February 5, 2015

Entry Bungkus Aktiviti Sebulan.

hi.

3 minggu dah rupanya blog ni sepi. aktiviti aku sepanjang satu bulan ni selain memerap di rumah. aku juga mula mengaktifkan diri menghadiri interview interview yang aku dapat. Malangnya... semua interview yang aku hadiri gagal menamatkan status jobles yang aku sandang sejak sebulan lepas. Sebulan cepat sangat berlalu. rasa macam baru semalam aku mengambil keputusan meninggalkan office setelah hampir 2 tahun berkhidmat dengan company tersebut.

yang berlalu biarkan berlalu. sedar tak sedar.. dah bulan februari. Aku rasa bersyukur gak . sejak dua menjak ni aku dapat luangkan lebih masa dengan manusia manusia penting dalam hidup aku.
gambar hiasan : 1 hari nanti kalau aku kurus,  akan ku selfie bajet bajet hipster macam ni ekekeke


haritu aku adalah ajak sepupu aku keluar. Selasa minggu lepas aku bertolak ke rawang dengan fadhilah, sebab fadhilah sepupu aku nak ambik barang barang dia di rumah sewa lama dia. sebab dia pun dah jobless macam aku gak. that company (not to mention the real name of the company, karang kena saman plak), masa interview janji bulan bintang, dah kerja gaji lambat masuk. bukan 1  2 hari . tapi 15 hari. Gila tak? so to jobseekers like us, tolong hati hati. Company tu ada website atau tak itu bukan jaminan. sebab company tu ada website tapi unstable.Management penting.


okay cukuplah cerita tu. sekarang ni tujuan utama entry ini adalah nak menceritakan coretan perjalanan hidup aku sejak jadi penganggur ni.
aktiviti macam biasalah. bila waktu waktu macam ni. aku dah tak shopping dah.
kalau dulu tiap tiap minggu ada jelah benda aku nak beli.Disaat genting ini,
pembaziran adalah tidak dibenarkan sama sekali. Cuma minggu lepas pengaliran wang agak aktif sikit. Ni la yang aku nak cerita ni.

Hari selasa minggu lepas lepas ke rawang, aku singgah ke rumah maklong aku di tanjung malim. kami tidur sana sebabnya fadhilah beria ria nak belanja maklong paklong and family makan, end up maklong paklong tak ada sebab attend event tm. So yang ada jannah and fariz. kebetulan esoknya aku ada interview di shah alam. aku perlu ada dekat sana on 9.30 a.m pukul 7 setengah kami bertolak dari tanjung malim . so sampai situ, orang tu Tanya aku ada appointment ke? aku pun cakaplah " ada orang call suruh datang interview dekat sini" call from hr deparment . kerani tu suruh aku duduk. sejam gaklah aku tunggu. sampai HR officer dia datang. sampai sampai je dia boleh Tanya aku siapa suruh aku datang!!!! anginlah aku.. ingat dekat ke dari rumah makcik aku tu nak ke shah alam. Ya Allah weiiii sakit jiwa kita ni. rasa nak terkeluar dah kuasa super saiya aku kat situ. tapi orang kata... sabar itu separuh dari iman...
SO dengan hipokritnya aku senyum wehhhh!!! lepastu aku Tanya dia sambil menahan geram..


sebenarnya ada vacancy ke tak kat sini? macam ni.. saya  dapat call dari no office yang saya di panggil interview. saya hantar email pun direct ke email hr bukan dari orang tengah. bukan dari mudah, bukan dari jobstreet.
 
and then .. ada orang call suruh datang interview. saya mintak dia email appointment dia kata tak payah. and she is indian. I think I Nampak indian girl kat luar tadi. cuba miss Tanya dia kot kot dia ada call saya. ke miss nak compare no telephone yang call saya ni sama ke tak dengan no telefon syarikat ni. saya dah check memang sama.

 
dah macam Eminem dah aku weh masa tu, tobat eah.. muka je senyum hati terbakar weh. then dia kata...

relaks... sit down miss

nak taknak aku teruskan interview walaupun dah tawar hati.

Actually, sini memang ada vacancy
cuma saya tak diberitahu ada appointment untuk interview harini . sepatutnya esok. semua candidates interview esok. saya pun tak berapa faham what's going on here. maybe anak buah saya silap bagi information dekat cik.



aku pun diam.. haha kesian gak dia kena marah. jadi korang rasa?
mestilah aku tak dapat kerja tu. dia cakap bagi tempoh seminggu dia bagi keputusan. keluar dari situ pun aku dah tahu keputusan dia apa. Gila.... baru interview dah tunjuk singa.. kan dah tak dapat. Tapi aku tak kisah pun.. sebab masa tu memang bengang. rasa dipermainkan. ingat aku ada doraemon dekat rumah boleh pinjam pintu suka hati dari dia ? boleh sekelip mata je sampai?
hahahahah.

lepas je interview kami lepak one utama. aku pun  dah lama tak ke sana. 7 tahun jugaklah. selalu setia city mall, sunway pyramid, the curve dengan the mines je. even time square pun aku jarang jarang pergi. so lepas ke  sana melepaskan geram di hati . Kami tengok movie into the woods dan  berjalan jalan sampai nak patah kaki.

Lepastu kami pun singgah ke rumah makcik lagi sorang yang dah 7 tahun tak pergi. Tak banyak la yang kami bualkan lagipun singgah just nak tunggu jem reda. pukul 8 setengah kami balik sebelum tu singgah beli satay dekat sungai buloh tu. satay haji samuri then kami terus balik tg malim. fadhilah beli 70 cucuk satay. memang punah diet malam tu. Apa apa pun kami have fun. Esoknya kami balik ke rumah masing masing. fadhilah drop aku di rumah then dia pun balik.




 selang sehari, mama masa tu baru balik kerja. dia cakap ada mini carnival kerjaya di kelana jaya. Mula mula tu aku ralat nak pergi sebab tak biasa pergi carnival. mama sponsor minyak. dia isi full tank kereta dia then kami pun bertolak ke kelana jaya pada sabtu lepas which is 31st January. pergi punya pergi punyalah ramai orang. gaji yang ditawarkan pun terlalu rendah. aku pun tak faham company sekarang ni jenis kedekut taik hidung masin. Standart macam ada spm je. Rugilah belajar tapi gaji sikit sangat . how we supposed to live ? so basically interview last week doesn't turned out well. kami buat keputusan ke the curve damansara.







 Aku belanja fadhilah tengok movie "villa nabilla". First malay movie in 2015. aku memang jarang nak tengok cerita melayu. diharapkan industry perfileman pun semakin baik. tak perlu seksi seksi cerita mengarut ngarut. orang suka kualiti filem yang bagus. originality is the key. cey cey cey aku pun berjela nak ceramah. Oleh sebab aku sedang berpantang shopping, maka kami ambik keputusan untuk balik awal. Kalau duduk situ lama lama boleh sewel aku. Nak nak plak raya cina nak dekat ni. bernanah je hati tengok sale tapi tak dapat shopping! sakit hati woii!!! ;D



 
 abaikan muka aku yang sememeh tu. bagi korang yang dah lupa muka aku macam mana. aku yang bertudung turquoise tu. Nanti dah slim baru kita pose ala ala hipster macam inst femes ye? sekarang muka pun macam belacan. hehehe aku rasa aku nak beli soft lens la. Lama tak melawa. rindu zaman eyeshadow blink blink, blusher pink dengan bulu mata palsu aku. kalau dulu setiap masa nak make up sekarang gi mall pakai selipar je tak kuasa aku nak pakai heels.


p/s: nak try rajinkan diri update blog ni. terisi jugak masa sekurang kurangnya .


No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta