October 27, 2011

cara berkesan untuk menyimpan duit

duit biasanya siapa yang cukup duit untuk diri dia siap boleh simpan lagi?
siapa ? (sila angkat tangan)
bagus anda manusia bijak!
duit adalah keperluan manusia namun cuma belajar simpan sedikit duit  untuk masa depan , simpan mulai sekarang



ingatlah ya, orang yang kaya biasanya  dia lebih  banyak menyimpan di masa muda
dan perhatikan orang muda yang kaya adalah hasil daripada simpanan bapanya
jelas?
jika ada yang kaya dengan usaha sendiri itu bermakna dia seorang yang berjimat
tak percaya? cuba selidik :)

cara menyimpan duit yang berkesan bagaimana?

1) buka akaun ASB
semua orang tahu kan ASB tu bagus untuk simpanan masa depan?jadi start la simpan mulai sekarang

2)buka 1 akaun rahsia,
rahsiakan daripada sesiapa pun meskipun daripada suami/isteri , boyfriend ataupun girlfriend.Akaun itu untuk anda, jaminan diri anda , andaikata anda mempunyai teman hidup yang kerjanya menghabiskan duit anda je tak ke naya?(read:anda teraniaya,susah),haaaa itulah kepentingan 1 akaun rahsia =)

3)jangan guna lebih daripada pendapatan
kalau gaji anda cuma rm5000 janganlah guna macam gaji anda rm7000, kalau macam tu sampai bila pun anda tak dapat simpan.. =-='

4)jangan apply banyak kad kredit
jangan ikut trend sangat, kawan pakai kredit kad sepuluh anda pun nak sepuluh,
hello sedara itu kad hutang , esok lusa kena bayar. berpada-pada okey, apply satu je cukuplah (latih diri bayar cash)

5)simpan  sekurang-kurangnya 10% daripada gaji anda setiap bulan
kenapa 10%? kalau gaji anda kecil maka 10% tu okay la, kalau gaji dah berjuta lemon sukahati anda la nak simpan berapa banyak pun kan?


6)simpan dalam bank, jangan simpan dalam tabung
bukan tak tahu diri sendiri macam mana kan? tangan siapa tak gatal tengok duit banyak?dan jangan apply atm card untuk bank tersebut buat buku je, automatik duit selamat. sebab? anda lebih malas beratur panjang untuk keluarkan duit daripada cucuk kad atm yang sememangnya mudah tu :)


7)kurangkan aktiviti yang boleh menghabiskan duit
seperti wayang, karoke, bowling, kan lebih baik anda bersenam? :)





p/s: itu sahaja petua yang una dapat bagi try ler lama2 seronok tengok duit yang dah disimpan :)

4 comments:

Unknown said...

ini bes. nub failed bab smpan duit walaupun tak banyak duit.

haha

Qib said...

heee..

anda telah ditag... please menjawab
Sila jawab tag yer. Heee =3 Please feel free

Tag Time

jA_ae(N) said...

buka akaun asb memang langkah yang bijak. my dedi cool kayes sebab rajen simpan duit dalam tuh. rajen simpan je tau. jangan rajen keluar duit pulak. ;p

Anonymous said...

baguslah tips nie.. insyallah saya akan cuba amalkan..

💝 Anniversary Trip To Jakarta