December 31, 2016

ya, kami dah putus



hi guys..



sebenarnya nak diikutkan aku taknak cerita pasal benda ni. tapi entahlah kalau aku tak tulis nanti tak adalah kenangan pulak.


walaupun disebalik kenangan tu ada benda benda tak best.


jujur aku tulis bukan nak burukkan keadaan . aku tulis sebaliknya untuk tatapan dimasa depan.


aku rasa kan hampir semua yang baca blog aku sejak beberapa tahun lepas tahu yang ...

aku ada boyfriend. we're close . sampai mak ayah aku pun kenal dia. mak ayah dia pun kenal aku.

secara jujur kami dah putus. puncanya kali ni aku. ya aku.


aku nak putus dengan dia. i cant see my  future with him. dia mungkin nampak sayang aku. tapi dia suka love bombing. he did cheated on me on december 2008 with someone  from his school.

entah macam mana we get back . and that girl pun jadi kawan aku dah sebab macam aku pernah cakap sebelum ni aku takkan gaduh dengan perempuan pasal lelaki. sebab rasa macam bodoh.


so me and amalina become closer up the point aku pernah ya datang rumah dia pinjam baju for dinner.


selepas kami get back aku yang mulanya cuma nak balas dendam jadi sayang balik. tapi tu la kami ni sebaya jadi panas. ada je benda gaduh not in a good way. dia terlalu cemburu. 


pernah sekali dia marah aku dekat depan depan orang hanya sebab aku terlanggar baru lelaki lain.

terlalu banyak red flag anddd aku ni grad awal. 


sebab tu aku tak ada gambar convo dengan dia.  he never initiated untuk ke peringkat seterusnya. 

i mean dia dah la pergi mengaku kami bertunang dekat kawan college of course orang akan bertanya. 

in february  this year aku masuk kerja baru. and jujur kami ni kalau putus pagi petang dah baik balik.


dia pernah mengaku dekat aku dia tersuka one girl from our college nama dia nisa. aku tak heran pun kalau dia suka sebab budak tu memang cantik , sopan lemah lembut the opposite dari aku.


cumanya aku tak suka bila aku ni macam jadi permainan je. korang faham kan maksud aku?


and  aku dah lama kot tawar hati since selalu gaduh and dia kantoi dengan aku message dengan one of his coworker. aku ni kalau jealous tak adalah tak bertempat . tapi kalau kantoi yang perempuan lain a single mom mengadu anak sakit dekat someone you love apa kau rasa? kantoi jugak diorang pergi seminar berdua je. berduaaaa.  aku tak kisah tau bukan terlampau jealous. cuma berdua without any bosses which is that seminar perlu bermalam. 

aku tak bodoh. aku pernah kerja construction.  the rest aku taknak ceritalah. jujur aku bukannya baik.

pernah dalam tempoh aku dengan dia bergaduh. aku tersuka someone. tapi aku berani and mampu kawal diri aku. aku ada prinsip yang selagi dia tak buat hal aku takkan buat hal. tapi jujur dengan apa yang dah jadi hati aku tawar setawar2nya.


i think i've had enough.  


aku jarakkan diri. aku cuma message dia bila dia message aku. lama lama dia start perasan perubahan aku.

aku minta putus. dia tanya aku kenapa.  aku terpaksa tipu dia. apa yang aku tipu?

kalau dia baca blog aku mesti dia tahu. kenapa aku berani tulis? sebab aku rasa cukuplah aku taknak tipu dia lama lama.


cukup dia tahu yang aku nak putus sebab aku dah lama sangat sabar. and aku masih dara. jadi family members aku yang baca tak payahlah risau. aku cuma tipu ex aku sebab aku nak lepaskan diri dari hubungan yang takkan kemana ni. sebab hanya dengan cara ni aku boleh lepas.

aku rasa cukup lah 8 tahun hubungan kami.  aku dipersalahkan keluarga sendiri and kawan kawan rapat dia.dekat mata orang aku sentiasa nampak jahat.

ada yang tuduh aku pisau cukur , sheet ultra macam macam lah.  my current boyfriend bukan sesenang dia. aku tak pernah kisah pasal harta.  bagi aku duit boleh cari. boleh dibina sama sama. i cant live with someone that full of secret . 


kalau aku ni pisau cukur dah lama dah aku accept his offer . dia nak belikan aku honda city . dia nak bayar bulan bulan. ada aku terima?  aku ni kalau jahat dah lama aku ambik. 


he never take my side. orang mengorat aku. aku salah. 

orang langgar bahu aku, aku kena marah. up to the point aku pernah belikan dia jam. jam yang aku belikan tu taklah mahal sebab aku kan student lagi masa tu.

makcik dia boleh pulak komen bukan bukan . cakap jam tu nampak murah la apa lah. makcik dia pulak pakai facebook tak ada muka. letak gambar mawar biru je.

the hell i will know tu makcik dia. aku pun tersound dia la sis. then he asked me to mintak maaf. ya Allah aku cakap hancurnya hati aku masa tu. from that moment lagi i know i would never be his wife.


he once told me dia cakap dia nak aku jadi housewife. aku tak faham tau. aku belajar penat penat . dia nak aku jadi surirumah. aku pernah bertekak dengan dia pasal benda ni. akhirnya kami berbaik tapi tu la pendirian dia tetap sama. 


i cant stand him keeping secret from me .secret after secret. kalau yang baca ni tanya siapa ex aku. aku tak banyak ex. aku hanya ada sorang je ex. last aku jumpa dia   bulan ni. jumpa as kawan. sebab jujur aku tak suka bermusuhan dengan dia. tapi entah lah perangai dia yang buat aku tak suka. biar aku jelah tahu. i decided to change my number for good. i blocked every social media dia. aku berharap one day he will find someone that suitable for him.  orang tu bukan aku.

aku alhamdulillah dah bahagia dah sekarang. after 6 months berkawan. 

aku baru setuju untuk jadi gf dia. aku ingat aku taknak bercinta lama lama.  

baiklah bercinta secara halal. korang doakan hubungan aku dengan yang baru dipermudahkan.



kepada kau exku . aku tahu kau baca. 

semoga Allah merahmati dan merubah kau. tu je aku mampu doa. 



sekian.


una mn



 

No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta