Sinopsis
Big hero 6 Mengisahkan tentang seorang remaja genius berusia 14 tahun bernama Hiro . Dia gemar menghabiskan masa menyertai perlawanan robot untuk mengisi masa lapang. Ini kerana dia tidak perlu ke sekolah lagi setelah graduate ketika berumur 13 tahun.Dia merupakan anak yatim piatu dan tinggal bersama makcik dan abangnya setelah kematian ibu bapa mereka ketika dia berumur 3 tahun. Cerita bermula dengan scene Hiro menyertai sebuah perlawanan robot yang secara undang undangnya haram untuk disertai bagi remaja bawah umur kerana ianya melibatkan pertaruhan wang . Dia yang berjaya menumpaskan juara bertahan itu kemudiannya dicekup pihak berkuasa namun kemudian dia dibebaskan dengan ikat jamin oleh makciknya.
Hiro mempunyai seorang abang bernama tadashi yang belajar di sebuah universiti . Tadashi mahu Hiro mengikuti jejak langkahnya untuk belajar di universiti tersebut . Namun Hiro menolak. Dia merasakan dia tak perlu ke universiti lagi kerana dia tidak mahu mempelajari perkara yang telah dia ketahui. Tadashi mencari helah untuk menarik minat Hiro , maka dia mengajak hiro ke kampusnya dan menunjukkannya makmal sains universiti tersebut. Dia tidak menyangka makmal sains yang disangka hanya untuk golongan nerd itu rupanya sebuah makmal penciptaan robot yang sangat "cool" . Hiro diperkenalkan dengan rakan rakan abangnya dan rekaan mereka. Kemudian Abangnya "memperkenalkan" Baymax sebuah
robot nurse yang direka khas olehnya untuk merawat Hiro. Hiro yang begitu teruja setelah melawat makmal tersebut kemudian membatalkan hasratnya untuk menyertai perlawanan robot. Dia benar benar ingin diterima masuk ke universiti tersebut. Dia berusaha setiap hari untuk menghasilkan sesuatu yang hebat. Dan akhirnya dia berjaya mencipta mikrobot dan dia membentangkan hasil kerjanya di atas pentas ketika hari terbuka universiti .
Hasil kerjanya di kagumi krei, seorang saintis yang ingin membeli ciptaannya namun di halang professor kepada tadashi. Setelah menerima surat tawaran masuk ke universiti tersebut hiro dan tadashi segera pulang untuk meraikan kejayaan hiro. sewaktu melangkah keluar kebakaran telah berlaku dan tadashi meluru masuk ke dalam untuk menyelamatkan professornya. Perbuatannya itu akhirnya meragut nyawanya sendiri.
Hiro yang terlalu sedih kerana kehilangan abangnya tidak mahu keluar dari biliknya selama berminggu minggu. Pada suatu hari ketika termenung dibilik dia tak sengaja mencederakan kakinya dan mengaduh kesakitan. Ketika itu muncullah Baymax robot besar yang rupa rupanya telah dibawa pulang oleh tadashi
sebelum kejadian kebakaran itu. Baymax kemudiannya menjadi kesayangan dan sahabat Hiro ketika dia merindui abangnya. Satu kejadian aneh berlaku apabila dia menemui sebahagian partikel mikrobot yang diciptanya dahulu yang disangkanya telah musnah dimamah api.Partikel tersebut membawa Hiro dan Baymax kesebuah gudang lama. Disana dia menemui kesemua mikrobotnya dan sebahagian besar lain yang telah dicipta oleh seseorang yang tak dikenali yang memakai topeng. Hiro dan baymax menghadapi ancaman besar setelah diketahui kehadiran mereka ke gudang itu. Apakah yang berlaku kepada mereka ketika itu?
Bagaimanakah dia ingin mendapatkan kembali mikrobotnya? Apakah niat sebenar si pencuri mikrobot tersebut?
Nak tahu ? kenalah tengok sendiri. Karang cerita lebih lebih
tak syok plak.
Movie rate : 5 Star
Plot Cerita : Sangat sangat bagus tak puas tengok
Genre : Kelakar 90% sedih 10%
Highly suggested
Baymax si robot nurse yang comel bersama Hiro si genius cilik |
Makcik Hiro yang sangat kelakar. Serious.. makcik dia kelakar ;)
Bagi korang yang tak suka beratur ketika line terlalu panjang bolehlah dowload application GSC di smartphone masing masing . |
No comments:
Post a Comment