March 5, 2013

suara rakyat iaitu saya lah berikutan isu di sabah.

serangan di lahad datu beralih ke semporna sejak 2 hari lepas. dan sejak beberapa hari lalu 8 anggota polis dan komando kita telah ditembak mati oleh pihak penceroboh.
aku rasa bosan tengok tv3 hari pasal perbalahan politik antara 2 parti . kadang-kadang aku rasa diorang ni tak matang. sempat lagi promosi diri sendiri supaya diundi, memburukkan satu sama lain. aku rasa kita patut abaikan dua orang tu. aku rela undi  parti bebas yang tak ada kena mengena dengan umno ke pkr ke. kalau macai macai atau pro pro baca ni ketahuilah , aku dah bosan.
hahahaha
 
 
BOSAN !
macam ni ke nak jadi pemimpin?
kalau negara kita pemimpin pun bergaduh berebut kuasa macam budak tadika  berebut gula-gula , tak mustahil sejarah lama berulang.



aku dah banyak kali dah bagi cadangan, kome degil. pertimbangkanlah cadangan aku. kadang -kadang kita ni baik sangat pun tak boleh. aku rasa kalau sultan sulu tu buat hal dengan singapore dah arwah lama dah, tak cakap banyak mati dah masing-masing.  Malaysia ni suka sangat nak berunding, rundingan damai. aku tahu berunding tu baik tapi kadang kadang tak kena tempat . ini pendapat aku la sebagai rakyat memerhati.


kepada kerajaan,
aku mohon sangat. kalau nak tolong rakyat selain BR1m korang boleh pergi hantar balik pendatang asing yang ada kat malaysia, tak kira dengan izin ke tanpa izin. hadkan la jumlah yang patut ada di malaysia,selepas beberapa tahun hantar balik tak boleh menetap. kalau tak ada sebab kukuh, jangan terima permintaan kewargenegaraan . tak kira dah khawin dengn rakyat tempatan ke selidik sehingga ke akar umbi, kalau akar setakat akar rerambut tak payah bagi kewarganegaraan lah. mesti akar tunjang baru bagi. aku kalau ke bandar klang , aku rasa macam bukan dah kat malaysia dah. macam jakarta pun ada, macam kat bangladesh pun ada. kalau sayang negaralah. sebab tu la bila dah jadi macam sekarang baru terhegeh-hegeh nak cari punca , salah siapa. padahal malaysia ni senang sangat nak masuk.

Jangan fikir untung saja. kdnk la,ape lah membantu pertumbuhan negaralah. dah jadi macam ni siapa susah? tolonglah jangan berakal pendek setiap keputusan dan "keuntungan" mesti ada kesan jangka panjang. Tolonglah strict sikit, duit kita tu kumpul banyak-banyak sangat buat apa, nanti kat akhirat bawa pahala duit tak bawak :)



lagi satu, tanpa rakyat pemimpin tak ada apa-apa. so just for now . dengarlah cakap kami ni . saya bagi pandangan ni free je, tak minak bayor pon. undang-undang malaysia manusia buat, kita boleh gubal. kalau nak seribu daya taknak seribu dalih.

please no excuses . k tinggal dulu .

No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta