRM 300RM 300RM 600
12 months contractRM 1,778 RM 1,748 RM 1,568
18 months contractRM 1,718 RM 1,678 RM 1,398



android 4.0
4.8' HD super AMOLED Display
1.4GHz quad-core processor
8mp camera
micro sim
free 50Gb dropbox storage



 
buat masa ini una cuma mampu pakai blackberry
as we know blackberry sangat murah berbanding  samsung
saya ingin samsung, belanja boleh? *kenyit mata*




p/s: saya belum guna samsung lagi tak ada duit, klik nuffnang saya, saya nak gak beli samsung yang ohsemm tu :")