May 1, 2013

pindah dah! ;)

assalamualaikum..


haiii korang.. hari yang aku tunggu tunggu dah pun tiba! akhirnya encik danial pun dating seperti yang dijanjikan . aku dan kawan aku pun ape lagi excited la. psst sebenarnya yang nak pindah aku sorang je so kawan aku ni excited sebab dia nak balik seremban dah. so kawan aku bernama pipah ni dia la berhempas pulas menolong aku mengangkat barang. kadang-kadang aku pelik dengan beliau, badan kecik tenaga lelaki ke camne? ke dia ada peti simpanan tenaga kat badan? sebab aku ni badan je besar namun tenaga alahai.. entahlah lemah sungguh ;p





aku dimaklumkan yang housemate aku ni cikgu india. so aku okay je. tak ada masalah pun. dan dia bela anjing. Mula mula macam terkejut tapi sebab kan dulu atuk aku  ada seekor anjing bernama chot maka aku tak kisahlah.
So encik danial ni pandang aku pelik la.. *betul ke perempuan ni? betul ke dia nak sewa kat sini* yaaaa .. aku dapat membaca wajahnya .

Haruslah dia fikir aku ni cerewet, namun aku telah membuktikan dimata encik danial bahawa aku ni open minded dan tidak racist. lagipun anjing tu dia tambat kat luar jer. tak masuk rumah.

opsss yer rumah aku lot tepi,rumah dua tingkat dekat setia impian 2 .
So far kami duduk berdua jelah. aku dan prisha .Peramah orangnya.. beberapa minit pertama dia dah bukak citer pasal boyfriend dia tu belum 2,3 hari tu ;D
Kalau 2,3 hari aku syak nama 1 keluarga dia aku boleh hafal hikhikhik..




_____________


Haaa tadi ada benda lawak jadi tau.. aku kan baru pindah, so aku tak ada tilam  dan tiada juga seterika. maka aku rempit ke Tesco naik tenggiling biru aku tu. sampai sana aku beli la tilam kecik dan seterika tu. beli punya beli perut aku pulak lapar. sungguh perut aku ni dah hilang pedoman agaknya. boleh pula lapar waktu waktu macam tu. maka aku decide peluk jela tilam tu sambil berjalan.Aku peluk tilam sandar tepi meja. korang tahu aku makan kat mana? aku makan kat subway.cer bayangkan jap.. cer bayangkannn ...


semua orang pandang aku macam aku ni alient baru turun ke bumi tau. tapi aku tak kesah sebab masa tu muka aku ni tebal dia kalah tembok besar cina. So redha jelah.. tu  baru biasa je tu, yang masa aku nak bawak tilam tu balik la. motor aku ni skuter je. skuter ego . korang penah tengok tak rupa skuter tu?kaki aku kan mempunyai ketebalan yang agak ketara maka tak muat la tilam tu nak letak ruang tengah tu, lalu aku adjust kepit guna lutut kiri, sementara tangan kiri pegang handle dan kemaskan kedudukan tilam. so aku dapatlah membonceng dengan selamat. tengah-tengah jalan pulak, ada pulak  BN buat kempen suruh undi. diorang pun berselerakan la kat situ, demi keselamatan diri sendiri aku pun menjerit ...

"tepi tepii tilam nak lalu.. tepi'''





aku syak lepas ni aku keluar paper... aku syak jelah.. kbai.

No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta