January 28, 2021

Surprise gift from company and the ordinary



Hi guys..

so its been almost 2 weeks I tak tulis apa apa . I okay je cuma I tak ada content nak share dekat sini sejak pkp start balik 2 weeks ago. macam korang tau I ada beli office table and bar stool. end up I tak guna pun that Meja until 2 days ago. sebabnya I beli kerusi office baru sebab bar stool tu tinggi sangat tak selesa nak duduk. sepatutnya I boleh guna lebih awal tapi kerusi I beli tu pulak ada defect! so I mintak diorang send replacement for that part. so walaupun Meja ni dah 2 minggu dengan I tapi I baru guna 2 hari . okaylah harini hari ke 3 tapi harini I off day. before this I punya Meja ni dekat living room . tadi secara tiba tiba I jadi manusia rajin yang teramat sangat #bangga . I selalunya kalau hari I cuti I suka settlekan kerja awal.tapi tadi i macam lazying around. masak pun tak. i siap order kfc untuk makan dengan husband. i layan YouTube 2,3 videos. lepastu terdetik hati sampai bila nak malas ni una? then I jadi rajin. HAHAHA walaupun macam tiber tapi tolonglah percaya cerita i. i start dengan sapu sampah alih katil pergi tepi dinding,bawak masuk my "home office table" dalam bilik, mop lantai and  lepas I kemas rumah, i siap cuci toilet and cuci bilik air sekali guys. nasib baik i dah khawin kalau tak boleh masuk list #calonmenantudarisyurga  *muntah pelangi*  k dahlah tahu korang tahan muntah baca entry bangga diri i ni .  basically I dah jadikan harini hari yang productive eventhough pagi sampai pukul 3 petang I bermalas malasan je . so Kalau korang rasa macam your days are spoiled already sebab tak start early.. NO don't think like that okay. mengemas ni tak ambik masa lama pun  sejam je dah siap semua. I punya habit lepas settle kemas baru i mandi. then pakai skincare or baca buku ke komik ke.


I suka simple decoration macam ni. cumanya i punya table warna hitam. 
and I pun dah beli lamp ikea warna hitam jugak. yang net petak jaring tu i dah ada
that one I beli in pink colour. so later I might beli artificial flower and glass vase .
I might beli aesthetic cards yang I boleh Tampal dekat wall. I minat jugak nak letak world map.


 pasal skincare guys.. haritu I ada beli the ordinary punya product. niacinamide and hyaluronic acid so basically dah pakai beberapa hari dah and I nampak kulit I semakin okay, tak dry dah and pimple yang I dapat sebab pakai mask pun dah berkurang. I pun ada beli cleaning device untuk cuci muka. ala foreo la yang warna pink tu.



basically 2021 ni I nak picking up new good habit. more to self care and adalah beberapa wishlist I mungkin akan tambah. this year different dari last year.  korang doakan I tau . I ni ribu ribu wishlist I boleh capai cuma satu ni I reveal sebab susah. lose weight! hahahaha sebab I ni suka makan benda manis. macam dip n dip, Nutella, Cadbury . junk food pun kena tinggal.tu yang berat sikit tu. tapi apa apa pun I percaya kalau kita ada strong will inshallah boleh capai. I tengah in consideration nak beli treadmill. treadmill ni bukan wishlist I but it will comes in handy if ada treadmill di rumah ni. tak adalah pkp ni makin mengembang ye tak?

I heard that bila kita keluarkan peluh, atau buat aktiviti senaman oxygen akan mudah sampai ke otak jadi our brain akan lebih cerdas untuk berfikir. jadi i nak luruskan niat la dulu nak sihat bukan nak cantik semata mata. 


oh yeeee dengar cerita pkp mungkin tak disambung lepas 4 februari bergantung pada keadaan.maybe jadi pkpb je maybe

bagi I better Sambung saja and buat pkp yang strict sikit . so dapat turunkan angka kes Harian . lately I macam terharu sikit dengan my company because the showered me with gifts. 



this is Christmas gift . I got diffuser , Christmas candy, coffee set I think, metal straw anddd tumbler!
so cute kan?




 this one pulak I win lucky draw for Christmas as well. so  I dapat this cute mug with 
warmer. so If I make my coffee, my coffee akan sentiasa warm kalau pakai warmer ni
cool kan? I got mini fan, and also mouse pad




this one the gift yang I tak sangka langsung dapat. last December company I ada buat sea virtual 
gathering. so they play  games whatsoever and I tak dapat join sebab I 
ada emergency kena balik kampung sebab my atuk sakit.
so I got cushion and neck massager 



this one pulak sepatutnya I dapat last year sebab this is new joiner kit. tapi since last year tak ada stock
so I baru dapat ni bulan ni. for 3 days In a row I dapat 3 hadiah. cuma hadiah atas sekali tu je dapat last year on December. actually before this ada je hadiah lain  dapat tapi I tak ada gambar. I lupa nak snap. so diorang bagi I planner,customized pen,tumbler and cards!  



