November 26, 2020

preorder iPhone dan sedikit tazkirah

 



hi guys.. happy thursday. korang amacam sihat?

orat tak orait tu? AHAHHAHA


okay sebenarnya dari semalam i berkira kira nak tulis ke tak dekat blog ni sebab risau di cop berlagak pulak . bila fikir balik inilah tujuan blog ni wujud untuk rekod segala memori manis atau Pahit untuk dikenang waktu I tua. cerita dia begini i memang berhajat nak beli iPhone 12 pro tu macam mana i cakap banyak kali di entry Lepas . tapi sebelum ni i cakap i taknak preorder sebab I impulsive. lepas melalui proses berfikir yang lama and mencari ke sana sini sejak 13hb november tak ada ready stock semalam I memutuskan untuk pre order.  I dah pergi semua tempat jual iPhone yang I tahu. dia punya reseller and also Harvey norman tapi hampa. 



so tadaaaaa this is official receipt selepas I bayar pre order rm300 .


sorrylah I blur everywhere hahaha sebab I bayar preorder pakai debit card so details takperlu di tunjukkan pada orang ada dekat situ.
btw I order ni iPhone 12 pro 128gb in graphite je. 
I ambik paling murah sebab 128gb pun good enough dah for me. 

bila sampai? diorang kata estimated 2-3 weeks lagi. kalau nasib i baik dapatlah cepat. 
diorang cakap so far pre order pun dah ramai so kalau dapat stock memang pre order dapat dulu. 
oleh sebab I tak tahan dah pakai 2 phone i pre order jelah.

macam korang tahu my phone Iphone 7 dah rosak awal bulan Lepas. 
segala details kerja I dalam cloud. so I got no choice nasib baik I memang pakai MacBook.
so I pakai my husband punya old iPhone 6 yang hardly working jugak.
phone tu dah tak detect sim tapi i pakai je yang tu memandangkan phone android yang I letak simcard tu mashallah lembapnya. phone android tu Kalau i nak scan code mysejahtera tu pun makan masa tu sebab terpaksa buat Macam tu. selalu Sangat hang jadi terpaksa la i buat dia macam modem and Hanya untuk call sahaja hahaha.


ni casing yang i dah siap beli untuk that iPhone baru je sampai tengahari tadi. 
cute kan? i suka sebab aesthetic

ada jugak my friend tanya why taknak beli phone android je mengadalah tu.

hehehe Suka hati I la duit i . hahhahaa sebab i memang peminat apple. Kalau boleh semua benda apple Jual i nak beli. tapi i realistik. Kalau benda tu macam tak Penting Sangat i biasa tangguh je beli benda tu.
dah settle benda penting baru I beli benda i suka. 


macam beg ni i beli last week. sebenarnya lama dah nak beli handbag baru.
jenis I pakai rosak baru beli baru. tapi haritu terfikir nak jaga elok elok buat collection walaupun beg ni murah je. i memang suka jenama ni . tak tahu berapa banyak dah beli charles and keith ni . tahanlah 2 tahun pakai baru rosak selalunya. for 3 hundreds +++ handbag bagi i kualiti dia bagus.
handbag I last year beli Masih elok. ikutkan hati I nak beli kate spade tapi sebab i ada benda lain Lebih penting nak kena beli bulan ni i postpone. 



oh ya malam tadi kan i tergerak hati dengar satu ceramah pasal dajjal. lepastu ada jugaklah ustaz tu sebut tentang sikap manusia yang tak boleh tengok orang lebih.

biasa sangat kita dengar. 

Kalau kita tengok orang beli kereta mahal macam bmw ke mercedes ke ada sesetengah dari kita akan cakap " beli kereta mahal mahal bukan boleh bawak masuk kubur pun.. nanti mati naik keranda jugak"

ucapan ucapan berbaur dengki ni tak elok.

ustaz tu cakap lagi..

tahukah anda rasulullah saw yang kita sayangi mempunyai seekor kuda merah.
tahukah anda kuda itu adalah baka kuda yang paling elok ketika itu?

maksudnya disini nak tentukan orang tu zuhud ke tak kata ustaz bukan tengok dia pakai kereta murah ke apa maksud dia zuhud. zuhud ni bukan kita yang nilai. ALLAH yang nilai. zuhud tu maksud dia , dia tak meletakkan dunia di dalam hati dia. 


jadi tak berdosa ya nak duduk rumah besar selesa, nak pakai kereta mahal dipersilakan asalkan kita jangan lupa ALLAH. 


dulu i pun sangka zuhud ni maksud pakai mana ada rupanya salah ye. 

banyakla benda Bukak mata i selama ni. antaranya jugak tentang hantaran khawin. 
korang tahu tak berapa hantaran rasullullah bagi pada siti  Khadijah?
hantarannya ialah 20 ekor unta. 

kadang I pelik lelaki sekarang bagi hantaran berkira lepas khawin setahun dua nak tambah bini baru konon nak ikut sunnah nabi. yang nabi buat bagi hantaran 20 ekor unta taknak ikut pulak?

hahahaha Mohon terasa..

btw 20 ekor unta sekarang = rm160 000 ye


maksudnya korang masa nabi umur 25 tahun nabi kaya cuma dia zuhud.
tak meletakkan harta dalam hati dia.

semoga kita semua berjayalah  slow slow berubah kearah kebaikan.



semoga iPhone baru I tu boleh tambah semangat i nak berniaga  sambil kerja ni.
boleh jugak tambah duit poket

doakan perjalanan hidup I di permudahkan okay guys.


till then 

ttyl.


unamn









November 19, 2020

Random Thursday


 


hey guys good evening!!!


harini kan i macam relaks sikit sebab cuti. i bangun tidur Lepas sapu sampah kemas rumah. i tiba tiba teringat husband I haritu ada teringin nak makan 4 fingers. sebagai isteri yang baik hati (perasan) 

I terus ajak dia keluar pergi hartamas. actually hartamas dengan rumah i pun tak jauh mana. sampai sana kami tapau je la 4 fingers sebab situ parking susah sikit. habis tapau makanan kami pergi singgah taman tun dr ismail sebab i nak starbucks and husband nak slip mat untuk our car punya dashboard.

kotak tissue I asyik terjatuh je and kebetulan i ada beli  shake head doll amazing Spiderman. 

comel  je . jadila buat hias my baby iriz tu.



balik rumah settle makan I main game text my cousin  and help her to check her credit sebab dia pun nak beli rumah.   I perasankan sejak I meningkat usia ni rutin I lebih kurang sama je. kurang excitement compared masa muda muda dulu. HAHAHA macam tua sangat je . tapi serious dulu kan I senang ada warm feeling. I dulu suka minum starbucks . I memang suka sangat minum starbucks sampai everyday I minum sometimes twice a day. and apa kaitan warm feeling tu dengan starbucks?


ada kaitan!!! 


dulu i Kalau macam off day kan. I'll bring my laptop I minum starbucks and do my writing there. 

oh ye pada sesiapa yang tak tahu i dulu ada buat side job menulis article. nama pena i ? rahsia 

I stop sebab I ada writers block. so sekarang I just menulis di blog ni saja. okay back to the story.

bila i minum starbucks i rasa happy and penulisan I pun lancar. sampai pernah satu website beli belah agak famous email I mintak I tulis article untuk diorang. tu antara benda manis la. point dia dekat sini

dulu senang je nak buat diri sendiri happy . beli air starbucks pun boleh happy.

sekarang ni macam dah upgrade sikit. beli MacBook baru happy. hahaha    yang tu i dah dapat dah . Alhamdulillah. lepastu beli iPhone baru pulak baru happy. yang tu this month la pulak .

inshallah . I find myself more demanding in terms of happiness. I nak ajar diri I bersyukur untuk sekecil kecil perkara walaupun ada orang anggap benda tu annoying. haritu adalah kenalan I ni . dia post dekat twitter " orang yang miskin ni suka tunjuk semua benda sebab dia tak pernah dapat"

benda dia cakap tu Betul cuma cara dia cakap macam mengejek and of course I terasa. hahaha tapi i tak balas Balik i baca je conversation antara t20 ni. selalu tengok dekat drama je guys real life pun ada. 


I tak tahulah dia baca blog i ke tak. tapi Kalau dia baca. 

I nak beritahu sikit.. you memanglah orang post sebab dia appreciate benda yang dia dapat dari titik peluh sendiri. orang yang  celik mata kaya mana paham. lagi satu lebih baik tayang benda beli pakai titik peluh sendiri dari pakai duit parents 😉



ye tak?


AND LASTLY 

korang tolong doakan bila gaji i keluar iPhone 12pro tak habis stock. I rasa nak beli graphite colour la. doakan ye....


till then 

ttyl


una mn



November 15, 2020

hari ahad yang kelam kabut and iPhone 12 habis?



 

hello guyss.. buat apa tu?

harini hidup I agak kelam kabut sikit.  i Bangun pagi... golek golek atas katil (macam sushi) 

lepastu husband I tiba tiba cakap



him : awak jom keluar... 

me: hmmm tapi I expect barang office sampai .

him : jomlahhh mana ada orang buat delivery hari ahad.



lepas google aah maybe tak ada delivery  hari ahad. why not? even though pkpb and orang digalakkan duduk di rumah ... I masih keluar untuk rancakkan ekonomi negara (tibeh). takpelah janji ikut sop kan?

mula mula i pergi Mac city ingat nak settlekan my last wishlist iaitu beli iPhone 12 pro memandangkan casing dia I Dah siap beli 3 . sampai sana habis stock guys. so Mac city cakap yang Ramai orang beratur ambik tu semua pre order punya. so dinasihatkan I buat pre order. kalau korang kenal i. korang tahu I ni impulsive orangnya. I mean bila I pre order japgi takut I tak reti sabar. sebab pre order tak boleh refund, Tukar giga byte or warna. tak boleh kau pre order warna graphite tiba tiba nak ambik blue. cannot. 

habis usha usha dekat mac city kitorang makan dulu kat ikea. baru je makanan sampai 

belum sempat masuk mulut lagi ada orang call beritahu barang office dah nak sampai. HAAHAHAHA

tak kelakar okay . mujur la rumah i dengan ikea tu taklah jauh. so i makan meatball ... I terus balik 

ambik barang. so makanan lain husband I makan Sebab dia taknak ikut i balik. dia suruh i balik ambik barang lepastu patah balik the curve keluar balik dengan dia 😅😅




dapat je barang  sis patah balik ke sana. kali ni kitorang Sambung usha iPhone dekat machine, epi centre and harvey norman. semua tempat habis. lain macam rakyat Malaysia. banyak je duit dia Kalau beli gadget.


sis tak sama tau. sis beli sebab memang phone sis dah rosak. (done back up diri sendiri) so kalau ada antara readers yang nak beli iPhone 12 ni dinasihatkan pergilah buat pre order . 


ni sis usha area Damansara la. area lain sis tak tahu.. 


oh anyway sis dah finalised wishlist next year. apa? rahsia la..


doakan I kaya and berjaya kay. I doakan you guys jugak.


till then


ttyl


Una Mn💋

November 14, 2020

lemon hilang?





hai guys ..

 Selamat hujung minggu . harini macam biasa sis kemas rumah masak lunch dan sebagainya. 

harini I terkenang my little baby hamster "lemon" yang hilang semalam. cerita dia begini pada hari rabu haritu rumah I tak ada air. and sebagai manusia yang memerlukan air  I confirmlah rimas dengan cuaca panas so I memang akan Mandi selalu. after habis training dalam pukul 7 malam I terus kemas barang dah pergi check in berhampiran dengan tempat kerja husband I  dekat Damansara jugak. 

si lemon ni memang baby hamster comel yang nakal. pantang nampak orang tak ada dia ambi kesempatan untuk keluar. cage si lemon ni Jenis jaring jaring. Oleh Sebab dia kecik senang je dia nak keluar Sebab hamster boleh leperkan badan diorang tau. beberapa Hari before tu dia dah leperkan badan dia masuk bawah peti ais.  i memang sayang sangat dekat dia memandangkan antara 3 baby hamster baru dia paling comel. semalam I balik pagi pagi nak bagi makanan tengok  dalam cage besar tu tinggal 5 hamster instead of six. puas cari. panggil nama dia tapi tak keluar. i tengok dekat pintu rumah macam ada gap bawah pintu yang dia muat untuk squeeze . mungkin sekarang lemon dah mati . i siap cari dekat hall memang dia tak ada. dalam hati memang sedih. husband I pun sedih. I pujuk hati maybe ajal dia sampai situ je. 



tak sempat i nak belikan cage baru jenis macam aquarium tu. :')


untuk mengubat hati I habiskan masa untuk buat ot tonight , tomorrow night and on Monday night. 

total ot i bulan ni 16 hours dah. selagi boleh ot kita ot la eah. lagipun i work from home so tak rasa sangat. 

buat jelah kerja menghadap laptop je pun. bukan kena bercakap dengan orang pun. menghadap video que je. korang doakan i tau. semoga i dapat capai semua impian i. bukan senang nak senang. satu yang i pegang. orang hanya nampak hasil kita tak nampak kita struggle macam mana. jadi just enjoy your hasil . tak perlu fikirkan orang lain okay?



k lah i nak Sambung main game and take a nap, malam ni nak ot lagi 


ttyl

Una Mn

 

November 7, 2020

Aktiviti hujung minggu dan hamster ku yang nakal

 


Hai korang ... happy weekend. 

Korang buat apa cuti cuti tu?  i macam biasa weekend yang i  free i akan beli groceries masak sedap sedap kemas rumah... untuk tidak membuatkan Hari i jadi boring and dull doing same routine... pagi pagi tadi sis Dah siap siap keluar pergi beli my fav coffee dekat my fav coffee shop tak lain tak bukan starbucks. 

memandangkan harini ada buy 1 free 1 so why not kan?I beli mocha praline for my husband and for me I beli caramel macchiato selain tu I beli sekali Mississippi muffin dua and donut satu lalu sis buat delivery tanya bayaran pada husband yang sedang kerja.. ahahaha. dia yang nak sangat muffin tu. sis makan donut and minum air je.. 



after siap delivery sis terus singgah ke hero market and topup wet food and veges untuk di masak. ala basically benda benda biasa je . i mengaku  yang i dengan husband selalu makan benda benda tak sihat. jarang makan sayur bukan sebab tak suka sayur.. tapi sebab malas nak pergi keluar kerap . dulu selalunya la. 2 minggu sekali baru ke hero market sebab beli wet food je. tapi sekarang once a week wajib topup sayur sekali. selain ambik vitamin c. sis rajinkan diri masak sayur sekali. start small la kan. sebab nak tinggalkan terus semua macam susah. so kita start dengan makan sayur dulu. kebetulan pulak i  kerja dari rumah since march haritu. so memang boleh sangat nak masak.  glad that I finally pick up a new  habit.  hope berkekalan la habit yang baik baik ni . HAHAHA


thennn balik tu sis masak ikan bakar and sayur  tumis ( mushroom, cabbage, carrot and broccoli)

settle masak dengan bahagia sis pergi mop lantai and mandi. niat hati nak bagi makan pada hamster.. Tengah bagi makan kira kira tak cukup seekor!!!


sah !!! dia keluar. sebab ini bukan kali pertama ye dia keluar. muat pulak dia menyelinap ikut besi tu. oh kepada yang tak tahu sis ada 7 ekor hamster. before this ada 4 dah bagi orang. so sekarang ada 7 je la. seekor i dah asingkan dekat sangkar lain dia duduk sorang je sebab dia suka mengigit hamster lain. dia ni yang sis beli kat kedai nama dia breezy. husband dia bubble  yang sis beli dekat kedai jugak sis letak sangkar tingkat sekali dengan anak anak dia. so yang terlepas keluar tu diorang punya cucu. si lemon. lemon ni memang nakal.  dia suka teroka "dunia" luar macam nenek dia. cuma beza dia ... nenek dia dulu tak reti keluar sendiri. dia pulak berbeza!!!!

Jenuh cari kat bilik sebelah . dia ajak i main kejar kejar guys. dia lari bukan main laju siap  buat  drift setan! lepastu dia pergi menyelinap bawah peti ais. sis sembur dengan febreeze dia diam je kat situ guyssss .pecah peluh main kejar kejar dengan dia je. last last sis call daddy dia.. 


bang... balik sekarang... Anak awak keluar. daddy dia sayangkan dia yelah tu baby hamster baru 2 bulan dah tumbuh bulu tapi badan dia je yg kecik adik beradik dia dah gemuk. nak kata sangkar tu kecik kami beli sangkar 3 tingkat siap ada tunnel lagi. tapi tulah maybe dunia luar lebih indah bagi dia. 

tak sampai setengah jam daddy dia sampai so I pun Sambung main kejar kejar. sampai terseliuh kaki husband I kejar hamster nakal tu. AHAHHA 🐹


hamster sis jenis ni . robovski. nak ambik gambar Betul dia susah. asyik bergerak je. 
kadang kadang tu dengki gak dengan owner hamster lain. apesal hamster diorang jinak nak  mampus
hamster I pulak lincah dia mashallah bikin stress. nak marah sayang. sudahnya.... kami tapi SEMUA Bahagian sangkar kecuali penutup atas. harap dia tak keluar lagilah. 





lepas ni sis ingat nak buat rumah dia ala ala fancy macam ni. mahal sikit la tapi 

nampak kemas and kurangla chances dia nak lari lari lagi. siapa tahu kat mana boleh custom made sangkar macam kat gambar atas ni? Kalau tahu comment kat bawah kay.


k tu jelas nak cerita harini

esok lusa sis Sambung cerita lagi


ttyl


UNA .















 

November 3, 2020

Commitment baru una and cara kira dsr?


 


hai assalamualaikum guys..

dalam 2 hari lepas sis tergerak hati nak buat credit card Lepas baca banyak perkongsian pasal tips beli rumah. orang yang kenal rapat dengan sis tahu sis memang tak pakai credit card. tak suka pakai sebab sedar diri sendiri suka shopping so I try taknak pakai. walaupun before ni banyak kali cimb call offer. or agent credit card yang jenis tahan orang dapat free gift tu. ahaha sis tolak dengan baik. sebab fikir taknak bebanan kewangan .Lepas berfikir panjang.. sis whatsapp one of my friend yang kerja bank.. aishah. dia kerja dekat cimb so i fikir why not tanya dia. 


so lepastu dia setkan my appointment dengan one of her colleague . so I bawak document 

yang diperlukan untuk buat credit card. 3 month payslip and 3 month bank statement and ic diorang tolong copykan. sampai Sana .sis jumpa encik majdan.  he is very friendly sama macam aishah . orang kerja bank ni memang kena friendly agaknya. so aishah did suggest me to take asb. at first I macam takut takut nak ambil tengah pandemik ni. sebab asb loan kan? then after diterangkan faedah dia sebab main purpose I ambik nak build credit so I Cuba . yang menarik Bagi I dekat sini dia tak ada penalty and can cancel anytime. selain tu jugak asb juga dikira one of my income. so benda ni membantu for my dsr. 


let say gaji i monthly  4000 . lepas tolak kwsp 7%= rm3720

kiraan dsr I sekarang begini 

(all commitment)  ➗ rm3720  X 100 = YOUR DSR

untuk kenal pasti rumah yang you mampu beli Adalah begini

let say dsr max adalah 70% . 


so I punya current dsr Sebelum beli rumah adalah = 18.85%

looks good... tapi bank still nak tengok commitment nak tengok kita mampu tak commit bayar rumah tu everymonth.

so let say that house punya instalment rm1100  + asb rm400 + all commitment yg tadi menjadi new commitment  = rm2194 


so this is where the magic happened! bila nak Kira our new dsr kita dapat tambahan pendapatan dari jumlah yang kita simpan di asb setiap bulan.


dia ada kiraan dia tapi sis lupa tapi on average rm382  


so my current income would be  rm3720 + rm382 = rm4102

so now jom Kira dsr Terbaru sis 

(RM2194 ➗ RM4102 ) X 100 = 53.5%


i tak cakap gaji i rm4000 tau. atas tu contoh je. gaji sebenar adalah rahsia. sebagai makhluk kita boleh  usaha yang tentukan ALLAH. kalau tertulis rezeki sis untuk beli rumah.

inshallah dapat. and one more thing ... kena jugak jaga pembayaran loan lain dengan bank. jangan ada yang sangkut. kalau ada sangkut habislah.


for now sis tak ada masalah cuma tu la kena sediakan payung sebelum hujan.

kalau ada antara korang nak buat asb . boleh Datang jumpa my friend dekat cimb the curve. 

nama dia aishah shahrin or encik majdan . ni diorang tak suruh promote tapi I promote supaya all my readers dapat manfaat.



ilmu sis tak banyak. yang sis tahu sis share. okay guys?


okay sekian. 


ttyl

una mn


💝 Anniversary Trip To Jakarta