okay sebelum aku nak cerita ingin aku tegaskan cerita ni tak seram pun, ni cerita pengalaman aku je, tiada unsur tokok tambah jadi cerita ni mungkin takkan best pun untuk dibaca , kalau anda mendambakan lebih maklumat harap tekan pangkah untuk mengelakkan ketidakpuasan hati pada jalan cerita ini.
kisah ni terjadi masa aku ke johor baru-baru ini. aku tak cerita kat sesiapa sebab aku terlalu busy dengan konvokesyen .
kisah 1 : awek kereta sebelah
14 oktober
14 oktober
petang tu kami sesat selama 3 jam, kami macam berpusing-pusing ke jalan yang sama. secara logiknya memang patut pun sesat sebab tak de gps, di situ banyak jalan one way.
kami hampir putus harapan, aku tak sedar benda ni sebab aku terlalu penat, cuma adik aku aiman (10 tahun) dia yang masih aktif dalam apa jua keadaan. aku tak kata aku percaya adik aku ni, aku faham budak-budak ni kuat berimiginasi. setelah ditolong oleh wawa, kami check in di hotel kemudian lepas ambil kunci abah ajak wawa, mak wawa dan adiknya pergi makan, selesai makan, cuaca ketika itu biasalah basah baru lepas hujan (dan masih rintik-rintik) . masa abah memandu nak balik ke hotel semula, tiba-tiba aiman goncang-goncang bahu aku macam takut.
aiman :kakak.. kakak tengok muka dia kak macam hantu.
aku: tak ada apalah mannnn.. eishh kau ni (aku marah sebab aku
penat, malas nak layan pun ye jugak)
aiman:kak ko tengoklah kak.. (suara mendesak)
aku pun toleh, mula-mula aku tengok tak ada rasa apa sangat. lepas 10 minit aku tengok aku terdiam sekejap. dia diam je, rambut panjang, duduk ditempat pemandu, aku tak nampak tangan dia dekat tempat stereng(so aku anggap di letak tangan kat bawah sekali so terlindung (fikir logik).muka tak ada garis senyum . korang faham tak apa aku cuba sampai kan? bibir kita ni, walaupun kita tengah senyap ke senyum ke, pasti ada garis mulut menunjukkan reaksi. mata pandang suku depan suku bawah. aku sendiri tak dapat pastikan dia pandang mana. umpama statik. aku tak sedap hati , aku terus pandang depan, aku bukak keropok, aku ajak adik aku makan supaya dia tak payah pandang perempuan tu tadi .okay tamat kisah 1....
kisah 2 : villa nabila
okay kita zoom dekat sikit
15 oktober
kami baru balik raptai, wawa aku dan ecah saja . kami merancang nak keluar berjalan-jalan wawa sebagai driver aku di tempat duduk sebelah pemandu dan ecah di tempat duduk belakang.
wawa: korang pernah dengar pasal kisah villa nabila tak?
aku: pernah nampak kat facebook, tapi aku tak baca pun.. kenapa wawa?
ecah : pernah tapi kat facebook je la.
wawa: nanti aku tunjuk kat korang .
aku :(menarik ni)ohh villa nabila dekat jb rupanya..
topik tergantung macam tu je, sepanjang perjalanan kami berkongsi kisah pasal diri sendiri, gelak-gelak. tiba-tiba kami melewati satu shopping mall yang tak siap namanya kemayan kalau tak silap. menurut wawa,shopping mall itu berhantu aku tak berapa jelas sangat sebab otak aku dengan tiba-tiba teringatkan kisah villa nabila. biasalah aku ni jenis suka mencungkil benda-benda macam ni walaupun aku adakalanya penakut, adakalanya berani. sikap ingin tahu aku sangat -sangat tinggi.
kisah ni version dari wawa aku memang tak tahu langsung sebab kisah kat facebook ni aku tak baca
misteri villa nabila : dulunya tinggal seorang budak kecil bernama nabila berumur dalam lingkungan 8 atau 10 tahun aku tak berapa ingat. dia kehilangan ibu bapanya dan harta peninggalan ibu bapanya jatuh ke tangannya. dia dijaga oleh orang gaji sebelum dibunuh , katanya untuk merebut harta si nabila.
okay itu saja yang aku tahu, kisah sebenarnya wallahualam ALLAH saja yang tahu. kisah dia ni banyak version.
okay apa yang aku nak cerita melalui pengalaman aku sendiri ialah, aku tengok villa nabila secara live dan memangnya seram, rumahnya aerlindung dengan pokok-pokok , nampak sikit sahaja bahagiannya. biasalah rumah tinggal. mazidul akmal sidek pun pernah ke situ untuk mencungkil kisah yang sebenarnya. dari video yang aku tengok rumah tu banyak penagih dadah yang datang, jadi jika tak ada hantu nabila yang kononnya mati dibunuh tu pun, "hantu-hantu" atau mayat hidup yang datang ke situ dah cukup buatkan rumah tu berhantu.
p/s: setiap tempat ada rahsianya :)
6 comments:
villa nabila tu memg legend
betul ke cerita ni eah? tertanya tanya :)
banyak versi.
huhuh
tapi memg sah berhantu
Una. Seram la cte 1 tu. Ms tu keta 'pmpn' tu ngh bergerak gk la mksdnya?
jem masa tu dia berhenti pstu aku gerak tk perasan dh adik aku aiman tu la yg sibuk tngok je
Oh yeke. Aish. Kau kn mmg bleh nmpk bende2 cmtu. Teringat ms kt teknik dlu. Huhuhu
Post a Comment