Bulan ni merupakan bulan paling busy bagi aku, macam macam benda berlaku. Boleh dikatakan hidup aku agak sibuk sejak 2 menjak ni. Sekarang alhamdulillah kembali stabil. 2 minggu lepas aku sibuk meeting, siapkan report , konflik dengan manusia garang itu. takpe itu kita dah settlekan . kemudian, aku kena menghadiri majlis persandingan abang sepupu aku pulak. sentiasa bergegas ke sana ke mari. kemudian minggu lepas pulak aku sibuk nak bercuti. Kemain lagi buat checklist nak beli apa . Padahal bukan jauh pun. pergi langkawi je .( tak jauh la sangat .. padahal naik kereta nak sampai ke kuala perlis tu pun dah makan 6 jam T_T)
Biasalah nak buat macam mana aku punya annual leave pun dah habis. Banyak sangat cuti raya haritu, kemudian awal tahun dah habiskan 4 hari cuti sebab nak tolong maklong masa cousin aku ila khawin. kami tak naik flight sebab nak singgah ambik adik lelaki aku kat matrik arau, perlis , so dengan redha kami pun tahan pening dalam kereta. Adik aku habis exam muet dia terus kami bergerak ke jeti kuala perlis. sampai disana beli tiket feri jugak. Sampai sana dalam pukul 3 lebih dapat tiket feri pukul 4 lebih. Aku pun call lah resort yang aku panggil hotel tu (aku memang pelik)
nak kasi tahu aku sampai lambat sikit. sebab aku yang booking hotel tu. hehehe kalau nak ikutkan ayah aku nak tinggal kat resort kawan dia. tapi aku taknak, aku kan diva (diva ke? ). taklah sebenarnya ... aku dah tertarik dekat satu resort ni. sebab tu aku tekad nak bercuti dekat situ jugak! :)
Resort apa?resort apa lagi kalau bukan debaron resort yang terletak di kuah.
Dari jeti kuah tu 5 minit je kalau naik kereta. Kalau korang nak datang sini sekadar nak makan angin, naik bot pulau ke pulau, tak ada rasa nak shopping sangat. Tak perlu nak sewa kereta pun. tak berbaloi. Lebih baik naik je teksi dekat sana. Murah pun murah. kami selalu naik avanza . rm15 je sekali hantar untuk ke mana mana. kalau sewa kereta dah rm90 sehari. tak berbaloi kan? minyak lagi nak isi. Kami tak pergi naik kereta kabel pun sebabnya musim ribut macam ni, Aku dengan mama aku takut nak naik masa musim hujan dan petir tu . Kami paranoid kami sedar. T_T . island hopping pun tak dapat sebab ombak yang agak ganas di musim ini agak menyeramkan ye tuan tuan dan puan puan. maka aktiviti kami disini tak lain tak bukan.... swimming, shopping, tidur dan makan! hahaha
Newleyweds nak honeymoon pun boleh datang sini. tak payah la pergi tempat mahal mahal tak praktikal. Datang sini je okay? |
ini pintu laluan nak keluar |
Ini plak laluan luar sebelum nak sampai ke kolam renang . Tempat ni bagus, pemandangannya hijau je tenang je rasa hati. Oksigen pun bersepah sana sini. eh... |
Makan dekat sini best, bayangkan tengah hi tea sorang sorang mat saleh mata biru tegur kau, hi beautiful.. may i join you? Tidakkah anda perasan lawa secara tiba tiba? tidakkah ? HAHAHA! |
haritu masa aku pergi kapal kapal havoc dekat sini. kemain banyak. Amboi ramai betul macam tahu tahu je aku ada kat sini? perasan! hahaha! |
Worth every penny you spend . Tahukah anda hotel 5 bintang tak semestinya mempunyai view yang cantik begini? Aku amat berpuas hati dengan pemandangan yang disajikan disini. Ni kalau seminggu aku tinggal sini mahu banyak jugak sajak dan syair tercipta. Kalah sasterawan negara nanti. Mesti beliau terpegun melihat karya-karya agung aku . *berangan lagi*
k k, i digress ni nak sambung cerita tempat menarik plak.
tempat nak beli coklat? jalan kaki je sampai dah. Hotel aku duduk ni bukan hotel 5 bintang tau.. dalam 3 , 4 bintang je . Tapi itu pun dah cukup. katil selesa, selimut gebu, bilik ada flat tv siap ada astro, ada security box, fridge, kettle, free 3 in 1 powder drink (nescafe, milo, and etc)
Hari pertama sampai, dapat mandi sekejap je sebabnya pool close pukul 7, kami sampai 6 setengah. Malam tu hujan agak lebat, kami makan dekat luar, dan terjumpa sebuah kedai yang amat syurga di mata kami. Kedai COKLAT! dalam tu bukan setakat coklat je, kuali, periuk, pinggan mangkuk, beg tarik. semua dijual murah. Rasa tak percaya pun ada. Coklat berbagai jenama dari jenama familiar sampai jenama yang kau tak pernah dengar .. you name it! semua ada. Tengah syok syok tengok periuk dan kuali, tetiba member office whatsapp nak coklat . Maka operasi membeli coklat pun bermula. aku tengok mama abah dan adik adik masing masing teruja dah. Yelah, segalanya murah kot! aku pun tak faham kenapa di langkawi segalanya murah! Rasa taknak balik terus! :')
waktu kejadian. Muka terpaksa je masing masing, Adik adik dipaksa bergambar sedangkan mereka sedang excited mengisi coklat di troli masing masing. |
ini keesokan harinya...kami makan di kenny rogers sebab waktu itu aku nampak ayamnya agak menyelerakan. Punah diet aku.
Ingat aku kata segalanya murah? bila aku kata segalanya murah i really mean it. That's why abah dan aiman adik bongsu aku berjaya membeli phone baru di langkawi. Adik bongsu aku tertarik dengan satu smartphone samsung yang aku lupa jenis apa, Sebab samsung ada terlalu banyak keluaran kan. Abah pulak, tertarik dengan oppo. Mula mula dia nak belikan untuk aiman je , tiba tiba dia sekali sangkut nak beli jugak. diorang beli dekat langkawi parade. Kemudian dari langkawi parade kami pergi jetty point sambung shopping. Hari kedua tu aktiviti kami shopping semata mata. Bukan sekadar coklat, baju baju sekali diorang shopping. Balik shopping semua orang penat dan mengambil keputusan untuk tidur saja petang tu.Tapi oleh kerana aku
aku pulak sebagai kakak yang prihatin, mengajar adik aku berenang. ceh prihatin ke? ;p .
2 comments:
Lucky you! Riz cuti pun. Dah habis!
Untunglah mahsyukkkkk 😜 - ika
Post a Comment