Showing posts with label beauty tips. Show all posts
Showing posts with label beauty tips. Show all posts

November 23, 2011

cara check kelajuan internet anda (hot tips)



musim cuti sekolah dan musim hujan antara musim yanga amat menyebalkan kenapa?sebab musim musim begini line internet, tak kira wifi ataupun broadband akan terganggu, lebih lebih lagi bila musim hujan

tapa kadangkala kita tak ingat itu musim hujan yang kita tahu kita mempunyai hari yang amat penting masanya, banyak aktiviti kita nak buat banyak entry kita nak taip
dengan gelojoh menaip kalau boleh nak patbelas entry satu hari tanpa memikirkan saat anda nak publish tiba tiba internet menunjukkan lembap tahap tenuk beliau.
kemudian mula lah kita berangin semacam satu hari moody, hanya kerana line yang lembap mood satu hari boleh rosak oo sungguh bebal bukan?

so selepas ini sebelum korang nak menaip ke ape ke boleh la lakukan sedikit ujian terhadap line anda

menggunakan  satu site (free sahaja mari cuba, usah risau muka tak payah ketat sangat rah! )
percayalah bahawa teddyuna suka benda benda free, dan takkan menganiaya sahabat taulan .
nak cuba? klik sini



explaination
jika tahap internet anda 100m/s  itu bermakna internet sedang tersangat lembap
jika tahap internet 18 m/s dan rendah-rendah seperti ini ,internet berkadar laju

anda bukan salah baca ianya benar , jika angka tinggi maksudnya internet lembap

so selamat mencuba ;)


blog pilihan petang ini
p/s : jangan biarkan diri anda diselubungi tekanan =P

November 3, 2011

tips kelihatan cantik,segar, bergaya tetapi simple

untuk kelihatan fresh, cantik tetapi simple sebenarnya mudah
cuma ramai yang tak mempraktikkan
ada sesetengah golongan yang terlalu taksub dengan make up
sehingga nak ke warung pak seman pun make up tebalnya kalah tv 24 inchi di rumah tu



dan ada pula golongan yang tak suka make up sampai dibiarkannya pucat lesi sehingga tak dapat beza dengan kulit mayat..
ish3.. salah tu (sambil geleng kepala)

begini la cara yang agak simple tetapi mudah diikuti rakan rakan sekalian

1) wapkan muka  dengan air suam sebelum tidur,
benda murah, apesal tak nak ikut? kadangkala orang tanya apa kaitan?
ingatlah mencegah lebih baik dari merawat. tahukah anda air suam yang diwapkan dimuka mampu membuka liang liang di kulit dan mengeluarkan minyak, bila minyak keluar itu jerawat tidak naik la kawan :)

2) pilih baju yang berona dan berwarna ceria,
kenapa?automatik kita akan nampak fresh dengan pemilihan warna ceria,
kalau harini dah merah esok tukar la warna lain,baru la nampak segar tetapi simple. walaupun ianya cuma t shirt.(t shirt itu comel tahu? )

3)pilih seluar yang sesuai
seluar , kalau boleh jangan beli yang cawat pendek bukan sahaja tak senonoh di mata masyarakat tapi diri sendiri tak selesa, betul ke tak betul?karang mula la tertarik sana, tertarik sini.lebih baik mengenakan sesuatu yang tidak menyeksa diri dan mata orang lain.


4)solekan nipis
untuk kelihatan fresh, elakkan pakai eyeshadow, shimmering blush dan solekan tebal lebih lebih lagi jika anda hanya ingin ke warung pak seman (pak seman lagi),ke rumah bedah ,ataupun ke rumah meon,(melainkan kenduri khawin yang menyebabkan anda rasa anda perlu make up tebal untuk kalahkan pengantin),
seboleh-bolehnya eyeliner pun tak perlu pakai.cukuplah sekadar lip balm sheer rose atau lip ice yang bila di tonyoh ke bibir kalian mampu memerahkan bibir sedikit.
pernah dengar perkataan simple but nice? kalau nak pakai eyeliner boleh tapi tak perlu wing, sekadar ikut garis mata sudah.


5)senyum
senyumlah ,senyuman itu asli tak pernah fake, bila kita senyuma dari hati yang suci dan murni maka bertambah-tambah lah seri kat muka tu .


the best make up for girls are her smile :)

October 25, 2011

tips perempuan- kulit cantik adalah kulit segar tanpa make up berlebihan :)

hai hai semua!
semua perempuan inginkan kulit cantik dan sihat tak ada siapa yang tak nak bukan?sehingga ramai yang teringin untuk membeli produk sk2  lalu mengumpul duit berkati2 demi sk2,dan sementara tunggu nak pakai sk2 kulit tak dijaga itu langsung , choy!

