June 24, 2013

cara memilih kerja bagi fresh graduated bidang engineering *HOT TOPIC*

Hai..



 
aku tergerak hati nak kongsi sikit pengalaman aku yang sebesar zarah ni kepada kalian semua. khusunya buat lepasan lepasan kolej / ipt yang dah ada diploma dalam bidang kejuruteraan awam. 


ceh berlagak. baru berapa bulan kerja dah ada hati nak kongsi pengalaman. -..-


Bagi korang yang rasa bingung tak tahu nak kerja apa. meh sini aku jelaskan satu persatu.



jika korang seorang yang minat melukis dan nak beralih ke bidang architecture 


apply jdi draugtman . okay draughtman ni usually dari syarikat konsultan bukan jadi syarikat kontraktor . so bila nak apply tu tengok betul betul kang tersilap apply tiba-tiba termasuk kilang pulak.


jika korang seorang yang suka mengira dan malas nak lukis lukis, malas nak berpanas.

sila apply jadi QS (quantity surveyor)
Banyak peluang jadi qs ni.. cuma kadang kadang experience tu yang melampau lampau diorang mintak ;p

jika korang jenis suka jual jual tapi masih nak stick kepada bidang pembangunan
korang join je la company developer. contoh company developer: Sime darby. Ada sale mahsyukkkk.. ^^


Jika korang jenis suka buat paperwork.

tolong smbung bidang SHO (kursus 6 bulan kalau tak silap)
ambik exam untuk dapatkan kelulusan , kerja sebagai saftey supervisor selama 3 tahun untuk lengkapkan menjdi green book. Bila dah dapat greenbook nescaya gaji korang akan dapat 4k -6k macam tu. ini serious , aku tak bohong. dekat Malaysia ni tak ramai yang ada green book. Aku rasa macam nk buat tapi tengok dulu macam mana. korang nak? gi amik kelas cepat cepat! ;)



jika korang rasa nak start from bottom dan banyak belajar

sila apply kerja yang memerlukan korang berada di site .
inilah kerja aku sekarang dan biasanya syarikat ni adalah dari syarikat jenis kontraktor.
Tapi bila dah apply syarikat jenis ini, sila hapuskan gambaran yang korang akan mempunyai table sendiri, bilik selesa atau tandas yang cantik sebab duduk dekat site bukan macam duduk dekat bangunan pejabat. 
Orang yang terlalu demand tak dinasihatkan mohon kerja macam ni. But on the bright sight, korang tak perlu la nak pakai tali leher, kemeja , seluar slack  dan perempuan pula tak payah nak pening nak pakai apa. kalau macam aku ni , jeans dengan t-shirt pun dah okay sangat la tu.

oleh sebab aku kerja macam ni aku boleh cerita lebih la. Jarang kaum hawa kerja kat site, jadi bila ada tersesat yang duduk site, haruslah kerja kami lebih banyak dari kaum adam (kena buli). Yang bestnya kalu korang kerja macam ni, korang akan involve dengan dunia civil yang sebenar. aku selalu kena pergi meeting dan dari situ aku banyak belajar. Aku di exposed dengan benda benda ni semua setiap hari , kalau dulu belajar kosong ape pun tak faham. Alhamdulillah berkat doa ibu bapa saya memahaminya , terima kasih kepada lecturer kt IKIP !(puan afzan, puan gee, puan wani, puan puteri and mr james)! *tetiba*


setakat ni yang aku tahu 3 yang kat bawah ni akan selalu  bergaduh, klien dengan konsultant jarang bergaduh, biasanya orang orang dari kontraktor ni la yang kena. 

KLIEN -----> KONSULTANT----->KONTRAKTOR 





opss lupa nak cerita , aku kerja dekat company buat earthworks which is suitable for fresh grduated untuk menimba ilmu dan pengalaman. (compny high risk mana nak ambik fresh graduate weh!) Sebab earthwork ni bidang dia ringan sikit dari building. Building tu orang panggil high risk. Aku ingat lepas setahun aku nak try high risk pulak .;)



next time aku cerita lagi. semoga info ni bermanfaat buat adik adik di luar sana. ceh adik adik sangat *flipshair*

 

2 comments:

Filzah said...

assalam.. hai akk.. sy ni fresh graduate.. sy pening la bila setiap kali nak apply keje, even utk fresh grad still minx experience.. sy nak cri experience.. sy cakp kt bos praktikal dlu nk kje site sbb de ksong kt site tp dia mcam xpcye je pmpuan ddok site.. sdihnye.. sbb sy ykin sy bole duduk site n slalu enjoy i means, happy bila dpt trun site sbb blja byk bnde.. akk thu x mcm mne nk apply kje y ddok site nie? bole recommend kt sy... huhu.. thanx..

Unamn said...

camni dik.. nak kerja site.. kena apply kerja dekat company contractor class A. adik boleh belajar banyak benda and plus contractor class A dia stabil. camner nak tahu? tengok grade dia. kalau dia kata G7 tu maksud dia contractor class A. try search company yang offer kerja based on site. just cuba je.. mana tahu ada rezeki? biasa post jawatan dia tulis. site clerk, site engineer, site qs .

💝 Anniversary Trip To Jakarta