March 26, 2012

day trip with coursemate (true friends are never apart =') )

2 hari lepas iaitu 24 march kami warga2 DDA (Civil Engineering)telah menakluki terengganu buat pertama kalinya  jyeahhh!! ( yang pertama kali tu engkau una yang lain dah berkali2)
okay sila diam! =-='
day trip ni dirancang oleh rahman junior kami dan di bantu oleh ciklya (my hunny rabbit).kami pergi dengan 2 buah bas.

inilah dia rahman dan ciklya amboittt rahman.. bagi ciklya jer duit raya ;P


destinasi kami ialah taman tamadun islam yang terletak berhampiran denga masjid kristal
so dibawah ini adalah antara cebisan cebisan gambar pemandangan disana



halus kan seni ukiran?
 


sampai sana kami diberi passport untuk masuk.kami tak perlu beli tiket.
segalanya free ditanggung pihak kolej.semuanya jasa junior yang bertungkus lumus.
ohh kakak abang love u all la adik :D



yang bumbung merah tu train.. kami pusing pusing naik tu.. huuuuu feeling dalam zoo.. seronok okess?

 hijau kan pemandangan? cantik kan kan? *sila hangguk jika setuju*
 tasik nak permai.
dalam banyak banyak gambar , una suka ini sebab ekspression wawa yang terlampau happy.
dan orang kiri dan kanan bermuka redha je dengan bau ketiak wawa hikhik
*hehe gurau je wawa ampun ampun *

antara senior2 ...
una tahu di otak korang tengah ligat berpusing memikirkan apekejadahnya yang dipegang mereka-mereka terbabit sehingga muka ceria ibarat  mendapat choki2 40 bakul?
heh itulah passportnye..
hehe tanpa passport tu tiadalah gambar2 kemain comel yang ditempek2 kat blog ni ye meon...
*meon bukan skandal saya*

sepanjang disana antara tempat yang kami singgah ialah di pasar bayang,
shopping sampai terlentang..
di masjid terapung
singgah beli keropok losong.
pengalaman yang sangat-sangat berharga walaupun sekejap.
hurmm lagi -lagi yang senior ni.
masing-masing dah tukar hobi baru sepanjang semester ini
iaitu mengumpul kenangan manis bersama kawan- kawan
una pun dah praktis posing ala model tapi.. *epic fail*

yang hobi mengumpul setem pun semua tukar hobi buat masa ni hanya meon yang still dengan hobi mengumpul setem
*diulangi meon bukan skandal saya*

sebenarnya bukan tempat yang membuatkan ianya seronok tetapi kawan-kawan dan kenangan.
kenangan memang kita tak boleh beli.
ade jual kat pasar kenangan rm10 sekilo?
takdaaaaaa
kalau ada tak berhargalah kenangan terbabit.
 dan pastinya selepas ini una akan rindu saat-saat begini

aktiviti malam kami cuma menangkap gambar sahaja,
dan disepanjang perjalanan pulang terusik tengok muka ceria memasing
yang batak melihat keadaan di tempat pemprosesan petroleum di paka
yang di beri nickname disneyland malaysia.
hehehe boleh juga, nanti2 bila tersebut disneyland  mesti teringat kenangan macam ni kan? *sambil lap hingus*

bila dah boring , masing-masing bercerita dan cerita yang keluar  ialah cerita hantu
satu bas bertukar jadi macam cerita pondok2 zaman-zaman kanak2
tiba2 terimbau kisah lama  .
pencerita paling berjaya ialah onchair dan irfan manakala que,shawn dan jiji memilih untuk terlentang dibelakang. heh takut ke? =P
dan kami berbual rancak sehingga sampai kuantan
tapi una tak dapat join cerita tu sampai habis sebab una tiba2 pening kepala teramat sangat.


okay kita tutup cerita hantu ni sebab una menaip tengah malam tak sanggup nak teruskan

hmm jadi itulah serba sedikit kenangan yang mampu una catat dalam blog kesayangan hati ini.
pasti nanti kita rindu
hehe kalau rindu bacalah...

RINDU TAK???



muka ceria mereka ;')


waktu kita masih sama2 =')





macam waktu ini....


 

though miles lie between us,
we are never far apart
for friendship doesn't count miles
it's measured by heart

p/s: you know i will always miss 'us'



No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta