okay mula-mula nak mintak maaf dulu bebanyak sebab aku dah lama tak blogwalking. update pun ikut suka hati je nak update taknak update. actually aku masih dalam mood raya walaupun aku tak beraya ke rumah member aku walau sorang pun . perangai keji.
haipp ape aku melalut ni? kata nak citer tips make up?
okay nak cerita la ni.sebenarnya baru je beberapa hari lepas aku tengok satu video dari michelle phan. aku yakin ramai dah kenal beliau. actually make up tips ni dari beliau ye bukan dari aku, kalau dari aku nescaya aku tak tulis dikhuatiri tak menjadi pulak. lepastu ade pulak yang buat riot ramai2 secara bermuafakat. karang tak pasal2 aku jadi kembar altantuya kena bom sebab merosakkan muka orang ramai. tidak.. aku tidak ingin itu terjadi. T_T
BASIC MAKE UP
aku sukakan natural make up so ini antara benda basic seseorang pencinta make up perlu ada, tak ada.. lantak kau lah aku taknak belikan hahaha
1.eyeliner
2.lip gloss/lipstik
3.foundation
4.compact powder / mineral powder
5.concealear
6.shading
7.highlighter
8.blusher
okay nampak banyak?
sebenarnya korang tak perlu nak beli semua pun.
jika korang berkerjaya dan perlu tampil cantik sentiasa
memang make up kena tebal ikut suka korang lah nak beli
tapi sebagai golongan 20 an *haha overnya 20 an*
okay 21 an ..
mostly pelajar, baik berjimat cermat dan menyimpan duit demi kesenangan poket dan perut masa akan datang
nak cantik tapi tak nak belanja banyak2?
ikut cara ni
cuma beli ini
1. bedak compact two way cake foundation, kita boleh guna sebagai bedak dan foundation. macam mana? basahkan sedikit span dan sapu sikit atas bedak compact tadi , kemudian sapu pada muka. hasilnya insyaallah cantik.
2.eyeliner warna hitam, coklat, merah dan putih. eyeliner warna hitam boleh guna sebagai eyeliner, warna coklat untuk lukis kening jika kening anda tak gelap dan tak lebat macam kening saya, warna merah pulak boleh gunakan sebagai lipliner,dan kalau dioles sedikit dan diratakan kebibir boleh buat bibir cantik seakan kemerah merahan tanpa secalit lipstik.ohh ya aku lupa, kegunaan eyeliner/lipliner warna coklat ini juga boleh jadi shading di muka.korang buat dot kecil kat tepi batang hidung, bila gosokkan dah jadi shading tu.eyeliner putih pulak boleh jadi highlighter bawah sudut kening, bagi effect terbentuk dan jugak boleh digunakan untuk bawah mata untuk ilusi mata cerah dan besar :) eyeliner tak mahal aku pernah beli murah je.. rm2 sebatang ok what?
3.lipstik : beli lipstik nude colour atau colour merah . liptik ni kita semua tahu gunanya untuk bibir tapi kegunaan lainnya pula boleh jadi blusher, buat dua titik dia rahang pipi, kemudian ratakan secara menarik ke arah tepi. lipstik ini berfungsi umpama cream blusher gitu.
sebenarnya apa yang aku cuba sampaikan dekat sini, kita tak perlu nak berbelanja sangat kepada barang make up kerana yang lebih penting adalah kecantikan dalaman dan tak guna juga kalau kita beli make up satu lori tapi muka asal kita cantik sikit dari momok. ubah la tabiat suka tidur lewat tu *eh macam mengata diri sendiri la pulak* kerana semua tu mengundang eyebag , kemudian, banyakkan makan vitamin c dari buah buahan bukan cucuk vitamin c sebab aku percaya, vitamin c yang cucuk cucuk tu mesti ade side effectnya ,lebih baik kita mengamalkan secara semulajadi. sekian itu sahaja ceramah free aku nak bagi kat korang. adios amigos babai.
12 comments:
jimat sikit kan.. kalu dh ade lipstik , xyah bli blusher dh.. hihihi :)
kennnnnnnnnn , betul2 pakai mekap tebal 20 inci siap belapes2 foundation nk watpe bek oki topeng je . heheheh saya pakai mekap nipis2 tapi problem malas cuci mekap. ehee
but tips ni mmg betol tahu sbb bnde2 basic tu dah cukop dah utk our daily routine make up :>
hah , setuju . takyah bazir duet banyak2 . tp wani jenis suke kumpul eyeliner and mascara :P
teha : hehe betul3 jimat :)
dilla : hehe exactly :)
realins :D hehe betul2 x delah bazir
teringin nak mekap tapi takut tak menjadi -__-
yeeehuuuu..tq sbb share :)
bole la buat bisnis..
sy kalo make up pon pakai foundation,bedak n lipstick. kadang2 kalo rajin pakai eyeliner. hehe
bagus tips ni, nasib baik aku tak make up
tq for this sharing..
nice tips!
Sy pun suka natural look and natural beauty..
and of course selalu amalkan suplemen.
biar cantik dari dalam gitu.. hihi.
Post a Comment