February 23, 2015
kenapa indonesia tuntut popia?
popia atau dalam bahasa Indonesianya di panggil lumpia adalah sejenis makan bergoreng yang kita boleh jumpa di pasar pasar malam. Aku tak tahu kenapa benda ni dijadikan isu oleh segelintir masyarakat Indonesia sehingga mereka membuat demonstrasi di depan kedutaan Malaysia. Ia cumalah sejenis makanan dan bebas di makan semua orang. tak kiralah kita orang Malaysia ke Indonesia ke china ke Papua new guine mahupun orang dari kutub utara dan selatan. Soal claim lumpia milik siapa tu aku rasa sebenarnya benda tu tak patut dijadikan isu. Makanan adalah salah satu perkara yang cepat tersebar di seluruh Negara.
Dan sampai sekarang aku rasa beras pun kita tak tahu siapa tanam dulu. sebab Negara Negara asia makanan ruji dia memang nasi.. inikan pulak popia or lumpia. kalau dibuka sejarah sebelum pemerintahan british di Tanah melayu dan belanda di kepulauan jawa aku rasa hampir semua yang berpelajaran atau dalam bahasa inggerisnya "well educated" akan tahu bahawa tiada pembentukan Negara lagi. Melainkan kepulauan kepulauan dan gagasan Tanah melayu. Inilah hakikat yang semua orang kena terima. Dulu zaman datuk nenek kita.. mereka boleh kemana mana naik sampan tak payah pakai passport pun. Jadi asimilasi budaya akan berlaku sebab berlaku perkhawinan campur. orang melayu khawin dengan jawa, atau orang jawa khawin dengan banjar.
Dan ditambah pula dengan pemindahan orang orang cina dan india pada awal abad ke 20 (kalau tak silap).Mereka juga membawa budaya mereka ke mari dan ianya termasuk makanan tradisi mereka sendiri.
Sebagai contoh
kari ... kita semua tahu kari adalah dari india
dan menurut sumber popia atau lumpia adalah berasal dari china.
jadi perkara ini tak perlulah diperbesarkan . Aku yakin ramai orang Indonesia yang baik baik dan sedar tentang hakikat sejarah yang tak dapat disangkal mereka ini.
why so serious??? it's just a food.
Jangan mudah diprovokasi atas hal kecil seperti ini.
P/s : Kenapa perlu gadaikan keamanan demi sejenis makanan? :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
hi everyone! today i'm gonna do a quick review on hannan medispa treatment. 100% genuine and this is not a sponsored post becau...
-
hi korang harini punya topik maybe hot topik untuk orang yang mencari rumah untuk dibeli. and ada yang buat research baca tapi tak berani...
-
korang sukakan kekemasan?nak jimat space? korang memang patut cuba benda ni sebab ianya akan memperkemaskan blog korang. una share tutorial ...
7 comments:
semua bnda yg orang malaysia buat diorang (some) tak suka. video resepi masakan malaysia habis penuh dengan komen 'it's an indonesian dish'
pasal bnda gitu pon nak marah segala
setuju! makanan je pun, relax sudah
Rasa-rasanya..mungkin diaorg akan dok claim mee bandung, sirap bandung, sambal jawa..diorg punya..almaklumlah..ad perkataan bandung n jawa..
amelia : tu la apa nak buat orang mudah termakan kata kata beracun :)
@nurul tu la.. rileks je.. biasa la tu makanan :)
anonymous : tu la anon.. takpelah biarlah mereka.. tak semua macam tu
pelik je dorang tuh.. >_< makanan je pun
Post a Comment