May 12, 2013

bebel lagi..

aku penat. sungguh dah tak larat nak main lari lari lagi. Dah dapat rumah macam ni pulak jadinya.  teringin aku nak baca yassin depan muka encik danial tu. aku tak paham kenapa dalam banyak banyak lelaki dalam dunia ni aku harus jumpa lelaki ni.muka baik tapi perangai agak menakutkan. patutlah haritu dia Tanya aku open minded ke tak. aku ingat dia Tanya aku open minded pasal aku share rumah dengan indian girl . mana aku sangka manusia tu nak tidur situ juga. padahal dia kat Jb tu. aku tak masih tak dapat hadam kenapa sikap diia sebegitu rupa. haritu masa belum jumpa, ajak jumpa nak sewa rumah bukan main liat nak datang sini. sekarang aku dah sewa sibuk pulak tunjuk muka kat rumah ni. dimanakah freedom dan ketenteraman? aku bukan ingin bersikap racist. kalau setakat share dengan perempuan india ape dehal ? setakat bau sembur ambipure pun okay dah. hmm macam macamlah benda jadi sejak aku kerja sini. dugaan mungkin. yerlah kalau bukan dugaan nak namakan ape lagi? takkan tuah pulak ye dak?..
masuk ni.. ini adalah kali ke dua aku melarikan diri dari rumah. mengelakkan berdua duan di rumah. aku tak rela nak khawin dengan orang yang bukan islam yang.. hmm malas nak cakap. bukan sebab colour kulit ke apa . ni sebab maruah .. bukan maruah aku je .. aku bawak maruah keluarga sekali.  Aku nak cakap salah.. tak cakap salah. yang buatkan aku takut kat dia ni bukan ape... dia message aku selalu. ajak keluar makan untuk lebih mengenali. what the fish kan?
 aku belum pernah jumpa la owner perangai macam ni. well at least malay owner  jarang jumpa macam ni.  takut? sedih? risau?

dah jadi makanan aku hari-hari. nak tidur pun rasa was was. sekarang aku kena cari rumah baru lagi. bukan hobi aku buat kerja dua kali dan bukan hobi siapa siapa juga. entahlah .. aku nak rungut lebih lebih pun tak boleh semua ni takdir. tapi aku boleh buat yang terbaik untuk selamtkan diri aku sendiri .,. itu pun lebih dari cukup. ni aku taip blog entry ni pun kat mcd tau. padahal aku boleh je online kat rumah. tapi demi keselamatan diri sendiri , aku kenalah gagahkan diri siikit. aku harap korang yang baca bebelan aku ni tolong tolonggg dan tolong check betul betul bila nak sewa bilik or rumah (perempuan terutamanya) .. Kalau boleh cari tuan rumahnya perempuan. sekurang-kurangnya dia nak datang tidur pun korang tak berapa nak heran dan takut, sama spesis kan? dan lagi.. kalau boleh sewa jangan sorang sorang.. cari kawan okay? kalau tak jadilah macam aku ni..



hurmm terlebih panjang pulak aku bebel kali ni. apa apa pun doakan aku selamat.


okay bye itu saja setakat ni..


assalamualaikum..\

1 comment:

zuhdi sanusi said...

cpt2 la angkat kaki., :D

💝 Anniversary Trip To Jakarta