Hi guys.. so entry ni adalah aktiviti i 2,3 hari ni . bila i tulis dekat sini maksudnya i nak ingat benda ni sampai bila bila. ni i cerita ikut tarikh eah supaya senang. a few weeks ago kan my husband and i balik untuk cat rumah. tapi hanya settle area ruang tamu je dengan ruang makan. this time around main agenda balik nak sambung cat bahagian tangga.lagipun i cuti cuma selasa je sebab this is transition week so cuti i gap. selasa dengan sabtu.i apply al on friday sebab i nak rest. rabu khamis i kena masuk office so kenalah balik rabu. bulan ni i night shift so tak perlu rushing.
3 april 2023
kitorang balik lepas i habis kerja 11 malam. mujur i wfh harini so yeah habis je kerja pack pack barang terus balik.memandangkan tak jem. kami gerak 11 setengah sampai sana belum pukul 1 pun even kitorang singgah family mart sungai besar beli air .
4 april 2023
sahur dengan my mom. masa tu baru tahu dia rupanya nak pergi mahkamah haritu. tengah makan tiba tiba jadilah conversation ni.
mama: kakak pukul berapa kau nak bawak mama pergi mahkamah?
me : hmm ha??? (blur sebab tak ada mention sebelum ni kena pergi mana mana)
ikut mama la orang okay je
mama : okay pukul 9 la mama lepas subuh nak rehat kejap.
me : okay.
i terpinga pinga rasanya mama lupa nak cakap dengan i or dia ingat adik i aqilah dah beritahu i kena pergi mahkamah. mujur masa kemas baju nak balik i tergerak hati bawak baju yang proper sikit. sebab yelah i kan cuti sekejap je so most of the time kat rumah i pakai baju kelawar. buatnya i pack baju kelawar je nayaaa. moral story . always be ready .so around 8 lebih i bangun siap siap mandi . around 9 kami terus ke mahkamah area sungai besar.
mesti korang pelik why pergi mahkamah. okay benda ni pun baru tahu. ayah i kan meninggal dunia bulan lepas. jadi harta dia yang beku ni kenalah dituntut. pada mulanya mama nak pakai amanah raya je.
adik i aqilah dah teman sampai sana amanah raya kata harta lebih 100k kena pergi mahkamah.
jadi i teman mama untuk submit tuntutan la dekat sana. just pro tips dari i yang dikongsikan oleh mahkamah . kalau boleh buat sendiri sebab amanah raya nak charge 5 % dari total harta orang yang meninggal. makna kata contoh ya...
contoh : arwah ada harta 100k (ni contoh ya bukan harta sebenar arwah) tbh i tak ambik tahu sangat total berapa but more than that sebab kereta and motor arwah included. harga kereta dikira harga semasa bukan harga beli.
amanah raya akan charge 5k. dah la segala borang tetap kita uruskan sendiri menurut kata mama.
so sebutan untuk bicara on 9 may so sebagai anak i kena ambik cuti teman mama. memandangkan
fauzi dekat pulapol, ammar maybe tak boleh cuti sebab bulan tu dia akan banyak cuti sebab dia akan menamatkan zaman bujang. aqilah pulak baru start kerja tempat baru.
lepas je settle urusan mahkamah i dengan my mom singgah spa saja jela i bawak dia . i belanja dia untuk facial and manicure pedicure. niat i baik saja bagi dia happy sikit. kami tak pernah ada spa session together as mother and daughter . i memang dah pernah janji even sebelum abah meninggal lagi nak bawak mama pergi spa cuma asyik tak sempat. this time i bawak. i know tanggapan orang pasal dalam iddah ke apa ke. pendapat i ... ni self care ni bukan buat maksiat tau. biar la Allah tahu niat i.niat i nak bagi dia happy je. lagipun this is ladies spa. memang keluar kereta masuk. settle balik
No comments:
Post a Comment