Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

February 23, 2015

kenapa indonesia tuntut popia?







popia atau dalam bahasa Indonesianya di panggil lumpia adalah sejenis makan bergoreng yang kita boleh jumpa di pasar pasar malam. Aku tak tahu kenapa benda ni dijadikan isu oleh segelintir masyarakat Indonesia sehingga mereka membuat demonstrasi di depan kedutaan Malaysia. Ia cumalah sejenis makanan dan bebas di makan semua orang. tak kiralah kita orang Malaysia ke Indonesia ke china ke Papua new guine mahupun orang dari kutub utara dan selatan. Soal claim lumpia milik siapa tu aku rasa sebenarnya benda tu tak patut dijadikan isu. Makanan adalah salah  satu perkara yang cepat tersebar di seluruh Negara.





Dan sampai sekarang aku rasa beras pun kita tak tahu siapa tanam dulu. sebab Negara Negara asia makanan ruji dia memang nasi.. inikan pulak popia or lumpia. kalau dibuka sejarah sebelum pemerintahan british di Tanah melayu dan belanda di kepulauan jawa aku rasa hampir semua yang berpelajaran atau dalam bahasa inggerisnya "well educated" akan tahu bahawa tiada pembentukan Negara lagi. Melainkan kepulauan kepulauan dan gagasan Tanah melayu. Inilah hakikat yang semua orang kena terima. Dulu zaman datuk nenek kita.. mereka boleh kemana mana naik sampan tak payah pakai passport pun. Jadi asimilasi budaya akan berlaku sebab berlaku perkhawinan campur. orang melayu khawin dengan jawa, atau orang jawa khawin dengan banjar.
Dan ditambah pula dengan pemindahan orang orang cina dan india pada awal  abad ke 20 (kalau tak silap).Mereka juga membawa budaya mereka ke mari dan ianya termasuk makanan tradisi mereka sendiri.

Sebagai contoh

kari ... kita semua tahu kari adalah dari india

dan menurut sumber popia atau lumpia adalah berasal dari china.


jadi perkara ini tak perlulah diperbesarkan . Aku yakin ramai orang Indonesia yang baik baik dan sedar tentang hakikat sejarah yang tak dapat disangkal mereka ini.


why so serious??? it's just a food.


Jangan mudah diprovokasi atas hal kecil seperti ini.


P/s : Kenapa perlu gadaikan keamanan demi sejenis makanan? :)




February 16, 2015

Makan di secret recipe dan resepi milkshake oreo! :D




hai.
sepanjang dekat rumah ni macam macam la benda yang aku tak dapat masak di rumah sewa dulu aku dapat masak. Yelah nama pun dah kat rumah kan? aku ni memang sepsis makan suka mereka reka sikit. Minggu lepas aku punya mood nak makan coklat je. 3 kali aku ke secret recipe gara gara mood tak tentu hala aku tu.

2 kali aku pergi dengan adik. sekali aku pergi sorang. mentang mentang secret recipe sekangkang kera je dengan rumah. :3



ini gambar selasa lepas. sebelum aku hantar dia ke sekolah


Amende muka sedih. Ini gambar semalam.



okay ingat tak aku pernah cerita pasal kisah aku dan aiman setiap ada part 1 and part 2 tu? inilah dia makhluk bernama aiman tu, Adik bongsu aku.  semalam masa aku makan kat secret recipe. aku minum milkshake oreo. Aiman pun sama. Dia cakap air tu sedap macam nak lagi je... tapi memang air tu sedap pun. Aku sampai teringat ingat rasa air tu malam tadi. So pagi tadi aku decide nak buat sendiri.. senang je..

nak recipe? ikut recipe dibawah ini ye?


RESEPI MILKHARE OREO

cara buat milkshake oreo adalah mudah sangat sangat. Bahan bahan yang diperlukan ialah :

1) ais krim dalam Tupperware perisa vanilla
2)Fresh Milk tak kisah la nak dutch lady ke apa ke. tadi aku guna pure farm dutch lady
3) Oreo


Itu saja.

Step 1
Hancurkan oreo, terpulanglah nak blend atau ketuk

Step 2 masukkan oreo yang dah hancur ke dalam blender jika korang guna kaedah ketuk .. kalau oreo dah sedia ada dalam blender skip step ini

Step 3
masukkan susu dan beberapa scoop aiskrim. Ikut suka anda. kemudian blend sekata  dan siap!

Mudah kan?

Pindah Rumah & Valuable Life lessons