May 25, 2015

JOM JOIN CERIA 1ST GIVEAWAY!



tadi lepas aku blog walking aku perasan ada komen dekat chatbox ajak join giveaway , aku pun dah lama tak join give away ni. syarat nak join pun simple. giveaway berakhir malam ni tau! 


Syarat-syarat penyertaan :
  1. Wajib mempunyai blog yang PUBLIC dan kalau sudi followlah beliau                                              
  2. Buat satu entry di blog yang bertajuk Jom Join Ceria 1st Giveaway!                                                                      
  3. Letak banner di atas dalam entry tersebut dan link kan ke blog beliau



senang je kan ? tak susah pun.  hadiah ditawarkan menarik jugak tau. nak tahu?
pergi follow beliau. alang alang online tu buat entry satu kalau tuah menyebelahi anda. anda menang! hehehe :*


aku suggest korang follow blog ni sebab setiap kali aku bukak blog beliau, aku memang rasa ceria pun.Just look at the header arnab pakai spec automatic keluar giggles hehe.


p/s: awak.. kita nak buku fixi boleh? blink blink :P

Tukar Hobi Dan semangat travel yang mula datang




Assalamualaikum, hai! 
sabtu lepas my boyfriend datang rumah ajak keluar, orang baru balik bercuti katakan so dia datang bawak sourvenir. lepastu aku keluar la dengan dia pergi tempat biasa kami tengok wayang . tapi mbo sebab gsc jauh sikit. nak jimat masa tengok dekat mbo la. sampai sampai je aku tengok list movie pitch perfect 2 tak ada! nampaknya aku kena tunggu dia leak dekat internet . hehehe aku tengah cuba kurangkan aktiviti menonton wayang semampu kami sebab cerita sekarang agak cliche. cerita yang betul betul boom je aku nak tengok lepas ni.


aku tengok 2 movie haritu. movie pertama mad max fury land and satu lagi tomorrowland. dia ada cakap dia nak beli kereta baru before kami khawin ni tapi not sure pilihan dia sebab biasalah lelaki minat diorang ni kejap kejap tu kejap ini. samalah dengan aku pun. hehehehe minat aku pun jenis cepat berubah gak. pantang tengok yang lawa sikit berkenan. dia kata kalau dia tak mampu lagi dia mungkin ambik kia rio. ada sesetengah pasangan jenis kongsi kereta. aku pulak jenis selesa kereta asing-asing sebab belum ada ikatan suami isteri lagi risau jadi apa apa pulak. 



rumah pulak kalau boleh mestilah nak rumah sendiri. tapi ikutlah income macam mana. semua orang impikan nak rumah besar tapi zaman sekarang kalau gaji setakat 3,4k jangankan bayang rumah bayang atap pun tak nampak.

tahun ni macam macam aku nak beli. dalam masa yang sama nak travel. adoi kopak kopak. tapi kopak pun best . sebab ada new experience. gadget tahun ni aku cadang nak beli macbook baru tu and instax . ada rezeki inshallah.




hidup zaman sekarang mencabar sikit tapi korang mesti kena pandai manage duit. aku pun terasa nak tukar hobi. hobi baru ni mungkin menelan belanja lebih dari hobi asal . tapi ini dah terpahat dalam wishlist aku. so inshaallah 2015 atau 2016 ni dah start tukar hobi baru sikit sikit. aku rasa nak kerap melancong di waktu muda muda ni kumpul pengalaman tengok tempat orang. tak perlu pergi tempat mahal pun tak apa ikut kemampuan la. sebelum ni aku ada banyak travel ke sana sini (dalam negara) tapi aku tak tulis. backpacking pun dah pernah. ingat tak waktu aku lama senyap tu? hahaha waktu tu la aku pergi tenangkan fikiran. kebanyakannya sebelum blog ni wujud lagi. dah wujud blog ni aku tengah busy study adalah travel sikit sikit . habis study busy kerja pulak. so lepas ni aku nak rajinkan travel dan kumpul kenangan manis banyak banyak. if others more to showing off aku pulak more to keeping my memories. dengan  menulis blog 10,20 tahun lagi aku boleh baca dan tersengih sorang sorang menatap zaman anak dara penuh kegemilangan ini. KONONNYA hahaha



seperti yang aku cakap di previous post aku tenga tungguh green light mama. aku nak angkut cousin aku pergi tapi sorang tu busy study dan sorang lagi busy nak kerja. so perth on mac mungkin tak jadi mujur aku tak beli tiket lagi. kalau aku dah beli acaner? =-=' .


so tahun ni mungkin travel dalam negara je kot sebab sorang tu habis study on october. aku nak ajak ke krabi pun aku berfikir patploh juta kali.ke  krabi masa musim hujan? bukanlah satu cadangan yang baik! tak pasal pasal tengah nak snorkeling or island hopping kena panah petir.choyyyy T_T 






takpe una masa panjang lagi. aku nak ajak boyfriend tak boleh bahaya. 2 orang manusia bukan muhrim travel sama sama tanpa ditemani sesiapa? bahaya! dia cakap kita travel sama sama lepas khawin la . SO SWEET ;p



p/s: kalau macam tu tahun depan lah khawin! ;p


May 19, 2015

Air Asia greatest deal dan wishlist sebelum khawin



assalamualaikum , hai

tadi masa scroll facebook i found a very good deal from air asia. discount  tiket sampai 50%!
untuk both economy and bussines class.

tak kisahlah destinasi mana mana pun dalam atau luar negara janji ikut tarikh yang ditetapkan . korang kena book dari tarikh 18  may 2015 sehingga 24 May 2015. tarikh fly pulak daripada 1 september 2015 hingga  31 mac 2016.  Aku pun hampir pengsan tengok deal tu . gurau je,, mana ada pengsan aku teruja je. actually travel ke luar negara tanpa ditemani keluarga adalah salah satu wishlist aku sebelum khawin.Sesuai sangatlah kalau aku pergi umur aku pun dah 24 tahun depan 25. aku pasti kalau aku beli sekarang untuk travel next year sempat lagi aku nak kumpul duit gila gila untuk duit poket jalan jalan sana. 



ini contoh kalau korang nak ke kota kinabalu murah kan kan?


aku plan nak ke perth pada 1 mac 2016 sampai 7 mac 2016. pergi kejap je mampu. ini ikut perancangan awal. tapi tadi aku dah tanya mama aku. nak tahu jawapan dia apa?


KAU NAK PERGI SORANG? TAK BOLEH!  
nak pergi jauh - jauh KHAWIN dulu T_T

dia suruh KHAWIN dulu. sebab dia kata aku ni spesis main redah je. 

yelah sebab perth kot. kalau setakat bandung tu dia bagi la.
tapi aku masih dalam proses memujuk. kalau sebelum 24 may ni she said boleh. maknanya aku boleh pergi. aku nak try ajak kawan kawan pergi. tapi susah nak jumpa orang yang boleh commit cakap dia confirm pergi. selama aku ajak ni diorang ingat aku bergurau agaknya. yelah, ingat kita jobless tak ada sumber pendapatan ke weh? :'D


walaupun daku nampak sengkek, tapi karang daku korek sana korek sini adalah duit. takpun lepas beli tiket aku carilah kerja kejap dekat dekat rumah ni ha.


aku saja nak uar uarkan dekat korang supaya kalau aku tak dapat pergi korang yang baca entry ni boleh la pergi. tak kiralah mana korang nak pergi  janji pilih destination yang air asia cover janganlah kau berangan nak pergi paris naik air asia. mana nak dapatnya. Nak pergi paris naik MAS okay? :P


bagi yang belum khawin mintak izin ibu bapa baru pergi risau dia tak izinkan kita pergi jugak macam macam jadi. i've been through such things multiple times. buat rosak mood je. 



Bon Voyage




May 2, 2015

my baby is back



selepas 2 bulan laptop kesayangan tidak berfungsi akhirnya laptop ini kembali seperti sedia kala.
kali ini aku tak guna khimat uncle x. aku guna khidmat syami. murah dah cepat siap tambah ram lagi. 
ingatkan kenangan 6 tahun bersama laptop ni terpaksa berkubur. segala kenangan indah laptop ni akan ku simpan sampai bila bila ..


jiwa makin bersemangat nak buat perubahan memandangkan lappy kesayangan dah berada disisi kematu woi asyik duduk menghadap desktop kat rumah tak dapat nak meniarap , sekarang dapat meniarap semula . hahaha

itu je aku nak cerita :D


k babai

💝 Anniversary Trip To Jakarta