November 26, 2020

preorder iPhone dan sedikit tazkirah

 



hi guys.. happy thursday. korang amacam sihat?

orat tak orait tu? AHAHHAHA


okay sebenarnya dari semalam i berkira kira nak tulis ke tak dekat blog ni sebab risau di cop berlagak pulak . bila fikir balik inilah tujuan blog ni wujud untuk rekod segala memori manis atau Pahit untuk dikenang waktu I tua. cerita dia begini i memang berhajat nak beli iPhone 12 pro tu macam mana i cakap banyak kali di entry Lepas . tapi sebelum ni i cakap i taknak preorder sebab I impulsive. lepas melalui proses berfikir yang lama and mencari ke sana sini sejak 13hb november tak ada ready stock semalam I memutuskan untuk pre order.  I dah pergi semua tempat jual iPhone yang I tahu. dia punya reseller and also Harvey norman tapi hampa. 



so tadaaaaa this is official receipt selepas I bayar pre order rm300 .


sorrylah I blur everywhere hahaha sebab I bayar preorder pakai debit card so details takperlu di tunjukkan pada orang ada dekat situ.
btw I order ni iPhone 12 pro 128gb in graphite je. 
I ambik paling murah sebab 128gb pun good enough dah for me. 

bila sampai? diorang kata estimated 2-3 weeks lagi. kalau nasib i baik dapatlah cepat. 
diorang cakap so far pre order pun dah ramai so kalau dapat stock memang pre order dapat dulu. 
oleh sebab I tak tahan dah pakai 2 phone i pre order jelah.

macam korang tahu my phone Iphone 7 dah rosak awal bulan Lepas. 
segala details kerja I dalam cloud. so I got no choice nasib baik I memang pakai MacBook.
so I pakai my husband punya old iPhone 6 yang hardly working jugak.
phone tu dah tak detect sim tapi i pakai je yang tu memandangkan phone android yang I letak simcard tu mashallah lembapnya. phone android tu Kalau i nak scan code mysejahtera tu pun makan masa tu sebab terpaksa buat Macam tu. selalu Sangat hang jadi terpaksa la i buat dia macam modem and Hanya untuk call sahaja hahaha.


ni casing yang i dah siap beli untuk that iPhone baru je sampai tengahari tadi. 
cute kan? i suka sebab aesthetic

ada jugak my friend tanya why taknak beli phone android je mengadalah tu.

hehehe Suka hati I la duit i . hahhahaa sebab i memang peminat apple. Kalau boleh semua benda apple Jual i nak beli. tapi i realistik. Kalau benda tu macam tak Penting Sangat i biasa tangguh je beli benda tu.
dah settle benda penting baru I beli benda i suka. 


macam beg ni i beli last week. sebenarnya lama dah nak beli handbag baru.
jenis I pakai rosak baru beli baru. tapi haritu terfikir nak jaga elok elok buat collection walaupun beg ni murah je. i memang suka jenama ni . tak tahu berapa banyak dah beli charles and keith ni . tahanlah 2 tahun pakai baru rosak selalunya. for 3 hundreds +++ handbag bagi i kualiti dia bagus.
handbag I last year beli Masih elok. ikutkan hati I nak beli kate spade tapi sebab i ada benda lain Lebih penting nak kena beli bulan ni i postpone. 



oh ya malam tadi kan i tergerak hati dengar satu ceramah pasal dajjal. lepastu ada jugaklah ustaz tu sebut tentang sikap manusia yang tak boleh tengok orang lebih.

biasa sangat kita dengar. 

Kalau kita tengok orang beli kereta mahal macam bmw ke mercedes ke ada sesetengah dari kita akan cakap " beli kereta mahal mahal bukan boleh bawak masuk kubur pun.. nanti mati naik keranda jugak"

ucapan ucapan berbaur dengki ni tak elok.

ustaz tu cakap lagi..

tahukah anda rasulullah saw yang kita sayangi mempunyai seekor kuda merah.
tahukah anda kuda itu adalah baka kuda yang paling elok ketika itu?

maksudnya disini nak tentukan orang tu zuhud ke tak kata ustaz bukan tengok dia pakai kereta murah ke apa maksud dia zuhud. zuhud ni bukan kita yang nilai. ALLAH yang nilai. zuhud tu maksud dia , dia tak meletakkan dunia di dalam hati dia. 


jadi tak berdosa ya nak duduk rumah besar selesa, nak pakai kereta mahal dipersilakan asalkan kita jangan lupa ALLAH. 


dulu i pun sangka zuhud ni maksud pakai mana ada rupanya salah ye. 

banyakla benda Bukak mata i selama ni. antaranya jugak tentang hantaran khawin. 
korang tahu tak berapa hantaran rasullullah bagi pada siti  Khadijah?
hantarannya ialah 20 ekor unta. 

kadang I pelik lelaki sekarang bagi hantaran berkira lepas khawin setahun dua nak tambah bini baru konon nak ikut sunnah nabi. yang nabi buat bagi hantaran 20 ekor unta taknak ikut pulak?

hahahaha Mohon terasa..

btw 20 ekor unta sekarang = rm160 000 ye


maksudnya korang masa nabi umur 25 tahun nabi kaya cuma dia zuhud.
tak meletakkan harta dalam hati dia.

semoga kita semua berjayalah  slow slow berubah kearah kebaikan.



semoga iPhone baru I tu boleh tambah semangat i nak berniaga  sambil kerja ni.
boleh jugak tambah duit poket

doakan perjalanan hidup I di permudahkan okay guys.


till then 

ttyl.


unamn









2 comments:

Wahidah BME said...

I got new knowledge about our lovely Rasulullah SAW 😀 Thankyou sahabatku. Kesimpulannya janganlah sibuk persoal tu ni pasal life orang. Lantaklah orang nak pakai apa, beli apa. Kalau betol hati tu baik kita happy bila orang lain happy, kita sentiasa fikirkan doakan yang baik² kat orang. Heee

Anonymous said...

Amin rabbalalamin 🤲