January 25, 2011

tips make up untuk mereka berkulit gelap

hye everyone!
ok seperti tajuk di atas
cik teddyuna nak kongsi tips2
make up untuk mereka yang berkulit gelap
sebab ade seorang dua kawan una tanya
macam mana nak make up
so una yang tak berapa nak ada ilmunya
mampu kongsi sikit2 la ye
siapa kata orang berkulit gelap tak boleh bergaya?
cheryl samad berkulit gelap/hitam manis
tapi tetap cantik
jadi jom kita lihat tips2 untuk kulit seperti ini

1)foundation: pilih foundation yang berasaskan air,water based foundation dan warna yang paling mendekati warna asal kulit (natural beige).ini kerana foundation jenis ini meresap kedalam kulit dan membuatkan kulit nampak sekata dan lebih natural.


2)Bedak: Kulit gelap selalunya kelihatan berminyak kerana pantulan pada kulit tersebut,jadi untuk melindungi kesan kulit berminyak sapukan sedikit bedak bayi ke atas kulit muka secara sekata dan nipis setelah memakai foundation(jangan tempek terlalu banyak jika mahu make up kelihatan soft dan semula jadi). kemudian sapukan secara sekata bedak flawless supaya dapat menutup kesan bedak bayi tadi. kulit muka akan kelihatan fresh dan natural.

3)eyeshadow:elakkan memakai warna yang terang(striking) cubalah warna seperti grey,brown,silver,bronze,gold,

4)maskara:jangan lupa memakai maskara supaya mata tidak kelihatan layu.

5)eyeliner: eyeliner adelah salah satu alat make up yang terpenting.gunakan colour yang sesuai supaya mata anda lebih menyerlah.

6)fake eyelash: untuk memberikan kesan mata yang menawan pemakaian fake eyelash sangat penting,jangan terlalu tebal pula,pilih yang sesuai dengan bentuk mata anda .jika bulu mata anda semula jadi lebat sperti rozita che wan tak perlulah memakainya.

7)contact lens:ok sekali lagi dingatkan,mata itu sangat penting.jika anda inginkan kelainan bolehlah memakai contact lens dimata.barbie eye lens  bersaiz 16 mm digalakkan.

8)Blusher:untuk mereka yang mempunyai kulit yang tersangat gelap:Pilih warna deep rose, apricot, coral & deep orange.

untuk kulit yang sedang2 gelap/ hitam manis:boleh gunakan warna rose pink untuk siang hari dan bronze ,plum and wine untuk malam hari.


9)Lipstik:elakkan warna2 yang pucat(nude colour) sebaiknya cubalah warna seperti warna apricot, blackberry, caramel, serta red

warna2 lain yang mungkin sesuai ialah: copper,coral,bronze,wine,burgundy, chestnut ataupun maroon.


10)highlighter:fungsinya untuk memberi kesan kulit cerah gunakan sekitar mata,hidung,sekitar tulang pipi dan sekeliling bibir.



additional tips berdasarkan balancing rules

jika anda rasakan bibir anda cantik dan mahu fokus diberikan kepada bibir,
lebih baik warna eyeshadow lebih redup dari warna bibir.(maksudnya warna bibir lebih menyerlah dari warna eyeshadow)elakkan memakai kedua-duanya dalam warna yang striking.anda akan kelihatan seperti badut.


berkulit gelap bukanlah alasan untuk anda terlalu merendah diri ,chill XD


p/s: kecantikan itu milik setiap insan






5 comments:

A.s.t.i.n.a said...

una.. untuk kulit cerah ade tak..

Bukan riak *saya tengah berwajah siyes*
kulit cerah byk pigmentasi..
pakailah bedak apepun tetap makin byk pigmentasi..

soklan: apekah blusger yang sesuai digunakan? heh.. Una tak perlu jawab... hari ini ade kemerengan yang serius..

Unamn said...

@ astina.. hmm nanti una buat 1 post untuk mereka yg berkulit cerah pulak ;)

Arief Arf said...

untuk lelaki takde ke?
ahahahahahahahaha
X)

Nurulhuda Zaharni said...

wah! sangat bagus tuk saya!

kakak kiroro said...

tq....sesuai utk ckin yg hitam mnis ni? manis ke?? haha

💝 Anniversary Trip To Jakarta