May 25, 2015

Tukar Hobi Dan semangat travel yang mula datang




Assalamualaikum, hai! 
sabtu lepas my boyfriend datang rumah ajak keluar, orang baru balik bercuti katakan so dia datang bawak sourvenir. lepastu aku keluar la dengan dia pergi tempat biasa kami tengok wayang . tapi mbo sebab gsc jauh sikit. nak jimat masa tengok dekat mbo la. sampai sampai je aku tengok list movie pitch perfect 2 tak ada! nampaknya aku kena tunggu dia leak dekat internet . hehehe aku tengah cuba kurangkan aktiviti menonton wayang semampu kami sebab cerita sekarang agak cliche. cerita yang betul betul boom je aku nak tengok lepas ni.


aku tengok 2 movie haritu. movie pertama mad max fury land and satu lagi tomorrowland. dia ada cakap dia nak beli kereta baru before kami khawin ni tapi not sure pilihan dia sebab biasalah lelaki minat diorang ni kejap kejap tu kejap ini. samalah dengan aku pun. hehehehe minat aku pun jenis cepat berubah gak. pantang tengok yang lawa sikit berkenan. dia kata kalau dia tak mampu lagi dia mungkin ambik kia rio. ada sesetengah pasangan jenis kongsi kereta. aku pulak jenis selesa kereta asing-asing sebab belum ada ikatan suami isteri lagi risau jadi apa apa pulak. 



rumah pulak kalau boleh mestilah nak rumah sendiri. tapi ikutlah income macam mana. semua orang impikan nak rumah besar tapi zaman sekarang kalau gaji setakat 3,4k jangankan bayang rumah bayang atap pun tak nampak.

tahun ni macam macam aku nak beli. dalam masa yang sama nak travel. adoi kopak kopak. tapi kopak pun best . sebab ada new experience. gadget tahun ni aku cadang nak beli macbook baru tu and instax . ada rezeki inshallah.




hidup zaman sekarang mencabar sikit tapi korang mesti kena pandai manage duit. aku pun terasa nak tukar hobi. hobi baru ni mungkin menelan belanja lebih dari hobi asal . tapi ini dah terpahat dalam wishlist aku. so inshaallah 2015 atau 2016 ni dah start tukar hobi baru sikit sikit. aku rasa nak kerap melancong di waktu muda muda ni kumpul pengalaman tengok tempat orang. tak perlu pergi tempat mahal pun tak apa ikut kemampuan la. sebelum ni aku ada banyak travel ke sana sini (dalam negara) tapi aku tak tulis. backpacking pun dah pernah. ingat tak waktu aku lama senyap tu? hahaha waktu tu la aku pergi tenangkan fikiran. kebanyakannya sebelum blog ni wujud lagi. dah wujud blog ni aku tengah busy study adalah travel sikit sikit . habis study busy kerja pulak. so lepas ni aku nak rajinkan travel dan kumpul kenangan manis banyak banyak. if others more to showing off aku pulak more to keeping my memories. dengan  menulis blog 10,20 tahun lagi aku boleh baca dan tersengih sorang sorang menatap zaman anak dara penuh kegemilangan ini. KONONNYA hahaha



seperti yang aku cakap di previous post aku tenga tungguh green light mama. aku nak angkut cousin aku pergi tapi sorang tu busy study dan sorang lagi busy nak kerja. so perth on mac mungkin tak jadi mujur aku tak beli tiket lagi. kalau aku dah beli acaner? =-=' .


so tahun ni mungkin travel dalam negara je kot sebab sorang tu habis study on october. aku nak ajak ke krabi pun aku berfikir patploh juta kali.ke  krabi masa musim hujan? bukanlah satu cadangan yang baik! tak pasal pasal tengah nak snorkeling or island hopping kena panah petir.choyyyy T_T 






takpe una masa panjang lagi. aku nak ajak boyfriend tak boleh bahaya. 2 orang manusia bukan muhrim travel sama sama tanpa ditemani sesiapa? bahaya! dia cakap kita travel sama sama lepas khawin la . SO SWEET ;p



p/s: kalau macam tu tahun depan lah khawin! ;p


2 comments:

Zierwa Zainal said...

sweet betul lepas kahwin travel sesama.. hehe.. zz pun suka travel tapi tak berkesempatan lagi nak pergi. tulah ingat nak pergi dalam Malaysia dulu. :)
kahwin jgn lupa jemput zz. nak bagi tempias kena sikit..haha

Unamn said...

hahaha inshaallah zz .. khawin nanti una jemput kawan kawan blogger hehe

💝 Anniversary Trip To Jakarta