January 15, 2021

Activity waktu pkp 2.0

 


Hi guyssss.. 

korang buat apa tu sempena pkp kali ke dua ? sedih? ada sikit sebab mengenangkan tak dapat balik kampung lagi, tak dapat pergi bercuti seperti dirancang. tapi tak apa Mungkin ada hikmah. semoga ini pkp yang terakhir. kesian jugak dengan frontliners and rakyat Malaysia yang terkesan. semoga rezeki kita semua di permudahkan. oh ye.. oleh sebab hampir setahun dah wfh and kebetulan kes makin naik... my company suruh every staff beli office desk and chair and bill tu boleh di claim. okaylah walaupun tak banyak. rm200 for office table, rm200 for office chair dengan syarat kena ada buktilah ye. invoice with my name. tbh I jenis suka buat kerja meniarap which is tak bagus Sebab kadang kadang kerja night shift boleh  hanyut ke lautan dalam hahaha. jadi sis pun beli dekat kedai perabot dekat area rumah sis je. Sebab senang order harini, harini sampai. 


kalau korang perasan i beli bar stool sebabnya kerusi office dah habis. tapi menyesal gak beli bar stool ni Sebab tinggi Sangat level dia tak selesa nak duduk lama. tengokla nanti  i beli kerusi selesa sikit. 
nanti habis pkp nak pergi kaison nak beli barang barang nak decorate my work space. 
barulah cozy.

macam biasa i nak ambik idea dari pinterest 



ikutkan semalam I nak beli meja warna putih  tapi disebabkan i punya bedframe, and coffee
table ikea yang i letak dekat dalam bilik warna hitam so i pilih hitam jugak. Sebab hitam nampak kemas
memang kalau ikut hati nak clean concept macam semua pencinta ikea  ni but in long term white surface mudah comot  so kita beli yang kemas dan kurang potensi untuk comot hehe.
idea dia nak deco simple macam gambar ni. maybe some fake flowers will do. 
maybe I akan beli hanging cabinet with same colour so I boleh letak file file penting I ,
my comics and so on .

this year I banyak plan sebenarnya tapi I take a baby step Sebab taknak tiba tiba I stop tengah jalan. 

harini off day ke dua I  ajak husband I pergi  hantar baju dekat laundry  yang finally di izinkan Bukak and ke hero market beli groceries. balik dari hero market kami berdua Sangat lapar Sebab tak breakfast lagi and kami decided untuk drive thru mcd saja.HAHAHHA
barang dah beli dekat 4 ratus ringgit habis tapi sudahnya makan tapau jugak.
penat sis. okay tengahari lepas kemas apa yang patut sekali lagi lapar 
so kami order ayam penyet ann for lunch and Selangor sejam kemudian kerana bosan kami makan aiskrim potong yang kami beli di hero market tadi.
kami beli dua box satu box ada 6 pcs. satu box flavour kelapa, satu box flavour Kacang.



ni flavour kelapanya. sedap sumpah sedap. tapi Sebab tengok movie semua tak best 
perut jadi lapar Sebab bosan  jadi sengaja scroll fb tiba tiba nampak orang jual poketto
dengan pantas sis WhatsApp agent tu tapi hampa Sebab poketto tak ada stock. 
tapi dia kata dia ada poket doraemon.
tartaric dengan nama sis mintak dia hantar ke rumah.
rupanya jiran je sama block cuma dia level bawah Tanah.
so tadaaa camnilah rupa poket doraemon
sedap gak makan sejuk sejuk.


sebenarnya I buntu gak kena pkp balik ni Sebab i dah dekat setahun wfh jadi biasanya weekend or waktu i cuti i memang akan keluar berpeleseran di mall.
so bila pkp ni tak dapat berpeleseran dah. 
ada yang suggest tengok cerita Korea. sis bukan apa sis malas cerita korea ni banyak yang sedia kejap lagi spoil mood satu hari.
nak ulang lang tengok marvel, Harry Potter Karang jemu pulak.

korang tahu tak mana mana movie yang genre dia lebih kurang sama macam Harry Potter and marvel avengers? kalau tahu suggest dekat i eah


okay tu je la korang

jumpa lagi next entry

ttyl

Una Mn












1 comment:

ika said...

Aku try komen sebab aku xreti...xsabarnya nk tengok ko punya meja