May 19, 2015

Air Asia greatest deal dan wishlist sebelum khawin



assalamualaikum , hai

tadi masa scroll facebook i found a very good deal from air asia. discount  tiket sampai 50%!
untuk both economy and bussines class.

tak kisahlah destinasi mana mana pun dalam atau luar negara janji ikut tarikh yang ditetapkan . korang kena book dari tarikh 18  may 2015 sehingga 24 May 2015. tarikh fly pulak daripada 1 september 2015 hingga  31 mac 2016.  Aku pun hampir pengsan tengok deal tu . gurau je,, mana ada pengsan aku teruja je. actually travel ke luar negara tanpa ditemani keluarga adalah salah satu wishlist aku sebelum khawin.Sesuai sangatlah kalau aku pergi umur aku pun dah 24 tahun depan 25. aku pasti kalau aku beli sekarang untuk travel next year sempat lagi aku nak kumpul duit gila gila untuk duit poket jalan jalan sana. 



ini contoh kalau korang nak ke kota kinabalu murah kan kan?


aku plan nak ke perth pada 1 mac 2016 sampai 7 mac 2016. pergi kejap je mampu. ini ikut perancangan awal. tapi tadi aku dah tanya mama aku. nak tahu jawapan dia apa?


KAU NAK PERGI SORANG? TAK BOLEH!  
nak pergi jauh - jauh KHAWIN dulu T_T

dia suruh KHAWIN dulu. sebab dia kata aku ni spesis main redah je. 

yelah sebab perth kot. kalau setakat bandung tu dia bagi la.
tapi aku masih dalam proses memujuk. kalau sebelum 24 may ni she said boleh. maknanya aku boleh pergi. aku nak try ajak kawan kawan pergi. tapi susah nak jumpa orang yang boleh commit cakap dia confirm pergi. selama aku ajak ni diorang ingat aku bergurau agaknya. yelah, ingat kita jobless tak ada sumber pendapatan ke weh? :'D


walaupun daku nampak sengkek, tapi karang daku korek sana korek sini adalah duit. takpun lepas beli tiket aku carilah kerja kejap dekat dekat rumah ni ha.


aku saja nak uar uarkan dekat korang supaya kalau aku tak dapat pergi korang yang baca entry ni boleh la pergi. tak kiralah mana korang nak pergi  janji pilih destination yang air asia cover janganlah kau berangan nak pergi paris naik air asia. mana nak dapatnya. Nak pergi paris naik MAS okay? :P


bagi yang belum khawin mintak izin ibu bapa baru pergi risau dia tak izinkan kita pergi jugak macam macam jadi. i've been through such things multiple times. buat rosak mood je. 



Bon Voyage




No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta