October 25, 2011

tips perempuan- kulit cantik adalah kulit segar tanpa make up berlebihan :)

hai hai semua!
semua perempuan inginkan kulit cantik dan sihat tak ada siapa yang tak nak bukan?sehingga ramai yang teringin untuk membeli produk sk2  lalu mengumpul duit berkati2 demi sk2,dan sementara tunggu nak pakai sk2 kulit tak dijaga itu langsung , choy!

itu salah sama sekali (sambil menggeleng kepala)
disini una  nak share tips sikit dekat girl kat luar sana
jika anda berumur 20 an seperti saya,
anda wajib menjaga kulit dari sekarang,jika tidak anda akan menangis di kemudian hari , tolonglah jaga kulit supaya tak kusam, tak ada eyebag besar,
or pimples besar gedabak,



ini semua demi masa depan,
dalam menghadap manusia2 yang kuat mengejek dan hipokrit
anda semua perlu siapkan diri terutamanya PEREMPUAN

okay dah cukup intro seperti itu (bebel tak habis) 
  1. anda mempunyai kulit kusam?
  2. tidak bermaya di tengah hari?
  3. kulit berminyak bertan2?
  4. mahu make up simple tapi kekal di muka?


begini  dalam memilih make up dan pencuci muka
, anda tak boleh nak main bedal je
walau ape pun produk
pleaseeee beli trial pack dahulu..
jika tidak rugi kalau tak sesuai
kenal pasti jenis kulit anda dulu

disyorkan pencuci muka mengandungi collagen
nak tahu macam mana?
sila tengok pada pencuci muka kalau ade tertulis "collagen"
bolehlah beli, contoh pencuci muka mengandungi collagen adalah

BIO ESSENCE

mahal sikit, tapi tak semahal sk2
una baru beli semalam pencuci muka dia sebelum ni una pakai olay
olay memang okay cuma una rasa nak bertukar produk
sebab una tertarik dia ada collagen
oh ya lupa nak cakap una beli yang penutup colour gold-bird nest
korang boleh dapatkan di watson or guardian
lepas ni una nak beli semua produk bird nest bio essence,
memang mahal bagi student tapi bagi una lebih baik una habiskan pada kulit muka
daripada una makan dan menggemukkan badan una yang sememangnya gems ni.




ni la yang una beli semalam
nampak tak dia cakap collagen?



ini contoh satu set dia :)


okay bagi mereka yang mahu make up simple tetapi kekal di muka
anda boleh menggunakan loose powder sebagai bedak kegunaan anda jika anda memakai compact powder kulit anda akan kelihatan kusam seperti orang mati menjelang tengahari , ye! saya mengalami perkara yang sama sebab tu saya tahu
compact powder cepat meresap ke dalam kulit , dan biasanya tak kira jenama ape pun compact powder bewarna kuning bukan?

bagi mereka yang suka make up nipis2 macam saya boleh la pakai loose powder
jenama dia secret (secret tu memang nama  jenama dia bukan rahsia)

warna bekas dia hitam dan font dia warna pink
pandai2 la korang cari

atau korang boleh beli jenama lain,
tapi pastikan sesuai dengan kulit anda
nak tahu macam mana?
pergi watson or guardian
kalau ada tester boleh test letak kat pergelangan tangan
pastu balik jangan beli dulu

tengok respon kulit tu kalau ade naik merah2, or gatal2 jangan beli


p/S: okay cukup setakat tu saje,terpanjang pulak entry ni, karang bosan pulak :)


2 comments:

Umie Nadhirah said...

secret tu jenama eh? haha
yeay akhirnya una beli skII, tahniah..
skin blog pun dah bertukar :DD

Qib said...

haiii.. da lama una x tempek gambar di siniii =3

💝 Anniversary Trip To Jakarta