Tipulah I tak happy kerja dari rumah.dengan layanan company I bagi im truly happy. cuma Kalau boleh nak hidup normal macam dulu. tak perlu ke sana ke mari pakai mask. kesian kadang kadang bila baca ramai yang affected. I really hope that this covid 19 will disappear in thin air.


k guys tu je nak bebel. later bila I dah siap hias meja kerja i, i tunjuk.


till then

ttyl


una mn




January 15, 2021

Activity waktu pkp 2.0

 


Hi guyssss.. 

korang buat apa tu sempena pkp kali ke dua ? sedih? ada sikit sebab mengenangkan tak dapat balik kampung lagi, tak dapat pergi bercuti seperti dirancang. tapi tak apa Mungkin ada hikmah. semoga ini pkp yang terakhir. kesian jugak dengan frontliners and rakyat Malaysia yang terkesan. semoga rezeki kita semua di permudahkan. oh ye.. oleh sebab hampir setahun dah wfh and kebetulan kes makin naik... my company suruh every staff beli office desk and chair and bill tu boleh di claim. okaylah walaupun tak banyak. rm200 for office table, rm200 for office chair dengan syarat kena ada buktilah ye. invoice with my name. tbh I jenis suka buat kerja meniarap which is tak bagus Sebab kadang kadang kerja night shift boleh  hanyut ke lautan dalam hahaha. jadi sis pun beli dekat kedai perabot dekat area rumah sis je. Sebab senang order harini, harini sampai. 


kalau korang perasan i beli bar stool sebabnya kerusi office dah habis. tapi menyesal gak beli bar stool ni Sebab tinggi Sangat level dia tak selesa nak duduk lama. tengokla nanti  i beli kerusi selesa sikit. 
nanti habis pkp nak pergi kaison nak beli barang barang nak decorate my work space. 
barulah cozy.

macam biasa i nak ambik idea dari pinterest 



ikutkan semalam I nak beli meja warna putih  tapi disebabkan i punya bedframe, and coffee
table ikea yang i letak dekat dalam bilik warna hitam so i pilih hitam jugak. Sebab hitam nampak kemas
memang kalau ikut hati nak clean concept macam semua pencinta ikea  ni but in long term white surface mudah comot  so kita beli yang kemas dan kurang potensi untuk comot hehe.
idea dia nak deco simple macam gambar ni. maybe some fake flowers will do. 
maybe I akan beli hanging cabinet with same colour so I boleh letak file file penting I ,
my comics and so on .

this year I banyak plan sebenarnya tapi I take a baby step Sebab taknak tiba tiba I stop tengah jalan. 

harini off day ke dua I  ajak husband I pergi  hantar baju dekat laundry  yang finally di izinkan Bukak and ke hero market beli groceries. balik dari hero market kami berdua Sangat lapar Sebab tak breakfast lagi and kami decided untuk drive thru mcd saja.HAHAHHA
barang dah beli dekat 4 ratus ringgit habis tapi sudahnya makan tapau jugak.
penat sis. okay tengahari lepas kemas apa yang patut sekali lagi lapar 
so kami order ayam penyet ann for lunch and Selangor sejam kemudian kerana bosan kami makan aiskrim potong yang kami beli di hero market tadi.
kami beli dua box satu box ada 6 pcs. satu box flavour kelapa, satu box flavour Kacang.



ni flavour kelapanya. sedap sumpah sedap. tapi Sebab tengok movie semua tak best 
perut jadi lapar Sebab bosan  jadi sengaja scroll fb tiba tiba nampak orang jual poketto
dengan pantas sis WhatsApp agent tu tapi hampa Sebab poketto tak ada stock. 
tapi dia kata dia ada poket doraemon.
tartaric dengan nama sis mintak dia hantar ke rumah.
rupanya jiran je sama block cuma dia level bawah Tanah.
so tadaaa camnilah rupa poket doraemon
sedap gak makan sejuk sejuk.


sebenarnya I buntu gak kena pkp balik ni Sebab i dah dekat setahun wfh jadi biasanya weekend or waktu i cuti i memang akan keluar berpeleseran di mall.
so bila pkp ni tak dapat berpeleseran dah. 
ada yang suggest tengok cerita Korea. sis bukan apa sis malas cerita korea ni banyak yang sedia kejap lagi spoil mood satu hari.
nak ulang lang tengok marvel, Harry Potter Karang jemu pulak.

korang tahu tak mana mana movie yang genre dia lebih kurang sama macam Harry Potter and marvel avengers? kalau tahu suggest dekat i eah


okay tu je la korang

jumpa lagi next entry

ttyl

Una Mn












January 13, 2021

Wishlist pertama 2021 settle

 

Hi guys..

back on entry wishlist ku wishlist mu jua eh? taklah hahaha.

okay harini I nak cerita pasal kejadian şemalam dimana i Berjaya lengkapkan wishlist i

yang pertama untuk tahun ini. kalau yang baru baca blog I mesti fikir alah wishlist tahun lepas belum tentu lengkap lagi ngada ngada la. hello semekom... baca dulu entry lepas ye.... 

wishlist last year dah Selamat settle dah okay. meh la I recap.


1)settle sebahagian basar bayaran ptptn.

total last year I bayar kalau tak silap rm16 000. adalah balance lagi rm10 000 ye. jujur menyesal ambik ptptn hahahah.tapi apakan daya pandai pinjam pandailah bayar.

2) beli barang rumah 

last year memang banyak habis duit beli barang rumah. tak ingat berapa ribu tapi memang kira balık menangis la. hahaha


3)Beli kereta sendiri.

 I beli iriz pada bulan 7 last year. so cantik. yang paling I suka sebab dia ada camera reverse walaupun harga kereta dia murah je (47 ribu), lepastu boleh angkat sync dengan phone, Kalau org call boleh jawab dengan click button dengan monitor dashboard tu je. ada push start button and parking alert. so kalau nak Parking tu ada sensor la sebelum terlanggar apa apa. monitor dashboard dia macam biasa la boleh sync dengan phone boleh play Lagu dekat phone I jugak. 


4)Beli Macbook Air 2020 grey 

yang ni i beli bulan 10 Kalau tak silap. i beli Sebab i dah lama minat MacBook and i memang apple lover . 

nak beli yang pro mahal sangat pulak. for me mahal la 7 ribu 8 ribu so I ambik MacBook paling murah tapi latest. rm4399 je i beli. 


5)Beli Iphone 12 pro in graphite

yang ni ikutkan bulan 11 dah nak beli masa dia mula masuk Malaysia. tapi Sebab i tak pre order awal. stock asyik habis je. akhirnya i pre order jugak. lepas 10 hari I dapat . 



okay kalau korang tertanya tanya apa dia wishlist i yang Pertama i lengkap kan tu?

tadaaaaa... I beli Emas guys. ye korang tak salah baca. i beli emas. orang yang kenal I betul betul tahu yang I tak berapa suka pakai emas. even cincin khawin pun pakai ikut mood. i beli untuk masa depan sambil tu i boleh pakai. 



cantikkan? I ikutkan taknak pulut dakap. fikir nak rantai tangan jenis gajah pasir or coco kendi
tapi habis guys. yang tu macam cantik sikit. so takpe next time i beli lain.


ni total habis şemalam rm4230. yang cincin emas permata tu dia tak ikut gram dia ikut design .
Sebab tu gram dengan harga semasa tu kosong. ikutkan i punya harga rm1300++ tapi dapat diskaun.
merchant9 ni fav I Sebab design dia cantik cumanya ada upah la. nanti i nak try cari kedai emas tak ada upah.



habis je shopping semalam terus pergi ipc beli lunch and beli makanan hamster takut sambung lagi pkp lepasni. beli stock makanan hamster at least next month tak payah cari makanan diorang merata tempat.


I ada dapat satu berita gembira sebenarnya tapi belum boleh share lagi. semoga kita semua masing masing murah rezeki okay guys. 


k tu je for now.



ttyl

una mn





January 8, 2021

Uniqlo Shopping Haul and Happy birthday Cousin

 



hai korang .. 

semalam dengan harini adalah off day i. semalam lepas buat chores hati ni tergerak nak jalan jalan dengan cousin  Sebab memikirkan esok iaitu harini 8 January 2021 Adalah birthday dia. memandangkan semalam dia tak kerja i ajak dia pergi Sunway Pyramid je. i picked her up then kami pergi makan dekat dubuyo. i belanja dia makan and i sejujurnya tak tahu nak bagi dia apa. i mean dia ada everything. make  up dia banyak dari i. skincare pun banyak dan mahal hahaha. lepastu handbag pun dia pakai paling cikai pun Michael kors or kate spade. Oleh Sebab sis belum kaya lagi sis ajak dia pergi uniqlo. so I asked her to pick her fav cloth and of course I pun beli sekali. haha  tak ingat dia ambik colour apa yang I ingat I beli dua. soft turquoise and soft pink. kalau korang kenal I lama korang tahu I memang minat pastel colour. lepas shopping dan jalan jalan kami tapaukan sekali 4 fingers for her mom and sister. 






anything for you cousin. Bella ni macam fadhilah dengan ika jugak. kami rapat dari kecik. 
gaduh tu biasalah kami macam adik beradik.  dalam ramai ramai dialah macam counsellor I  and of course sebab I muda setahun i macam degil and nakal sikit HAHAHAHA.
dulu setahun lebih berjauhan sampai i khawin pun dia tak dapat datang Sebab dia kerja dekat riyadh (she is dialysis staff nurse btw)Bella if you read this.. I hope whatever path you chose you will be happier than before. 




so this what I bought for myself yesterday. oleh Sebab terlalu cantik. I decided to purchase another colour tomorrow (which is today)




so today I pakai colour turquoise yang I beli semalam tu. haha masa ni memang excited dah. my cousin  
Jannah pun kirim kat i satu. i dah Selamat post dah dekat mbe Sunway Pyramid. 
I belikan dia colour soft pink gak sama macam I punya hehe.


so yang ni yang i beli harini kecuali soft pink kiri sekali tu I beli semalam sekali dengan turquoise. every purchase 200 above akan dapat free uniqlo mask. 
last week I ada beli uniqlo gak kan dengan husband I yang I beli flannel and denim jacket tu?
tu dapat mask gak jugak tapi dia dah kebas HAHAHA. so this mask I punya la. 



comel kan? satu dah pakai tadi so tinggal 5 la. korang jangan cop I batak pulak tau. i memang jenis
appreciate everything I beli  Sebab tbh I jarang beli baju. sekali beli i memang beli banyak gitu.
I dah ada banyak baju  uniqlo Sebab selesa dan tahan lama. tapi padini pun i pakai jugak .
yang penting selesa dan cantik. normal la ye. Sebab uniqlo memang untuk rakyat marhaen macam i. selain uniqlo i suka jugak pakai  padini, terranova Sebab i banyak beli baju unisex. Kalau baju blouse gegirl ni ada cuma tak banyak


lepas tu i pergi kaison beli curtain because curtain rumah I dah tak semenggah .
HAHAHAHA! curtain lama ni tengok la esok husband I pergi kerja nak buang. sayang memang sayang Sebab I beli mahal curtain grey colour tu. tapi haritu masa kitorang cat balik rumah ni husband I yang bijak ni dia pergi cat tanpa tanggalkan curtain tu so ada kesan cat 😅😅
I tak suka benda Comot Comot so memang selamatlah ke tong sampah curtain tu esok. 

bulan ni i punya mood nak shopping tu membuak buak. risaulah jugak. 
kena kuatkan iman tak boleh kacau saving oi!!
next week pulak kalau jadi I dengan husband akan pergi show unit jumpa developer.
yang ni bukan projek selangorku ni rumah prima. project selangorku tu i tak tahu bila dapat result samaada ditawarkan ke tak. yang prima ni dekat je dengan area I duduk sekarang. pretty convenient for me Sebab I dah biasa kawasan sini. I sekadar mencuba je Kalau ada rezeki adalah ye tak?
agent tu baik gila. kalau tak dia ajak i jumpa this week . tapi Sebab this week I  tak free I ajak dia jumpa next week je.itupun kalau tak pkp balik.



so this is my date today. my husband la siapa lagi. hahaha 
dia dah rasmikan flannel shirt uniqlo yang kitorang beli last week.
okay enough uniqlo for this month unless ada sales lagi.
tunggu CNY pulak nanti kita beli banyak banyak.

saja "nampakkan" duit KPI yang i dapat this month. so I beli la baju. 
nak bercuti kes banyak Sangat. salah satu cara to help the economy sambil bergembira tak lain tak bukan adalah shopping!!!

k guys tu sajalah entry for today.

till then

ttyl

una mn


















January 4, 2021

Aktiviti Awal 2021 and kejar wishlist baru?

 

hi guys

lama I tak update blog kan? 

sejak atuk sakit i macam hilang mood nak buat semua benda. tapi Alhamdulillah atuk pun semakin pulih.

31 december lepas habis kerja i dengan husband balik ke rumah my mom di sabak bernam. sajalah balik sebab my mom dah pencen sambal tu ingat nak melawat atuk sekali. atuk dah balik kampung mujurlah tak jauh Sangat sabak bernam dengan kampung atuk dalam 40 minit je. kami berdua decide tidur 2 malam di rumah mama. keesokan harinya awal awal lagi kami dah bertolak ke kampung. sempat la bersembang lama dengan atuk. 


lepastu kami berempat ( mama, ammar (my lil brother), me and my husband decide pergi teluk intan Sebab my husband orang sarawak kan sajalah bawak dia jalan jalan Perak. sampai je sana kebetulan ada expo guys! so hasilnyaaaaa I beli carpet bulu yang cantik dan 10 helai baju kelawar. very comfy . sis suka 

cantikkan ? boleh la buat flat lay macam gambar dalam pinterest. 

my percubaan nak buat flat lay. hehhehe sayangnya iPhone X dengan iPhone 7 tu dah rosak. 
sorry kalau quality gambar non had. I snap pakai iPhone 6 lama husband I punya. I memang apple lover kalau boleh semua benda I nak beli tapi syukurlah I ada kesedaran . benda kurang penting lambat lagi i beli. inshallah nanti ada rezeki lebih kita lengkapkan collection 



Abah tak ikut Sebab Abah pergi kebun . dah pencen ni memang tu jelah kerja dia. fauzi pun tak ikut busy check assignment student dia. aiman pulak sibuk bercuti dengan kawan. aqilah pulak tak balik. so hanya kami berempat termasuk my husband

since my husband sarawakian so wajib I bawak dia jalan jalan Perak


2 January kami bertolak dari sabak bernam ke Damansara . pukul 11 kami sampai Damansara terus ke hero market beli groceries. I memang particular pasal benda ni. sebelum pergi bersuka ria kena settle bayar or beli benda penting dulu. pada awalnya nak ke ikea sampai parking dapat tahu ikea tutup pasal kes covid terus pergi ke Sunway Pyramid . sampai sana kami makan tony romas.



ingatkan lepas makan nak shopping dekat situ sekali. Sebab i dah janji dengan husband nak belanja dia baju. Oleh Sebab terlalu crowded kami pergi the curve Sahaja. mula mula berat hat Sebab ikea yang kena tutup tu sebelah je kan. tapi kami fikir kami singgah tak lama so redah jela.


gambar lepas shopping. happy nampak? tak beli banyak pun. kami memang suka uniqlo so selalunya kami beli ikut suka tapi memandangkan kami tak ada outfit yang sama we decided to buy flannel shirt and denim jacket sama. i ada tambah satu long trousers. I rasa everyone pun memang suka dengan uniqlo so I don't need to say more. baju I beli berapa tahun lepas pun elok lagi walaupun selalu pakai. warna. dia still cantik.


I habis dalam rm449 je. Sebab time tu tak ada e member sale sangat. kita tunggu nanti CNY . mana tahu CNY ada sale. 



and this is me stocking up apa yang penting saja. I dah tak masuk sangat sephora. masa I pergi pyramid pun I mampu lalu tanya masuk. sebab make up I banyak lagi and everyone pakai mask rasa membazir pulak. kalau korang perasan unicorn yang dekat car keys I tu dah tukar colour. dulu warna pink sekarang I tukar purple. Sebab Kepala unicorn tu dah terbelah dua I kena beli baru. nasib baik murah! 
I beli dekat ninso kota Damansara je. husband I beli  jajan so i kirim sekali . i tak ada gambar Sebab i duduk dalam kereta Sebab letih. HAHAHA



settle shopping uniqlo tu kami makan dessert pulak. 
memang unhealthy I'm sorry I have such a sweet tooth. doakan I kuat semangat nak kurus k guys.
this year I'm turning 30. macam tak percaya tapi kena percaya. 
this means kesihatan kena jaga, kulit kena jaga, 
rumah kena beli. income kena banyak eh macam macam lah tapi tape . take one step at time kay?

2021 wishlist dah start kena kejar.(I takkan cerita wishlist i apa so jangan tanya) korang pulak macam mana?
baru 4hb sempat lagi tau nak pasang azam.
If you are struggling I doa  hidup you semakin okay.


k lah guys I nak prepare nak kerja sekejap lagi.


ttyl

una mn