April 15, 2023

Iftar with colleagues at ktown

 



hi guyss..

so harini i ada makan makan dengan my ex  team . hasil dari hasutan i akhirnya my ex team leader memilih untuk makan di ktown. so bulan ni je i dah makan dekat ktown sebanyak 3 kali. 


dari kiri : belakang cermin tengku riduan,amirul,  and dimas
dari kiri  depan cermin :   shaiful nazar, velmurugan, amirul nadzmi, ikhmal, afini, sabrina, azhani, nabila and syikin, yang baju hijau  atiqah and yang duduk atas kerusi tu our tl or my ex tl nurfarahin or i panggil dia ein.  dekat bawah tu nama dia gayathri.


me? i yang ambik gambar HAHAHA






tak ada banyak sangat gambar kami focus makan. lepas makan baru kami ambil  gambar . lepastu i send hani to nearest lrt and i send nabila back to her home sebab rumah dia dengan i satu area je. 

i kinda miss this team sebab yela i adalah rapat dengan a few especially yang pernah kerja sekali dengan i.

hopefully dengan new team i cepat mesra . actually i tak pindah tempat kerja pun cuma pindah team. 




k tu jela korang i tak tahu nak cerita apa pun. i cuma nak letak gambar dekat sini sebagai kenangan.



till then



ttyl


una mn


April 8, 2023

breakfasting at ktown again & completing my raya checklist



 


Hi guys...

so yesterday i dengan husband decide nak berbuka puasa dekat luar. tbh i nak makan dekat hotel sebenarnya tapi bila fikir punya fikir i rasa better i makan dekat ktown je sebab for me still affordable. so pagi pagi lagi i dah book dekat website. i ambik slot pukul 8 sebab i tak puasa. jujur i dengan husband tak puasa sebab dua dua food poisoning and on antibiotik. even kitorang getting better doctor advise us untuk habiskan antibiotic selama 5 hari. even kami tak puasa kami cuma tak sahur and makan roti which is made us super hungry. yelah selalu sahur makan nasi. ni tak puasa tapi makan roti je


sampai je g village desa pandan kitorang pergi solat maghrib dulu. settle solat kami terus masuk and makan. mujur ada table and kami dapat masuk awal. this time around kami makan makanan bergrill and cuma order 2 makanan lain selain makanan bergrill .  



we pick tiger prawn 2 set each set ada 5 or 6 ekor,lamb (husband i yang makan), yakiniku beef 2 set, baby octopus 1 set.  for makanan lain i order kimchi jigae and  honey chicken. 


for drinks i minum agak banyak sebab yelah semua boleh refill kan. i ambik 2 peach  & 1 ice chochlate.

husband i minum wintermelon with grass jelly and lemon tea. 


habis  makan kami terus pergi uptown kota damansara sebab husband i nak gunting rambut .

i pulak duduk dalam kereta cari parking sebab semalam uptown sangat penuh. 




Harini 8 april 2023




 pukul 9.15 am as usual i ada class mandarin. habis class i berehat. petang husband i pergi beli makanan kat bazaar.  lepas makan and solat maghrib i tergerak hati nak check email. rupanya  hadiah birthday husband i dah sampai store!!!


cuba teka i belikan dia apa?


i ni simple je . i malas nak beli benda dia tak suka. i akan tanya dia .. dia nak apa. Alhamdulillah dia tak pilih hadiah mahal. dia nak reversible parka je from uniqlo . so  i order through online sebab kalau i order online i dapat discount HAHAHA

sini la i tunjuk macam mana reversible parka tu.







ni ha... 



normal price dia rm199.90 tapi i dapat discount rm15 sebab  i dapat discount code for my birthday on march. okaylah jadilah walaupun sikit discountnya. 


sambil sambil tu kami jalan jalan . so i pun tersambar 2 helai tudung from waarna .

 

i suka colour dia . pastel colour and harga dia quite affordable. only rm98 for 2 pcs 1 rm49.

selalu i beli dekat tudung ehem ehem or quack quack mesti habis over than that.

so my raya checklist completed la jugak. i cuma tak beli handbag baru je . i rasa no need kot sebab i ada a few handbag yang i tak terpakai. maybe i boleh simpan duit for handbag impian i?



okay jeng jeng this is my raya checklist!!!


basically i dah settle my raya checklist dengan jayanya tanpa pembaziran.
i only buy what i need. 

kasut i dah beli dengan my friend isnin ni my husband gonna pick up my raya shoes.

k tu jelah for now korang


till then 


ttyl

una mn







April 6, 2023

Mother daughter spa session & activity 2,3 days

 



Hi guys.. so entry ni adalah aktiviti i 2,3 hari ni . bila i tulis dekat sini maksudnya i nak ingat benda ni sampai bila bila. ni i cerita ikut tarikh eah supaya senang. a few weeks ago kan my husband and i balik untuk cat rumah. tapi hanya settle area ruang tamu je dengan ruang makan. this time around main agenda balik nak sambung cat bahagian tangga.lagipun i cuti cuma selasa je sebab this is transition week  so cuti i gap. selasa dengan sabtu.i apply al on friday sebab i nak rest.  rabu khamis i kena masuk office so kenalah balik rabu. bulan ni i night shift so tak perlu rushing.


3 april 2023

kitorang balik lepas i habis kerja 11 malam. mujur i wfh harini so yeah habis je kerja pack pack barang terus balik.memandangkan tak jem. kami gerak 11 setengah sampai sana belum pukul 1 pun even  kitorang singgah family mart sungai besar beli air . 






4 april 2023

sahur dengan my mom. masa tu baru tahu dia rupanya nak pergi mahkamah haritu. tengah makan tiba tiba jadilah conversation ni.


mama: kakak pukul berapa kau nak bawak mama pergi mahkamah?

me : hmm ha??? (blur sebab tak ada mention sebelum ni kena pergi mana mana)

        ikut mama la orang okay je


mama : okay pukul 9 la mama lepas subuh nak rehat kejap.

me : okay.


i terpinga pinga rasanya mama lupa nak cakap dengan i or dia ingat adik i aqilah dah beritahu i kena pergi mahkamah. mujur masa kemas baju nak balik i tergerak hati bawak baju yang proper sikit. sebab yelah i kan cuti sekejap je so most of the time kat rumah i pakai baju kelawar. buatnya i pack baju kelawar je nayaaa. moral story . always be ready .so around 8 lebih i bangun siap siap mandi . around 9 kami terus ke mahkamah area sungai besar.


mesti korang pelik why pergi mahkamah. okay benda ni pun baru tahu.   ayah i kan meninggal dunia bulan lepas. jadi harta dia yang beku ni kenalah dituntut. pada mulanya mama nak pakai amanah raya je.

adik i aqilah dah teman sampai sana amanah raya kata harta lebih 100k kena pergi mahkamah.

jadi i teman mama untuk submit tuntutan la dekat sana.  just pro tips dari i yang dikongsikan oleh mahkamah . kalau boleh buat sendiri sebab amanah raya nak charge 5 % dari  total harta orang yang meninggal. makna kata  contoh ya...


contoh : arwah ada harta 100k (ni contoh ya bukan harta sebenar arwah) tbh i tak ambik tahu sangat total berapa but more than that sebab kereta and motor arwah included. harga kereta dikira harga semasa bukan harga beli.

amanah raya akan charge 5k. dah la segala borang tetap kita uruskan sendiri menurut kata mama. 

so sebutan untuk bicara on 9 may so sebagai anak i kena ambik cuti teman mama.  memandangkan

fauzi dekat pulapol, ammar maybe tak boleh cuti sebab bulan tu dia akan banyak cuti sebab dia akan menamatkan zaman bujang. aqilah pulak baru start kerja tempat baru.



