February 22, 2016

one year mission : it is all about your niat







hello guys.

tadi aku report duty dekat glenmarie. sumpah penat gila. sepatutnya half day je harini tapi sebab semua orang kena pergi klinik yang sama so process tu jadi lambat.3 jam jugaklah aku menunggu. korang bayangkannnnn! nak nak pulak doktor tu sorang je. after all the medical check up , aku bergegas balik pj cari cimb nak buat akaun bank. sekali sampai kaunter akak tu cakap kad atm dah habis dah dik. tapi atas sebab kedegilan aku yang nak jugak buat so akak tu proceed jela. eh eh tetiba datang pulak sorang kerja bank tu cakap ada kad. fuh nasib baik aku tak balik guys.kalau tak sia sia menghabis minyak mengulang ke cimb. haha apa apa pun semua dah settle la tadi. 

vision aku kerja sini mudah je, aku nak kumpul duit, aku nak lengkapkan wishlist aku sebelum khawin, kumpul duit khawin dan khawin. 





HAHAHA mesti korang berbulu je baca kan? rasa nak sepak je kan? aku punya goal just nak kerja sampai waktu aku rasa duit aku cukup, kalau  ada rezeki inshaallah lepas khawin aku berhenti kot.macam aku cakap sebelum ni. aku nak ada masa dengan suami dan anak anak. kerja macam ni bukannya tak ada life sangat, cuma dia bukan kerja office kan. gaji banyak pun yang penting masa bersama keluarga. Nampak tak walaupun aku ni mata duitan, jiwa aku ni masih pentingkan kualiti time dengan family tau.



tapi berhenti bukanlah bermakna aku tak cari duit. mestilah aku buat bussiness apa yang patut. semoga ALLAH tunaikan impian aku ni hahaha. 



kita cari duit untuk tingkatkan kualiti hidup kita. orang sekarang banyak habiskan masa dekat office demi gaji lebih, aku taknaklah nanti suami aku susah sebab nak jaga manusia kuat makan ni dia kerja lebih masa sampai tak nampak matahari pulak. it is all about your niat la. kadang kadang orang cakap senang, ishh kau ni kalau betul nak buat bussiness kenapa tak start lagi?

cik kak, aku dah lama buat tau. tapi kecik kecik je mampu. takkan engko nak suruh aku terus kaya macam dato vida kot? and lagi satu modal tak cukup. menurut kata dr azizan , kalau kau nak bussiness lebih baik jangan hutang nanti buat pening kepala otak kau je. so kumpul duit ni adalah salah satu jalannya la. semoga senanglah di kemudian hari. amin



dan semoga korang yang membaca juga di beri kesenangan hidup dunia akhirat. amin. :D


No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta