Showing posts with label make up tips. Show all posts
Showing posts with label make up tips. Show all posts

February 24, 2015

Entry Bergambar : Kesalahan Besar Ketika Make Up dan Make up look sesuai untuk anda




sebenarnya ramai perempuan suka make up tapi tak ramai yang tahu mengaplikasikannya dengan betul. Make up can make or break your face. The famous quotes by make up guru michelle phan.


antara kesalahan besar yang dibuat oleh seseorang wanita ketika menggunakan make up ialah di bahagian:

1) Kening
Melukis kening secara membabi buta adalah satu kesalahan besar yang dilakukan ramai wanita.Lukisan kening haruslah seimbang .Warna di tulang kening haruslah lebih pekat daripada pangkal kening. Melukis kening dengan terlalu memberi tekanan pada pensel membuatkan kening anda kelihatan terlalu tebal. Ingat..
anda  mahu mencantikkan kening bukan memusnahkan kening anda .



2)Bluser
Blusher pipi adalah optional. untuk kelihatan cantik dan lebih natural anda disarankan membeli cream blush bertekstur ringan. Sapuan ringan adalah cukup untuk menyerikan pipi anda. Kesalahan biasa dilakukan ketika make up ialah menggunakan blush jenis powder yang warnanya tidak sesuai dengan tona kulit dan disapu secara berlebihan. Ianya menyebabkan wajah  anda kelihatan seperti badut McDonald.


3)Eyeliner.
Adalah wajib bagi anda untuk mengenali bentuk mata dan jenis mata anda.Eyeliner wing sesuai untuk membentuk mata agar lebih bundar dan besar. Teknik wing liner ini biasa digunakan mereka bermata sepet,Kesalahan biasa dilakukan sewaktu menggunakan eyeliner ialah jenis eyeliner digunakan. untuk aktiviti yang akan buat korang lebih mudah berpeluh,.cari eyeliner yang takkan comot. Sebagai contoh liquid eyeliner from silky girl. Mudah je nak tanggal .. tak ada masalah mata panda.. tak perlu genyeh mata dengan make up remover berjam jam semata mata nak tanggalkan kesan kesan eyeliner. Ingat,. pilih eyeliner sesuai dengan keadaan.


4)Lipstain/Lipice/Lipstick
Untuk lippies pula kesalahan yang biasa dilakukan ialah tidak menggunakan lip liner. Bagi pengguna lipstick tegar.. anda pasti tahu lipstick adalah sangat mudah pudar. Bagi student yang kurang berkemampuan... boleh guna lip tint sahaja..
Kalau nak rasa fancy shemancy .. boleh guna lipstain dari Nyx. Sesuai untuk fresh look. Elakkan guna lipstick berwarna garang ke kelas, ketika menziarahi pesakit dan ketika bekerja.

5)Foundation
Pilih foundation yang sesuai dengan warna kulit anda. Mac adalah pilihan yang tepat. Memilih foundation yang tidak sesuai dengan tona kulit anda hanya akan membuatkan kulit anda kelabu.

6)Eyeshadow
pemilihan eyeshadow yang berwarna agak striking adalah salah satu kesalahan besar yang anda lakukan. Ya.. kita harus bereksperiman.. tapi ingat "less is more"
Kalau rasa rasa teringin sangat nak pakai eyeshadow .. pakai warna coklat sebagai pembayang mata .. anda akan kelihatan lebih fresh dan menawan.

bonus tips

salah satu rahsia hasil make up yang cantik adalah kualiti produk yang digunakan dan teknik blending yang dilakukan. Make up yang cantik adalah make up yang "blend in" dengan tona kulit si pemakai.



Sandra Alwie  : antara figura yang aku dah kenal lama dalam dunia maya.
Aplikasi make up simple ni boleh dipraktikkan bersama.

Niena Baharun actress, model dan figura yang aku minati jugak. Dia punya skin memang dah cantik
tapi make up dia boleh dicontohi ..Light, soft and sweet. Hijabster yang simple ni adalah ikon fesyen aku.
aku tak berapa suka sepsis pintal sana pintal sini.. boleh maut tercekik main pintal pintal ni :D


Ini pulak adalah contoh make up berat sedikit sesuai untuk perkhawinan
mesra fotografi. CREDIT : NABBY BADJENID
daripada instagram dia. Ni adalah bride yang dia make up kan. Nice kan?



P/s: Next inshallah aku akan up entry jenama jenama make up yang anda boleh cuba. :D

September 1, 2012

tips make up : barangan make up boleh di pelbagaikan fungsinya?

okay mula-mula nak mintak maaf dulu bebanyak sebab aku dah lama tak blogwalking. update pun  ikut suka hati je nak update taknak update. actually aku masih dalam mood raya walaupun aku tak beraya ke rumah member aku walau sorang pun . perangai keji.
 
 
haipp ape aku melalut ni? kata nak citer tips make up?
okay nak cerita la ni.sebenarnya baru je beberapa hari lepas aku tengok satu video dari michelle phan. aku yakin ramai dah kenal beliau. actually make up tips ni dari beliau ye bukan dari aku, kalau dari aku nescaya aku tak tulis dikhuatiri tak menjadi pulak. lepastu ade pulak yang buat riot ramai2 secara bermuafakat. karang tak pasal2 aku jadi kembar altantuya kena bom sebab merosakkan muka orang ramai. tidak.. aku tidak ingin itu terjadi. T_T
 
 


 
BASIC MAKE UP
 
aku sukakan natural make up  so ini antara benda basic seseorang pencinta make up perlu ada, tak ada.. lantak kau lah aku taknak belikan hahaha
 
1.eyeliner
2.lip gloss/lipstik
3.foundation
4.compact powder / mineral powder
5.concealear
6.shading
7.highlighter
8.blusher
 
 
 
okay nampak banyak?
sebenarnya korang tak perlu nak beli semua pun.
jika korang berkerjaya dan perlu tampil cantik sentiasa
memang make up kena tebal ikut suka korang lah nak beli
tapi sebagai golongan 20 an *haha overnya 20 an*
okay 21 an ..
mostly pelajar, baik berjimat cermat dan menyimpan duit demi kesenangan poket dan perut masa akan datang
 
nak cantik tapi tak nak belanja banyak2?
 
ikut cara ni
 
cuma beli ini
 
1. bedak compact two way cake foundation, kita boleh guna sebagai bedak dan foundation. macam mana? basahkan sedikit span dan sapu sikit atas bedak compact tadi , kemudian sapu pada muka. hasilnya insyaallah cantik.
 
 
 
2.eyeliner warna hitam, coklat, merah dan putih. eyeliner warna hitam boleh guna sebagai eyeliner, warna coklat untuk lukis kening jika kening anda tak gelap dan tak lebat macam kening saya, warna merah pulak boleh gunakan sebagai lipliner,dan kalau dioles sedikit dan diratakan kebibir boleh buat bibir cantik seakan kemerah merahan tanpa secalit lipstik.ohh ya aku lupa, kegunaan eyeliner/lipliner warna coklat ini juga boleh jadi shading di muka.korang buat dot kecil kat tepi batang hidung, bila gosokkan dah jadi shading tu.eyeliner putih pulak boleh jadi highlighter bawah sudut kening, bagi effect terbentuk dan jugak boleh digunakan untuk bawah mata untuk ilusi mata cerah dan besar :) eyeliner tak mahal aku pernah beli murah je.. rm2 sebatang ok what?
 
 
 
3.lipstik : beli lipstik nude colour atau colour merah . liptik ni kita semua tahu gunanya untuk bibir tapi kegunaan lainnya pula boleh jadi blusher, buat dua titik dia rahang pipi, kemudian ratakan secara  menarik ke arah tepi. lipstik ini berfungsi umpama cream blusher gitu.
 
 
 
 
 
sebenarnya apa yang aku cuba sampaikan dekat sini, kita tak perlu nak berbelanja sangat kepada barang make up kerana yang lebih penting adalah kecantikan dalaman dan tak guna juga kalau kita beli make up satu lori tapi muka asal kita  cantik sikit dari momok. ubah la tabiat suka tidur lewat tu *eh macam mengata diri sendiri la pulak* kerana semua tu mengundang eyebag , kemudian, banyakkan makan vitamin c dari buah buahan bukan cucuk vitamin c sebab aku percaya, vitamin c yang cucuk cucuk tu mesti ade side effectnya ,lebih baik kita mengamalkan secara semulajadi. sekian itu sahaja ceramah free aku nak bagi kat korang. adios amigos babai.
 
 
 

July 10, 2012

testimoni lipstik mary kay


mary  kay lipstik dusty rose




ini adalah lipstik mary kay yang baru sampai tadi, cantik kan?

oh ya lupa kualiti gambar ni hampess ape kata kita kidnap satu dua gambar dari google nak?

kalau korang cakap taknak pun una tetap nak kidnap gak :P






                                                                         
ni adalah contoh pandangan luarnya
eceh pandangan luar konon
bahasa jangan nak berbunga sangat la..



        ni jenis pink melon
     kalau dipakai nescaya bibirmu akan menjadi macam aktress sinetron indonesia gitu..
cantik kan?





contoh warna bibir setelah dipakaikan lipstik ini
nampak mungil dan menggiurkan

rawr *tetibe*

tips : untuk kesan yang lebih dramatik apply foundation di bibir sebelum pemakaian lipstik ini

pakai lipliner untuk membentuk bibir.



akhir kata sila lah beli produk ini
insyaalah  kepuasan terjamin

tak tahu nak beli kat mana?
tanya je nanti una bagi link facebook pengedar dia

p/s: benda baik kita kongsi 


November 25, 2011

cara buat make up remover sendiri (DIY Makeup Remover)




assalamualaikum , hari ini una nak kongsi satu tutorial , iaitu cara membuat make up remover sendiri.apa itu make up remover? kiranya macam sesuatu untuk membersihkan kulit muka selepas make up.


so apa bahan bahan dia ?

1) minyak zaitun
2)gel aloevera

campurkan minyak zaitun dan gel aloevera
ambil kapas muka dan sapukan di serata muka
senang! takut ke ? tak percaya ?
tips ini digunakan oleh michelle phan di dalam video barunya .





cuba lah saya dah cuba =)
memang segar,

*di dalam video ini dia menggunakan air aloevera,tapi lebih fresh lebih bagus bukan?

aloevera itu adalah dikenali sebagai lidah buaya dalam masyarakat melayu.
tips tambahan: aloe  vera bole digunakan untuk melentikkan bulu mata.


blogger pilihan petang ini



p/s: prevent your skin naturally =)


November 3, 2011

tips kelihatan cantik,segar, bergaya tetapi simple

untuk kelihatan fresh, cantik tetapi simple sebenarnya mudah
cuma ramai yang tak mempraktikkan
ada sesetengah golongan yang terlalu taksub dengan make up
sehingga nak ke warung pak seman pun make up tebalnya kalah tv 24 inchi di rumah tu



dan ada pula golongan yang tak suka make up sampai dibiarkannya pucat lesi sehingga tak dapat beza dengan kulit mayat..
ish3.. salah tu (sambil geleng kepala)

begini la cara yang agak simple tetapi mudah diikuti rakan rakan sekalian

1) wapkan muka  dengan air suam sebelum tidur,
benda murah, apesal tak nak ikut? kadangkala orang tanya apa kaitan?
ingatlah mencegah lebih baik dari merawat. tahukah anda air suam yang diwapkan dimuka mampu membuka liang liang di kulit dan mengeluarkan minyak, bila minyak keluar itu jerawat tidak naik la kawan :)

2) pilih baju yang berona dan berwarna ceria,
kenapa?automatik kita akan nampak fresh dengan pemilihan warna ceria,
kalau harini dah merah esok tukar la warna lain,baru la nampak segar tetapi simple. walaupun ianya cuma t shirt.(t shirt itu comel tahu? )

3)pilih seluar yang sesuai
seluar , kalau boleh jangan beli yang cawat pendek bukan sahaja tak senonoh di mata masyarakat tapi diri sendiri tak selesa, betul ke tak betul?karang mula la tertarik sana, tertarik sini.lebih baik mengenakan sesuatu yang tidak menyeksa diri dan mata orang lain.


4)solekan nipis
untuk kelihatan fresh, elakkan pakai eyeshadow, shimmering blush dan solekan tebal lebih lebih lagi jika anda hanya ingin ke warung pak seman (pak seman lagi),ke rumah bedah ,ataupun ke rumah meon,(melainkan kenduri khawin yang menyebabkan anda rasa anda perlu make up tebal untuk kalahkan pengantin),
seboleh-bolehnya eyeliner pun tak perlu pakai.cukuplah sekadar lip balm sheer rose atau lip ice yang bila di tonyoh ke bibir kalian mampu memerahkan bibir sedikit.
pernah dengar perkataan simple but nice? kalau nak pakai eyeliner boleh tapi tak perlu wing, sekadar ikut garis mata sudah.


5)senyum
senyumlah ,senyuman itu asli tak pernah fake, bila kita senyuma dari hati yang suci dan murni maka bertambah-tambah lah seri kat muka tu .


the best make up for girls are her smile :)

January 25, 2011

tips make up untuk mereka berkulit gelap

hye everyone!
ok seperti tajuk di atas
cik teddyuna nak kongsi tips2
make up untuk mereka yang berkulit gelap
sebab ade seorang dua kawan una tanya
macam mana nak make up
so una yang tak berapa nak ada ilmunya
mampu kongsi sikit2 la ye
siapa kata orang berkulit gelap tak boleh bergaya?
cheryl samad berkulit gelap/hitam manis
tapi tetap cantik
jadi jom kita lihat tips2 untuk kulit seperti ini

1)foundation: pilih foundation yang berasaskan air,water based foundation dan warna yang paling mendekati warna asal kulit (natural beige).ini kerana foundation jenis ini meresap kedalam kulit dan membuatkan kulit nampak sekata dan lebih natural.


2)Bedak: Kulit gelap selalunya kelihatan berminyak kerana pantulan pada kulit tersebut,jadi untuk melindungi kesan kulit berminyak sapukan sedikit bedak bayi ke atas kulit muka secara sekata dan nipis setelah memakai foundation(jangan tempek terlalu banyak jika mahu make up kelihatan soft dan semula jadi). kemudian sapukan secara sekata bedak flawless supaya dapat menutup kesan bedak bayi tadi. kulit muka akan kelihatan fresh dan natural.

3)eyeshadow:elakkan memakai warna yang terang(striking) cubalah warna seperti grey,brown,silver,bronze,gold,

4)maskara:jangan lupa memakai maskara supaya mata tidak kelihatan layu.

5)eyeliner: eyeliner adelah salah satu alat make up yang terpenting.gunakan colour yang sesuai supaya mata anda lebih menyerlah.

6)fake eyelash: untuk memberikan kesan mata yang menawan pemakaian fake eyelash sangat penting,jangan terlalu tebal pula,pilih yang sesuai dengan bentuk mata anda .jika bulu mata anda semula jadi lebat sperti rozita che wan tak perlulah memakainya.

7)contact lens:ok sekali lagi dingatkan,mata itu sangat penting.jika anda inginkan kelainan bolehlah memakai contact lens dimata.barbie eye lens  bersaiz 16 mm digalakkan.

8)Blusher:untuk mereka yang mempunyai kulit yang tersangat gelap:Pilih warna deep rose, apricot, coral & deep orange.

untuk kulit yang sedang2 gelap/ hitam manis:boleh gunakan warna rose pink untuk siang hari dan bronze ,plum and wine untuk malam hari.


9)Lipstik:elakkan warna2 yang pucat(nude colour) sebaiknya cubalah warna seperti warna apricot, blackberry, caramel, serta red

warna2 lain yang mungkin sesuai ialah: copper,coral,bronze,wine,burgundy, chestnut ataupun maroon.


10)highlighter:fungsinya untuk memberi kesan kulit cerah gunakan sekitar mata,hidung,sekitar tulang pipi dan sekeliling bibir.



additional tips berdasarkan balancing rules

jika anda rasakan bibir anda cantik dan mahu fokus diberikan kepada bibir,
lebih baik warna eyeshadow lebih redup dari warna bibir.(maksudnya warna bibir lebih menyerlah dari warna eyeshadow)elakkan memakai kedua-duanya dalam warna yang striking.anda akan kelihatan seperti badut.


berkulit gelap bukanlah alasan untuk anda terlalu merendah diri ,chill XD


p/s: kecantikan itu milik setiap insan






Pindah Rumah & Valuable Life lessons