hai .
2 hari lepas aku telah kantoi dengan mama bangun lewat . Mama call dalam pukul 7.00 pagi.
"mama : kakak dah bangun? mama teringin nak makan lontong klang . mama dah otw ni "
maka terkinja kinjalah perempuan sewel disini mandi. lepas mandi cepat cepat aku tonyoh bedak cover apa yang patut. Yelah aku ni dah nak meningkat usia . Eyebag bawah mata kena cover nanti orang ingat aku baru lepas kena tumbuk pulak. Ngam ngam aku siap mama sampai. Otak aku ligat pusing cari akal nak ajak diorang jalan jalan kejap menghilangkan boring. kepada sesiapa yang tak berpeluang mengenali aku di dunia nyata , ketahuilah bahawa mall dan aku berpisah tiada. tak kiralah poket tebal atau nipis aku memang suka cuci mata dekat sana. Part of my weekly routine . kalau boleh nak jadikan daily routine, tapi apakan daya masa mencemburui kita. ;p
dalam kes ini bukan masa sahaja mencemburui kita, poket juga mencemburui kita . sigh =-='
jujurlah, aku ni bukan sport person. Tak rajin jogging. setahun sekali pun payah. Pergi ke gym pun seumur hidup tak sampai 10 kali. Dulu je masa nak kurus rajin. sekarang tak payah. cakap. sepanjang aku dah kerja ni adalah sekali dua aku pergi jogging. gym kat sini tak pernah cuba lagi. So, aktiviti beriadah di mall ini part of my exercise ... i supposed " HAHAHA
mama cakap mama datang sini nak beli kain langsir kat nagoya. ohh okay .. eleh dalam hati aku sajalah tu..
nak tinjau balik kawasan penuh memori. mama abah dulu pernah duduk shah alam, tak ingat berapa tahun duduk sana. agak lama jugaklah. so ada 1 tempat yang wajib diorang pergi kalau nak jumpa aku, atau bila bila diorang free diorang akan pergi situ. Lontong klang. tempat tu sekarang taklah berapa bersih. bangunan nampak buruk, majlis perbandaran tak reti nak jaga agaknya. Tapi tokey kedai tu alhamdulillah pembersih . Abah dah kenal lama tokey kedai tu. aku suka makan nasi lemak dia. sedap .. memang A!
okay enough with nasi lemak. lepas makan aku cakap dekat mama, lepas pergi nagoya kita pergi the curve nak? ada sale best gila. kebetulan mama pun tengah cari kasut kerja dia. So mama pun iakan walaupun abah tak berapa setuju. Aku tahu dia tak suka jem hehe. tapi bila wife dah kata yes, husband mana mampu membantah u olzz? Nampak tak betapa dominan dan berpengaruhnya mama aku dalam bab ni?
terrer kan?
Water Fountain . Lovely! |
cantik kan view the curve masa ni? eventhough aku tak sambut, tak salah kalau kita minat decoration dia kan? hehe |
Proses cari kasut dalam lot metrojaya. |
Part of my family. siblings lain tak ikut. ammar dekat matrik, aqilah kerja sementara tunggu result stpm, fauzi tengah cuti sem dia kat rumah lepak dengan member . so kami berempat jelah keluar. yang dari rumah diorang bertiga. hehe mama sanggup pick aku kat rumah sewa sebab dia tahu aku memang kaki jalan. cakap je nak jalan kat mana. The curve?the mines? pyramid? paradigm? you name it. Aku gerenti takkan tolak punya. |
Basically kami tak shopping apa sangat pun adalah sikit sikit. Aiman dapat pineng powerbank. Kalau dekat rumah orang jual seratus lebih, dekat the curve dapatlah dalam rm80 . Original kata seller tu.
Keluar dari the curve pukul 3 lebih . Jalan jem tak ingat dunia .Biasalah jalan bawah bridge tu ada traffic light. sejam jugaklah dekat situ.Ingatkan balik tu nak ajak mama singgah butik sbu kejap,tapi esoknya abah mama kerja. Demi taknak kasi diorang penat. Terpaksa redha jelah balik awal. Hehehe.
lepas ni aku plan nak ajak diorang naik train je keluar, gi midvalley ke , ts ke, the mines ke. Senang. Taklah jammed. Fyi kami jarang sangat sangat keluar pergi mall macam ni sekali . abah kalau nak pergi pun waktu orang kerja. means bukan hari cuti umum atau hari ahad. Dia akan ajak mama off , then waktu tu baru keluar. Bila waktu macam tu semestinya aku tak dapat follow sebab kerja. hehe .kiranya hari krismas tu aku ambik kesempatan dalam kesempitan la .
Itu jugak mungkin kali terakhir kami berjumpa untuk tahun ni. jadilah buat penutup tahun 2014.
awal tahun 2015 aku plan nak balik berehat sekejap sebabnya aku dah jobless. Aku malas nak plan secara terperinci sebab plan selalunya tak menjadi . Hahaha
P/S: DOAKAN AKU YANG JOBLESS NI SUPAYA MUDAH DAPAT KERJA, TAK NAK TANAM ANGGUR LAMA LAMA WOI! :"D
4 comments:
Tengok design dalam bangunan ni teringat at I-Cube Mall. Projek berjuta yang group kita keh, lupa dah, bentang sampai 7.30 malam tu. Huhu. Subjek Project Management under Puan Puteri Juieta Salwani Mohd Yusoff. Fuh, ingat aku nama dia. Hahak!
haha kan? lebih kurang.. tak boleh belah nama projek. i cube. rindu waktu ajdi student weh.. hehehe.. kalau la boleh jadi student dalam masa yang sama menjadi student yang kaya. syok kot.. :D
Kau ni berangan... langkau dua tiga lapis atmosfera terus. Tapi boleh je jadi student kaya if mak papa dia orang berada kan. Huhu.
hahaha! yelahh tak semestinya weh.. kalau zaman dulu instagram dah wujud.. boleh merasa jadi student kaya. Mesti aku berusaha langsing dah jadi model instagram weh.. ko tahu tak ada banyak budak sekarang ni belajar tapi gaji sebulan mahsyuk gila ... ada yg extra famous tu 14k pejam je weh dapat :D
Post a Comment