Hai guys seperti mana title this long post adalah satu post tentang how my raya went this year. i will put kronologi because i want to remember everything. this entry sis akan buat dari waktu sis balik ke rumah my mom.
19/4/2023
i kerja night shift. malam tadi i kerja and habis kerja around 7 am . lepas kerja i rest dulu tidur. dalam pukul 3 lebih lepas settle packing kami bergerak balik ke sabak bernam. sampai sabak bernam kami ke beberapa tempat untuk cari barang barang untuk raya. this year i plan nak memeriahkan raya dengan bbq session pada hari raya pertama. as you guys know my mom kan dalam iddah so kami tak boleh nak berjalan ke rumah pakcik makcik. so they come to us instead. kami beli arang, beli 1 beg ais besar for raya beli stock mercun bunga api and beli makanan dekat bazaar. malam tu sis kerja and dengar pengumuman raya. raya jatuh pada hari sabtu!!! even ura ura jumaat raya.alhamdulillah kalau tak pagi raya sis akan tidur sebab malam ni sis kerja lagi.
20/4/2023
habis kerja i tidur as usual bangun lepas zuhur sis tidur lagi. maybe letih sangat semalam tak cukup rest.
harini my husband sambung mengecat bahagian tangga atas and wall dekat atas. petang tu dia ajak pergi cari ayam untuk bbq pagi raya. kami ke segi fresh untuk beli ayam wing, nugget, and benda lain yang kami nak bakar bakar. this night i still have to work. so yeah nothing much i did that day.
21/4/2023
after work againnnnn i tak buat apa apa sangat selain tidur. i guess mama mesti sakit hati dengan i.
sebab i janji nak buat biskut tapi sebab letih i tak buat. sorry mama. i literally didnt do anything :'D
rasa macam anak derhaka pulak. working in odd hours memang mencabar ya. The only thing i did maybe sapu sampah ? HAHAHA. malam raya kami adik beradik main mercun together. only four of us . my husband, ammar and aiman. aqilah kerja and cuma dapat balik pagi raya. fauzi tahun ni raya belah wife dia. i was kinda surprised that my brother boleh balik untuk raya. i thought dia kena bertapa je dekat pulapol tu. good for him actually. tapi i was kinda questioned his choice to become a police officer sebab he already secure job as lecturer before this. maybe dia nak capaikan hajat abah. or maybe he just like that profession. dont get me wrong . i know working as policeman is good . i know about the benefit too. i just remember masa my abah kerja dulu dia agak susah dapat cuti raya. so maybe my brother dont mind kot.after seronok bermain mercun . i masuk dalam and perap ayam untuk bbq esok.
it turns out pink!!! HAHAHAHA wtf macam ayam sakit. tapi my mom cakap memang camtu warna dia kalau perap nanti dah bakar eloklah.
22/4/2023
pagi raya my husband and brothers pergi solat raya. in our family tradition idk if you guys sama ke tak perempuan duduk rumah tak solat raya. so sementara itu i siap siap mandi and make up for family photo. after diorang balik solat kami pun ambik gambar using my camera.
selepas ambik gambar kami ke kubur abah..
assalamualaikum abah. this is our first raya without you. kami baca yassin dekat sana .
rindu? gila tak rindu. cuma i tak nangis la even yang lain semua nangis. i percaya abah dekat tempat yang sangat baik disisi Allah. it is a dream to return to Allah in that kind of way. <3 you forever.
to opah and atuk orang miss you guys too. tapi sorry tak dapat pergi kubur. nanti kita ke sana bila mama dah habis iddah okay?
lepas balik dari kubur kami sekeluarga balik rumah and rest.before that my husband, i dengan adik i aqilah singgah beli mercun and tealive
Lepas selfie kami back to normal clothes. kami tidurrrrrr HAHAHAHA. masa zuhur kami terbangun and solat. and thennnn maklong paklong sampai!. happynya tuhan tahu. jannah, ika and her husband pun ada
pada malam kami start main bunga api.masih bakar bakar lagi. main mercun kemudian family pak andak sampai. my cousin ila and her little family pun sampai.
kebanyakan diorang duduk dalam rumah. meanwhile me, ika , jannah sibuk layan anak saudara kami main bunga api. actually kami semua rindu nak berkumpul. cuma tak ada orang yang rumah sebesar rumah opah. why kita tak berkumpul sana? biar yang tahu je tahu..
doakan i kaya ya.. i kaya i beli rumah besar macam aliff syukri tu kita lepak ramai ramai okay.
ramai lagi tak dapat join sebab masing masing raya rumah mertua.
malam dah larut masing masing beransur.
lepas aktiviti kemas mengemas kami pun tidur!!! malam tu fauzi pun sampai dengan his wife.
23/4/2023
raya kedua yang suram. we didnt do anything . just lazying around. spend time dengan movie. tengok netflix. tengahari i pergi kfc beli ayam saja nak treat my family makan even mama dah masak. saja buat tambah lauk. malam tu kami sambung main mercun lagi . stock mercun memang banyak. so sajalah sambung main.malam tu fauzi and wani balik kl balik sebab esoknya fauzi kena lapor diri ke pulapol.
mama risau dia sangkut jem so mama suruh diorang balik awal. malam ni sis kerja kembali. hahaha kembali menjadi burung hantu. im used to it. sambil kerja i layan netflix cerita korea unlocked. quite scary but really and eye opening story. you guys should watch it!!
24/4/2023
habis kerja sis tidur as usual. lepastu tengahari makuda , pakuda and my cousin wawa sampai.
kami bersembang agak lama . we talked about life. so pukul 3 ,4 lebih macam tu diorang gerak ke kampung nak lawat kubur opah and atuk. i dengan husband pulak bertolak balik ke damansara. mula mula i drive and i mengantuk gila and husband i drive pulak .sepatutnya 1 jam lebih je sampai tapi sebab jem teruk. kami ambik masa 4 jam jugak. sampai rumah maghrib!!! mujur kami bawak bekal lauk dari mama. kalau tak mesti lapar. dah balik penat memang tak adalah nak masak. grab pulak kebanyakannya fast food je yang ada. malamnya sis kerja jugak!!!
25/4/2023 (today)
i supposed to write this entry tengah hari tadi tapi i took time to transfer my picture and videos from camera to iphone.
so yeah inilah dia entry how my raya went.
i am thankful for everyone yang menceriakan raya saya. dah la guys i dah lambat kejap lagi i kena kerja!!! oh ya nak tengok video full tengoklah tiktok saya!!!
till then
ttyl
una mn
1 comment:
Selamat hari raya Una :)
Post a Comment