February 20, 2014

cerita indah awal februari ;)

 
 
gambar di atas di ambil ketika aku dalam perjalanan nak merisik,meminang dan pertunangan abang sepupu aku amir. Tahniah banyak banyak kat ko amir walaupun dah berminggu minggu dah ko jadi tunang orang, baru hari ini aku dapat tulis blog ni . Biasalah orang berangan nak kurus macam J.LO , hari hari kuak lentang atas katil sampai terlupa kat blog nan satu ini hikhik.
 
 
30 Januari 2014
 
aku balik ke rumah petang tu maklumlah cuti tahun baru cina, kebetulan mak aku nak buat kenduri sedikit pada sabtu  1/2/2014 .
 
 
31 Januari 2014 
tak ada apa sangat aku cuma tolong tolong apa yang patut maklumlah nak kenduri punya pasal .
 
 
1 Februari 2014
hari kenduri tu maklong aku (selaku pembuat hantaran abang sepupu aku) bawak semua hantaran, kitorang apa lagi lepas makan makan, semua excited tak memasal. aku excited sebab dapat lepas rindu kat keluarga aku, cousin cousin aku. diorang ni la teman gossip aku. tapi kitorang tak gossip pasal artis eah.. masing masing gossip pasal kehidupan sendiri je. Mengumpat tu adalah sikit sikit.. mengumpat bos haha!
 
 
HARI KEJADIAN 2 FEBRUARI 2014
okay ini lawak, aku tak tahulah korang biasa ke tak, tapi abang sepupu aku ni sebenarnya dah pergi meminang sendiri girlfriend dia tu dengan berjumpa bapak girlfriend dia . Cakap punya cakap  agaknya bapak girlfriend dia tu macam suka nak buat amir sebagai menantu dia terus bapak girlfriend dia call bapak amir (pakngah aku). Apalagi.. terkejut la pakngah aku ni. tapi ekhem mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, mana? ermm ya mungkin kuah boleh tumpah atas lantai, tapi kebanyakan kuah tumpah ke nasi la kan. sebab apa? sebab pakngah aku pun dulu meminang makngah aku sendiri. Adoiiii! tu yang kelakor tu. Pastu pakngah aku call mak aku mengadu la pasal anak teruna dia meminang anak dara orang macam tu, 
 
macam ni lah agaknya conversation diorang
 
pakngah : pening aku, anak aku pergi pinang sendiri gf dia. malu aku .... tak menyabor (loghat perak)
 
mama aku : tak usah di marah ri oi, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi
 
pakngah : kiwak betul, ade kenakan aku pulak...(dengan nada hiba dan kesal sikit, terkesan sikit pakngah aku menghabiskan bicara)
 
 
 Untuk pengetahuan korang, abang sepupu aku ni agak pemalu sikit, dulu kecik kecik tak malu la, aku dengan dia kamcing dulu, teman panjat pokok pelam, jadi tarzan sama sama, tapi tu dulu lah entah bila dia bertukar jadi macho (konon) dan pemalu aku pun tak perasan. Aku rasa sejak dia baligh kot haha!
lepas tu kitorang datang meminang sekali bertunang ni dah macam rombongan khawin pun ada, 7 buah kereta pergi. orang sebelah sana pun sambut kami dengan khemah, siap ada makan tengahari, cendol, minum petang . Gila ko tak suka?
lepas tu sebab special request kan, habis semua kaum lelaki pakai baju melayu belaka, perempuan berbaju kurung. Tak ke boleh confused tu? hikhik eh nikah je la terus senang! aku tak sabar nak makan nasi minyak ni ;D
 
 
oh ya oleh sebab aku , fadhilah(adik amir) dengan ika merancang nak hang out sama sama pada isnin, so aku dengan sesuka hatinya ponteng kerja pada isnin. selesai je majlis abang sepupu aku, aku terus ikut mak long aku balik tanjung malim (rumah ika). Ni memang port favourite kami sepupu sepapat sebab rumah ika sejuk, area tanjung malim atas bukit, suasana dia memang nyaman, kalau disuruh pilih antara kl dengan tanjung malim, aku pilih tanjung malim lagi. KL Bosan, jammed, boleh sakit otak aku. Setakat nak jalan jalan ke sana ape adehal naik ktm je sudah ;)
 
 
3 Februari 2014
Plan asal nak pergi bertiga je, tapi jannah nak ikut so bawak dia sekali, kami naik ktm je sampai rasa kami turun ingat nak ajak shafiqah pergi, so kami pergi rumah mak andak dulu pekena makan baik punya, pastu fendi nak ikut, so dari plan asal 3 orang jadi 6 orang. Apa korang expect kalau 6 orang cousin kepala gila camni duduk satu coach? Memang rasa train tu ana yang punya. Berborak macam kat rumah sendiri tu tak menahan tu. orang keliling dah pelik dah ape benda budak budak ni. Hai tengah menaip ni tiba tiba rasa rindu pulak detik tu. rewind please :')
kitorang jalan jalan kat mid, plan asal nak tengok Robocop tapi ramai ko manusia kat situ, so kami pergi jalan jalan kat dalam daiso, teman cousin cousin shopping, dan pergi tempat tester make up lepastu pakai, sebab masa keluar aku tak pakai make up. Gile tak perangai? ;p
 
lepas tapau segala benda yang nak ditapau, beli apa yang nak dibeli kami pun balik dengan perasan gembira campur sedih. kejapnya rasa. Esok tu pulak.. aku ponteng lagi. lepak lepak rumah maklong lama sikit, borak borak dengan maklong dalam pukul 4 pukul 5 macam tu kitorang bertiga bergerak balik ke tempat masing masing. pun naik ktm jugak. nasib baik 1 hala. ini kira pengalaman manis gak lah bagi aku. ceh manis ke? hehe ye la sebelum balik sempat singgah kl sentral makan kat food court , shopping pashmina dan juga beli chatime. Haih indahnyaaa.........
fadhilah turun kat dato harun  aku dengan ika je stesen sama . so sampai sana, aku hantar ika balik baru aku balik rumah . Terima kasih korang sebab mewarnai hari hari aku yang plain ni. ada rezeki kita gathering lagi. ! ;D

2 comments:

Unknown said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Muhammad Waiz said...

Wah semakin cun :) Heee

💝 Anniversary Trip To Jakarta