April 13, 2018

Being promoted, New life and Next Step?





Dear Diary,


dua tiga menjak ni aku serabut sikit dengan kerja. sejak aku di naikkan ke satu position baru hidup aku lebih mencabar dari hari hari biasa. kalau sebelum ni aku masih boleh mimpi kupu kupu atau rama rama sekarang mimpi aku ala ala berilmiah sikit. for example kalau siang tu aku banyak buat calculation malam tu ko jaga.. aku siap mimpi tekan calculator tau. tak pasti aku kira. kadang kadang sebelum tidur waktu phone call dengan si dia pun aku sampai mamai pasal kerja aku. Nampak tak sekarang bahawa aku ni workaholic orangya? perasan XD 


oleh sebab kesibukan kitorang, masa kitorang spend bersama dah tak macam dulu. ada waktu terluang, kami akan keluar spend time bersama. uruskan apa yang patut. meskipun lambat lagi tapi aku boleh dah rasa lega sebab benda besar besar aku dah settlekan awal awal. 


ni list benda yang aku dah settlekan.

2) kad khawin 
3) pelamin
4) m.u.a 
5)wardrobe
6)langsir
7)bedding & comforter
8)kursus khawin



and benda yang aku dan dia tak settlekan lagi ialah rumah kami. sebab kami asyik kena transfer ke sana ke mari susah jugak aku nak agak sebenarnya nak duduk dekat mana. maybe kitorang akan duduk sekitar damansara sahaja bagi memudahkan urusan kami.zaman sekarang ni kena pandai cari rumah yang sesuai dengan kemampuan kan. esok esok mana tahu kalau nak beli rumah. dah senang tak ada membazir sangat. bak kata pepatah berakit rakit kehulu, berenang renang ke tepian, bersakit sakit dahulu bersenang lenang kemudian.
gitchewww.

omg sis berpantun!

kahkahkah XD A SAMAD SAID mesti  terharu. di zaman budak budak wechat berleluasa ni, di kala orang ramai sibuk berpanama, sis sibuk berpantun. 


dan setelah sekian lama sis lenjan kereta orang , akhirnya sis berhajat beli kereta sendiri. maybe sis beli kereta murah murah tetapi comel je kot. sis ingat nak beli myvi atau iriz. tengoklah nanti kay.actually kereta impian sis bmw . tapi yelah orang kata, nak beli sesuatu tu kena tengok isi poket sendiri. wang ataupun angin. duit tak ada pakai la yang mampu kay. meskipun gaji sis sekarang dah mampu beli honda city namun bila sis fikir balik, kereta ni tujuan dia membawa kita dari point A ke Point B. jadi tak payah beli mahal mahal sangat kot. kalau sis dah ada rumah sendiri baru sis fikir nak pakai kereta mahal. korang semua kena pandai fikir mana terbaik untuk masa depan korang. kereta ni liabiliti, rumah pulak aset. daripada beli kereta mahal, try beli aset dulu. lepastu kau nak pakai kereta lamborghini ke, ferrari ke, pagani zonda ke lantak kau.


yela sampai bila nak pakai harta parents. sis nak juga beli hasil titik peluh sendiri. hewhew.


okay annoying kan sebut sis sis setiap perenggan, mesti korang rasa nak tempeleng aku kan?


aku pun nasihatkan bakal suami aku supaya tak meminjam apa apa loan. inshallah susah senang sama sama. bukan apa, kalau semua benda nak di loankan risau esok beranak pun kau nak loan. jahanam oiiii...


ni sis nak pesan ni, khawin awal tak salah adik adik, pastikan diri tu rajin cari duit . bukan kerja mengangkang je kat rumah harap mak bapak suap lepastu duk tazkirah kata nikah muda ni bagus, paksa orang lain nikah muda sekali. 


tanggungjawab kena ada,kalau kerja pun malas tak payah la mimpi nak khawin awal kay?


khawin ni bukan pasal fikir nafsu kau je tanggungjawab tu penting. pada bakal isteri, suami, keluarga. diri sendiri. bakal anak. haaaa mampu ke?

haaa kan terbebel pulak. XD


kay kay sis nak kena tidur ni. esok sis banyak benda kena buat. 



adioss XD




No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta