March 15, 2013

kaitan antara mimpi panggung wayang dan filem barat dan kaitan ketiga-tiganya!!! (fakta menarik)


hai , semua .. selamat  tengah malam.
sebenarnya tadi aku nak tidur , tapi tiba-tiba aku terinspirasi oleh sesuatu fakta yang aku excited nak share dengan semua orang . Fakta yang aku bakal ceritakan ni amatlah menarik dan aku yakin korang pun akan tertarik dengan fakta yang menarik ini.

sebelum korang tarik rambut aku, baik aku sambung bercerita .

ekhemm.

rata-rata rakyat malaysia suka tengok wayang dan salah seorangnya akulah. dulu , sebelum aku tahu fakta ni .. aku membabi buta saja tengok wayang tanpa mengetahui sebab aku tertarik sangat nak tengok wayang ni . tapi pada suatu hari , aku terbaca fakta di blog kawan sekolah aku inilah apa yang dia tulis



tak nampak? malas nak baca artikel penuh? ni fakta sebenarnya



aku ringkaskan dalam bahasa melayu :

pada awal penubuhan panggung wayang , pencetus idea panggung wayang telah memikirkan cara untuk menghiburkan "kaki wayang" ini dalam bahasa mudahnya  nak bagi kaki wayang enjoy "movie" yang ditonton. dan hasil akhirnya mereka telah  menjadikan panggung wayang gelap , berskrin besar dan cahaya samar yang keluar dari projector filem sahaja.

tapi tahukah korang kenapa ?
 
pencetusan idea panggung wayang ini adalah di adaptasi daripada fizikal dan psikologi manusia itu sendiri iaitu MIMPI !!!! kurang jelas?
 
meh aku jelaskan.

sewaktu kita bermimpi kebiasaannya mimpi kita itu dalam suasana yang malap dan samar .  samaada kita adalah si pemerhati atau kita mempunyai watak dalam mimpi begitulah  juga di terapkan dalam penciptaan wayang. filem itu umpama mimpi dan kita sedang melihatnya bezanya sewaktu kita bermimpi kita melihat dengan mata tertutup dan ketika menonton wayang kita menonton dengan mata terbuka. jadilah mimpi menjadi nyata! :)


sekarang aku nak tanya, berapa ramai yang sedar dan tahu tentang fakta panggung wayang ni diadaptasi daripada mimpi manusia sebelum korang baca dekat post ni? kalau ada " you sir *tunjuk jari thumbs up* "

ya aku pun tak pernah terfikir sebelum ni sebelum aku baca post kawan aku ni.
soren , thanks to you ! :)

okay selain tu aku ada satu lagi fakta yang aku nak share . yang ini adalah dari sudut pandangan aku sendiri.

pernah tak korang terfikir kenapa filem orang putih mendapat sambutan hangat? teori yang bakal aku cerita ini mempunyai sangkut paut yang amat jelas . sayangnya producer filem di malaysia je masih belum nampak.


korang perasan tak filem-filem barat banyak menggunakan "elemen berbisik" pada penceritaan awal filem diorang? aku ambik contoh harry potter, the last air bender,The Hobbit :  unexpected journey .


ini antara sebab kenapa filem barat diterima baik di dunia. korang pernah tak sebelum tidur mak korang ke nenek korang bercerita? aku yakin ramai yang pernah macam tu terutamanya zaman kita masih kanak-kanak. cara penceritaan mereka bagaimana? ya mereka seakan-akan berbisik. kalau tak berbisik pun suara mereka agak perlahan dan ton suara yang menarik untuk kita dengar kan?

jika menonton wayang itu umpama bermimpi, penceritaan berbisik itu pula umpama seorang ibu bercerita kepada anaknya supaya tidur dan akhirnya terlena dengan "mimpi" mereka.



dan dari segi jalan cerita pula kenapa pulak jalan cerita mereka lebih diterima? adakah diorang letak dadah pada cerita itu sampai orang addicted sehingga menontonnya berulang kali? . tak tak. selain daripada mempunyai plot cerita yang bagus dan grafik animasi yang mengagumkan ada 1 lagi perkara yang seringkali mereka guna pakai.

apa dia? "MIMPI" kita sendiri.

aku tahu mesti ada antara korang rasa aku dah merepek jauh, takkan la producer filem mencuri mimpi masyarakat dunia lalu buat movie kot? ahh merepek je una ni . " kata korang" .
 

korang kena sedar majoriti masyarakat dunia pernah dan selalu bermimpi dikejar harimau, gajah , serigala , dan haiwan haiwan yang mengerikan dan cuma golongan minoriti sahaja yang bermimpi membawa motosikal , menjadi gangster , menjadi rempit lalu menghuru harakan tempat awam .

u get me?

sebab itulah cerita barat lebih-lebih lagi cerita yang umpama mitos-mitos ni, selalunya ada scene dikejar haiwan buas cuma bukan harimau la diorang tukar jadi lebih menarik supaya penonton tak boring. Ganas yang ekstrem sampai tersentap sentap jantung mak timah kalau tengok , pak abu yang pakai gigi palsu pun boleh tertelan gigi palsu sebab terkejut. kata cerita "omputih" memang banyak suspen.  tapi oleh sebab itulah yang orang suka, diorang aplikasikanlah. sekarang korang nampak tak betapa cerdiknya producer barat dalam menghasilkan filem?


please dont get me wrong. mesti ada yang label aku ni "minah salleh wannabe"
kemon.. jangan marah marah. ini semua hakikat dan fakta  yang aku nak orang semua tahu, tak semestinya aku tak suka tengok filem tempatan. ada cerita aku suka tengok sebab kreatif nya antaranya cerita dari mamat khalid . dulu aku suka filem kru , tapi aku sedih kru stop dah buat filem "grafiknya boleh di banggakan" lepas filem "magika" haritu. harap pihak kru tak payah buat filem cinta cinta lagi. serius aku cakap , hikayat merong mahawangsa dan magika aku minat sangat  sebab kreativiti yang boleh dipuji. mungkin masalah kutipan kot.. aku faham orang melayu banyak tak suka filem magika dengan merongmahawangsa tu konon-konon merong tu pasal sejarah dan magika tu banyak menyanyi tapi diorang tak sedar penat lelah KRU  edit filem tu jadi cantik dan nampak real. Moga trend filem rempit dan gangster beransur hilang dari malaysia. pleaseeeee ....



credit : sorenmohdnoor (how to dream while being wide awake at the same time)

p/s: entry macam karangan tak bermakna tak bermanfaat . maaf jika ada yang terasa. entry ini atas pendapat saya sendiri bukan dari mana-mana pihak . sekian , selamat tidur , aku dan mengantuk . kbye


2 comments:

Mohamad Fathi said...

Bagus... Pencerahan yang buat org paham... ^_^

Unamn said...

^^ thanks ..

💝 Anniversary Trip To Jakarta