semua orang mestilah mempunyai impian dalam hidup.
hidup tanpa impian ni payah, tak ada hala tuju . namun impian seseorang itu haruslah realistik dan mampu tertunai janganlah merepek sangat impian tu.
kalau kau berimpian nak beli kereta mewah it's okay.. tapi kalau berimpian nak curi kereta mewah yusry KRU ni makan dia (sambil tunjuk penumbuk)
sebenarnya impian aku ni lebih kurang je macam korang.
cuma aku tak adalah nak terlampau obses dan terlalu menekan atau berharap. slow-slow je . kalau diizinkan ALLAH ,insyallah aku akan laksanakan impian tu . antaranya seperti...
beli rumah sebelum khawin
mungkin ade sesetengah perempuan anggap rumah tu tanggungjawab lelaki, tapi bagi aku menyediakan tempat perlindungan untuk diri sendiri adalah tanggungjawab diri sendiri sekiranya terjadi apa-apa sekurang-kurangnya ada tempat berteduh. aku nak syorkan sangat orang-orang perempuan supaya berdikari jangan terlalu bergantung pada sesiapa bukan apa langkah berjaga-jaga korang takkan tahu apa yang akan jadi nanti. jangan pulak dah beli rumah tukar ke nama boyfriend,tunang atau suami. janganlah "pandai" sangat kalau iye pun sayang :)
beli kereta
hehe ni benda asas lah, kereta mula-mula tak payah nak mahal-mahal orang yang baru nak mulakan hidup elok pakai kereta biasa-biasa je dulu, pilih yang jimat minyak. kalau nak beli second hand pun nanti aku tengok dulu kot enjin dia rosak ke tak ke.. kalau tak baik beli first hand beli viva cukup lah, janji boleh bergerak ye tak? nanti bila dah stabil, dah rasa senang sikit dah boleh menyimpan rasa nak tukar barulah tukar, amboi bersemangat wajanya aku kan? :P
sambung study sehingga ke peringkat tertinggi
ini memang kebiasaan , ramai dah orang yang sedar education sangat penting. insyaallah kalau ada kelapangan,ada duit, ada semangat aku sambunglah study sampai ke phd. tapi lepas degree mesti sambung master dulu kan?. kita mesti sahut seruan belajar sehingga ke liang lahat.tapi sebelum sambung tu pastikan dulu loan study masa diploma dan degree dah settle karang berhutang je payah pulak kan :)
umrah dan haji
umrah diusia muda mesti seronok sebabnya kita masih ada kesihatan,masa muda-muda ni lah kita patut buat amal ibadah kudrat masih kuat.semoga impian yang ini juga dimakbulkan kalau boleh nak umrah lepas khawin nanti.bukan apa berkat tau. instead of honeymoon ke paris why not pergi umrah? kita kat dunia ni kan kejap je .. bila-bila boleh "pergi".haji pulak kena ambik cuti sebulan lebih kurang. dah cukup duit boleh la buat haji. macam aku cakap tadi haji waktu muda lah bagus mana tahu rezeki lebih berkat kan?
dan akhir sekali yang aku inginkan ialah
sebuah keluarga yang bahagia
dalam dunia ni keluarga jugak yag penting tak kira lah kaya setaraf bill gates pun tapi kalau ada keluarga tak bahagia nak buat apa kan?.
p/s: panjang benor wishlist aku kan? inilah masalahnya kalau orang yang gila menaip ni.
2 comments:
saya doakan tercapai.. amin.. :)
haha !
hari hari wishlist berubah .
Post a Comment