siapa yang belum tonton video kat atas boleh tengok dulu.
bercakap tentang spirit coin budak-budak yang lahir sekitar 90 an mesti tahu.
sebab spirit coin agak famous satu ketika dulu, sampai macam jadi trend dan "kebanggaan" budak-budak sekarang tak tahu mungkin, sebab sekarang orang main gadjet je.jadi sekarang ni apa yang aku nak cerita ialah realiti dan kisah benar dari pengalaman aku sendiri. waktu zaman kanak-kanak aku, aku pun teruja nak main benda ni, sehinggalah satu ketika sepupuku balik bercuti di kampung, aku memang 24/7 di sana sebab aku tinggal dengan opah.
kami rahsiakan dari parents, aku ''pinjam'' duit syiling lama opah, dimana bentuknya lebih kurang macam video kat atas ni. opah tak tahu pun aku pinjam sebenarnya
masa tu petang, kami rancang nak main di tengah malam dimana semua orang dalam rumah tu dah tidur. rumah opah aku ni, dua tingkat bahagian bawah besar dan selalu guna,bahagian atas jarang. untuk pengetahuan korang dekat atas tu ada satu bilik yang jarang sangat digunakan dalam makna kata lain bilik tak berpenghuni. dari dalam bilik tu ada satu tingkap yang menghala ke dalam rumah (yang boleh tengok ruang bawah) . dan di depan bilik tu ada satu ruang anjung(umpama ruang tamu tanpa perabot), ruang agak besar untuk kami bermain.
tepat 12 malam kami masing-masing naik, alatan semua kami dah sorok kat bilik tak berpenghuni tu, actually masa aku ambik barang tu aku dah rasa tak sedap hati,sebabnya secara tak sengaja aku terpandang luar tingkap bilik yang boleh nampak ruang bawah sampai ke tangga, aku nampak "sesuatu bewarna putih" seakan-akan menaiki tangga tu.
aku diamkan saja sebab ini sahaja aktiviti kami ada, dan aku seronok tengok muka sepupuku yang lain seakan teruja tak ada rasa takut pun.
kami pasang lilin, suasana tiba2 sejuk, mula-mula kami nak tutup lampu untuk effect seram. tapi tiba-tiba sepupu aku cakap tak payah tutup dia kata sebagai langkah keselamatan, kalau jadi apa-apa kita lari kebawah senang sebab lampu bukak.untuk keselamatan aku bukak jugak lampu tangga (dari ruang atas nak kebawah), lampu tu lampu neon jadi aku harap korang boleh bayangkan sendiri macam mana suasana ketika itu.
masa mula-mula "mantera" hendak dibacakan, kami terdengar ketukan pintu atas,(pintu tu ibarat pintu masuk rumah bahagian atas , tapi langsung tak kami gunakan untuk tujuan tersebut) masing-masing dah telan air liur. sayup sayup dengar bunyi burung hantu. ada antara kami yang dah gelisah, tapi ade yang masih beria-ria ingin bermain. nak taknak kami teruskan juga. mantera dibacakan, belum sempat habis lilin tertiup padam umpama dihembus seseorang , lampu ruang itu dan lampu tangga padam serentak, masing-masing dah menjerit.mujur ada torchlight yang aku dah spare awal2 lagi sebab aku dulu berani-berani takut, jadi torchlight tu menyelamatkan kami, supaya nampak jalan nak kebawah. sampai part nak turun tangga aku rasa macam sejuk di kaki dan di tangan. meremangnya bulu roma tak payah cakap.memang lepas tu ada yang fikir ade orang sengaja matikan suis utama rumah,tapi suis utama rumah ada dekat tempat kami main tu masa permainan tu berlangsung tak ada sorang pun dekat dengan suis tu. start dari haritu tak ada seorang pun antara kami yang cakap nak main permainan tu lagi. mujurlah kan dapat "warning" macam tu, daripada kami main benda lebih teruk yang jadi. kata orang bila dah start main kita tak boleh berhenti selagi dia taknak berhenti, dan lebih teruk lagi kalau main dia minta darah, mintak nyawa. pesanan aku pada korang, jangan cuba-cuba main sebab benda ni syirik.
p/s:korang ada pengalaman seram macam ni? kongsilah dengan aku :)
8 comments:
seramnya baca.. takutt..
datang untuk singgah dan follow anda.. :)
www.kisahsigemok.com
hurmm xlah seram sangat..pengalaman.. mujur x jdi apa2.
Aku dah la baca entry ni tgh2 malam.. hahah
memang berani kau ni xD
dulu waktu sekolah dgr juga budak2 main benda ni dkt bilik dobi sekolah yg tak digunakan lagi waktu malam..
hahahaha sorry.. keh3 tak expect ko nk baca malam2 ni.. hmm betul bnda2 ni kan famous dulu
syirik aaa benda nih
memang syirik pun.. xnak main lgi dah.. dulu kecik2 bukan tahu beza syirik ke tidak =-='
pernah tengok orang main. tapi mmg takot dan taknak main sbb orang kata benda ni syirik. tapi bese la tu budak2 ape tau. my sis and kazen pon pernah main. tapi tak guna coin. guna pensil.
Berani gle ko ni. Aish. Una2.. Nakal juga ko ngn sepupu ko ek hehehe.. Tp tu sume pengalaman ^^
Post a Comment