lepas je settle urusan mahkamah i dengan my mom  singgah spa saja jela i bawak dia . i belanja dia untuk facial and manicure pedicure. niat i baik saja bagi dia happy sikit. kami tak pernah ada spa session together as mother and daughter . i memang dah pernah janji even sebelum abah meninggal lagi nak bawak mama pergi spa cuma asyik tak sempat. this time i bawak. i know tanggapan orang pasal dalam iddah ke apa ke. pendapat i ... ni self care ni bukan buat maksiat tau.  biar la Allah tahu niat i.niat i nak bagi dia happy je. lagipun this is ladies spa. memang keluar kereta masuk. settle balik



i pun facial sekali. spa ni spa yang sama i pergi dulu
ellys spa. i suka spa ni even dia tak la aesthetic . harga dia okay okay la
tak semahal yang i selalu pergi dekat damansara.

lepas spa session kitorang pun balik
sebelum balik i singgah pergi diy sebab husband i kirim barang
dia kan sibuk mengecat tangga dekat rumah my mom.


actually kitorang nak letak flutted wall macam half dekat sini tapi dekat area sini tak ada jual
yang tu nanti nanti kalau i jumpa i akan beli bawak balik.

petang tu around 6 i dengan husband keluar pergi bazaar. 
i tunggu dalam kereta husband i keluar kereta sorang. 
kitorang punya character terbalik tau. selalu macam yang suka nak beli banyak banyak kan perempuan
tapi kitorang tertukar. husband i yang jenis macam tu.

dia beli air tembikai for us.
and beberapa makanan lain.


5 april 2023 

lepas sahur and subuh kami tidur balik. around 8 something kami bangun and siap siap balik ke damansara
my husband ambik mc sebab dia demam. meanwhile i pada mulanya taknak mc. 
kami pergi clinic dekat ttdi and then balik tu singgah beli lauk untuk masak berbuka. 
masa berbuka i masih okay. 

lepas solat isyak i terus siap siap pergi office. sampai office perut i mulai sakit tapi i still rasa sakit biasa je kot. i continue my work. around 11 something i rasa tak boleh dah ni.
i pergi dekat meja team leader i cakap i nak balik sebab sakit.
so i nak ambik mc.  i drive dengan keadaan perut yang sangat sangat sakit.
i ingat nak pergi clinic husband i pergi siang tadi sebabnya setahu i clinic tu buka 24 hrs.
rupanya clinic tu tak buka 24 hours guys....

 i google all the clinic nearby . i call the first clinic 
okay ada bukak tapi the clinic masih baru and tak ada panel.

so i call another clinic okay alhamdulillah clinic tu ada panel .
panel company i micare so of course i pergi situ


siapa je nak bayar mc sendiri kalau boleh percuma kannnnn




i went to clinic anda kota damansara.

guys sebab doctornya seorang je yang kerja i tunggu around 30  minutes untuk di panggil ke dalam bilik.

doctor tu check i dia tanya apa problem i cerita semua. she started tekan tekan perut i.
dia risau i appendic. i memang muka dah takut guys. lepas ambik my blood pressure
dia decided untuk ambik darah i dekat hujung jari.

lepas dia ambik and get the readings

doctor  : eh awak punya food poisoning ni bukan biasa punya tau...
i on kan antibiotic you kena habiskan 5 hari ni.

me : so kena makan masa sahur and berbuka ke doctor?

doctor: awak dah sakit pun nak puasa ke? cannot puasa ya for 5 days.
sebab awak punya reading bacteria ni tinggi tau. you know benda ni nampak simple but people can actually die from this.

me: (tergamam)




usually i will ignore but since it is life threathening situation i tak puasa la. 
i baru berangan puasa penuh this year.


balik rumah i told my husband everything.
yelah dia terkejut i balik awal selalunya pagi pukul 8 baru sampai rumah kalau night shift kan.
sebab puncanya dari air tembikai yang i minum husband i marah betul dia kata balik nak pergi kedai orang jual tu.  i said to him tak payah. malas nak kecoh sebab benda dah pun jadi.

i dapat mc 2 hari . so that night and today i tak payah la kerja. 
kebetulan esok jumaat and sabtu i memang cuti so i get to rest .
hopefully cepat la baik. i boleh rasa i okay sikit harini.

k guys tu je from me .

hopefully esok i dah okay

sebab i dah rindu nak buka puasa dekat luar


till then


ttyl

una mn