itu salah sama sekali (sambil menggeleng kepala)
disini una  nak share tips sikit dekat girl kat luar sana
jika anda berumur 20 an seperti saya,
anda wajib menjaga kulit dari sekarang,jika tidak anda akan menangis di kemudian hari , tolonglah jaga kulit supaya tak kusam, tak ada eyebag besar,
or pimples besar gedabak,



ini semua demi masa depan,
dalam menghadap manusia2 yang kuat mengejek dan hipokrit
anda semua perlu siapkan diri terutamanya PEREMPUAN

okay dah cukup intro seperti itu (bebel tak habis) 
  1. anda mempunyai kulit kusam?
  2. tidak bermaya di tengah hari?
  3. kulit berminyak bertan2?
  4. mahu make up simple tapi kekal di muka?


begini  dalam memilih make up dan pencuci muka
, anda tak boleh nak main bedal je
walau ape pun produk
pleaseeee beli trial pack dahulu..
jika tidak rugi kalau tak sesuai
kenal pasti jenis kulit anda dulu

disyorkan pencuci muka mengandungi collagen
nak tahu macam mana?
sila tengok pada pencuci muka kalau ade tertulis "collagen"
bolehlah beli, contoh pencuci muka mengandungi collagen adalah

BIO ESSENCE

mahal sikit, tapi tak semahal sk2
una baru beli semalam pencuci muka dia sebelum ni una pakai olay
olay memang okay cuma una rasa nak bertukar produk
sebab una tertarik dia ada collagen
oh ya lupa nak cakap una beli yang penutup colour gold-bird nest
korang boleh dapatkan di watson or guardian
lepas ni una nak beli semua produk bird nest bio essence,
memang mahal bagi student tapi bagi una lebih baik una habiskan pada kulit muka
daripada una makan dan menggemukkan badan una yang sememangnya gems ni.




ni la yang una beli semalam
nampak tak dia cakap collagen?



ini contoh satu set dia :)


okay bagi mereka yang mahu make up simple tetapi kekal di muka
anda boleh menggunakan loose powder sebagai bedak kegunaan anda jika anda memakai compact powder kulit anda akan kelihatan kusam seperti orang mati menjelang tengahari , ye! saya mengalami perkara yang sama sebab tu saya tahu
compact powder cepat meresap ke dalam kulit , dan biasanya tak kira jenama ape pun compact powder bewarna kuning bukan?

bagi mereka yang suka make up nipis2 macam saya boleh la pakai loose powder
jenama dia secret (secret tu memang nama  jenama dia bukan rahsia)

warna bekas dia hitam dan font dia warna pink
pandai2 la korang cari

atau korang boleh beli jenama lain,
tapi pastikan sesuai dengan kulit anda
nak tahu macam mana?
pergi watson or guardian
kalau ada tester boleh test letak kat pergelangan tangan
pastu balik jangan beli dulu

tengok respon kulit tu kalau ade naik merah2, or gatal2 jangan beli


p/S: okay cukup setakat tu saje,terpanjang pulak entry ni, karang bosan pulak :)


August 20, 2011

beberapa ketul tips kulit untuk semua,sesuai untuk masalah jerawat besar gajah dan kulit berminyak kalah petrol pum!

regarding to our topic today,una nak sertakan sikit beberapa tips yang tak ramai orang tahu,antara masalah kulit yang paling obvious jerawat,oily skin,wrinkle
there's no need expensive treatment,you can try this at home.

korang jangan risau,cik una amat peka kalau bab2 jaga kulit muka
semua orang nak yang terbaik tapi murah so bahan2 yang digunakan boleh kata semuanya boleh dapat di rumah anda :)

tips 1: mengurangkan kulit muka berminyak

rebuskan serai  ruapkan dimuka selama mana yang boleh
10 minit,pastikan seluruh muka kena,sejukkan muka sebentar dan lap muka dengan tisu bersih, korang akan lihat minyak2muka melekat pada tisu :)
minyak muka dikawal,and jerawat akan berkurangan.

tips 2: melembapkan kulit  supaya sentiasa berseri

betik,korang bukan sahaja boleh makan,malah korang boleh tonyoh2 kat muka sesedap rasa,biarkan sampai kering bilas dengan air suam ;)
kulit akan rasa lebih segar umpama di new york :P


tips 3: mencerahkan kulit,menyegarkan ;)

okay yang ni korang boleh tonyoh2 jugak
tomato ni amat-amat berkesan ,buat sekerap mungkin
sesiapa lepas sunburn ke you must try :)


tips 4:kulit putih berseri, buang sel kulit mati
serbuk kunyit

yogurt


campurkan yogurt dan serbuk kunyit dengan sebati,
lumurkan pada kulit muka .. kulit badan pun boleh
-beauty tips ni kebanyakan digunakan di thailand that's why diorang punya kulit cantik


additional tips
 serbuk teh juga bagus untuk kulit,lepas korang minum teh,
jangan buang lumurkan pada kulit ,serbuk teh mampu mencerahkan kulit,buang sel kulit mati
dan effect kulit merah-merahan..


p/s: if kulit korang ade alahan dengan benda2 kat atas ni jangan cuba, beauty tips ni michelle phan pun guna ;)

The most unhinged decision i ever made