October 30, 2012

ALLAH lebih sayangkan dia....

yang hidup pasti akan mati, tak kira usia bila ajal menjemput mati itu pasti. sudah termetri janji antara kita denganNYA.
 
 
 
 
 
 
pagi semalam aku dikejutkan dengan berita opah saudara aku opah lang dimasukkan ke ward ICU . aku telefon mama di tempat kerja, abah tak berapa sihat, jadi kami putuskan nak pergi melawat esoknya iaitu hariini akan tetapi tuhan lebih sayangkan dia, pukul 8.15 malam mohaini binti muhammad telah kembali ke rahmatullah. mama seakan terkilan, aku pun kerana tak dapat berjumpa saat sebelum dia meninggal. walaupun dia cuma opah saudara aku tapi pertalian kami agak rapat kerana dia adik kepada opah aku. tadi aku tengok opah sayu, tapi dia cuba kawal airmatanya, dia taknak arwah seksa , aku pun cuba menahan air mata dan aku saksikan dari saat arwah di bacakan yassin,dimandikan, dikafankan dan juga di kebumikan.alhamdulilah arwah dimandikan oleh semua anak-anaknya biarpun mereka sedih dan tak dapat mengawal air mata, tapi tiada yang teresak-esak tadi, cuma air mata yang mengalir.muka arwah bercahaya dan aku dapat rasakan dia tergolong dalam orang yang baik-baik, kerana cuaca yang terik bertukar jadi mendung semasa saat arwah hendak dikebumikan, proses pengkebumian juga lancar, baik-baik disana ya opah lang? ijat sedekahkan alfatihah untuk opah lang yer?
 
opahlang adalah contoh yang terbaik buat aku,kematian suami 21 tahun lepas dan terpaksa membesarkan anak-anak sendiri sehingga tiap-tiap mereka berjaya ke menara gading dan anak sulungnya belajar di UK walaupun dia tak bekerja . dan masih aku teringat gelaran yang dia beri kepada aku walaupun nama tu tak ada kena mengena dengan aku dipanggil aku bibah, dan sebenarnya sampai sekarang aku masih terbayang-bayang wajahnya , senyumnya, sukar nak terima orang yang kita pernah kenal dan pernah lihat dia hidup tiba-tiba dia tak ada kan? tapi sebagai manusia kita kena terima sebab itu adalah proses biasa kehidupan dan sebagai islam kita harus percaya makhluk akan kembali kepada penciptanya.
 
 
tadi ada satu kejadian yang buat aku sebak, kucing peliharaan opah lang seakan-akan tahu tuannya telah pergi, dia mengiau kuat saat opahlang dimandikan, mama ingat dia lapar, mama bagi dia makanan.. bila makanan diberi dia masih mengiau, dan orang yang ada disitu bagi laluan dekat kucing tu sebab pelik, kucing tu menjenguk, setelah dia dapat lihat wajah tuannya buat kali terakhir dia terus duduk dan berhenti mengiau lagi. aku tewas. aku menangis sebab aku menyaksikan seekor haiwan yang tak ada akal seakan-akan mengerti yang tuannya telah pergi. ternyata haiwan punya perasaan cuma tak akan ada siapa benarkan kucing tu nak cium dahi tuannya kan?
 
 
 
semoga rohnya dicucuri rahmat
 janjinya dengan pencipta telah sampai , cuma kita yang masih tinggal menunggu tarikh luput yang kita sendiri tak pasti
 
 
wallahualam
 
 
 
 
 
 
 
p/s:  sedekahkan alfatihah kalau sudi.

No comments: