February 27, 2021

Dining Table dah sampai and frying pan murah gila.


Hi guys...

ingat tak semalam sis ada  janji nak update Kalau dining table dah sampai sis update?

tadi masa sis dekat luar Tengah makan tiba tiba dapat call beritahu  furniture nak sampai harini. 

agak terkejut jugak dia hantar awal sebab i baru order semalam dekat shoppe. mesti ada yang judge sis kenapa beli dekat shoppe kan? sebab sturdy guys... sumpah kukuh.murah pulak tu so why not?okay ini gambar meja and kerusi dia . 

k

tak ada satu  defect pun sebab owner kedai hantar sendiri. 
and of course sis bagi 5 Bintang.
sis beli rm 699 je and free delivery.
ni Kalau beli dekat kedai perabot lain dah cecah 1k .
dan kalau beli dekat ikea mesti 1k -2k camtu.

so I save a lot of money. thank you shoppe  XD

sebenarnya tak terfikir pun nak beli meja makan sebab secara jujur sis suka makan depan tv. 
dari kecik memang makan depan tv. tapi oleh sebab kita dah dewasa and memikirkan nak dapat rumah sendiri mungkin ambik masa. kita kumpul je la harta ye.


oh ye tadi masa I keluar kan..
I pergi makan dekat warung leko and thennnn i pergi tesco  (lotus) cari groceries. 
dekat hall tepi tu kan ada orang jual alatan dapur murah. i pun apa lagi
sempat la beli. umur nak masuk 30 ni lain macam pulak eah. 


I beli tudung saji , 2 frying pan, sudip, fruit squeezer and chopping board .
yang bestnya chopping board tu boleh tekan nanti dia naik macam bowl and korang boleh basuh veges 
and drain dia dengan membuka benda bulat warna grey tu.
so tak payah la korang transfer vege pergi bowl lain.

cuba teka berapa harga i beli?

tekalahhh
tekaaa I cakap

apa? rm30?

salah....
each item rm10.

murah kan?


rasanya ni clearance stock.

siapa duduk area Damansara boleh  la cepat cepat beli sementara stock masih ada.
pasar malam pun tak jual murah camni.

okay la guys tu je kot for now

I nak sambung tengok movie.

till then

ttyl

una mn




February 26, 2021

Monthly Activities : Lunch date and shopping with husband

Hai guys... 

apa khabar chu olz semua. harini husband ajak keluar beli barang and lunch together. dah 3rd month in a row makan Tony Romas so I fikir next month boleh la makan benda lain.  Husband nak makan lamb sebagai isteri kita ikutkan je la kehendak dia ye tak. 





lepas makan kami masuk jd kejap cari kasut tapi tak ada yang kami berkenan . so pergi hardware cari shower head punya sparepart sebab dah tercabut.Settle tu  kami terus ke ikea 
sebab niat di hati nak beli lennart and lerbeg  je.
tapi lerbeg saiz besar dah habis beli jela saiz kecik and Lennart restock on 18 march. 
so kami beli jugak benda lain macam pinggan mangkuk, wooden chopstick, 
and shelf for bilik air sebab yang lama punya dah roboh. 



habis shopping di ikea kami pergi Uniqlo yang baru bukak disember haritu.
sebenarnya kitorang dah banyak kali pergi Damansara avenue tu sebab dekat je dengan rumah. selalunya kami pergi situ nak drive thru starbucks je tapi tak tergerak hati nak masuk sampailah tadi terfikir nak cuba shopping situ pulak. selalunya kami akan pergi uniqlo dekat The Curve je.






tengoklah my husband yang excited gila sebab dia yang ajak sebenarnya.
first ingat nak beli Baju dia je. tapi tengok dia shopping sis mana boleh berdiam diri
hahaha. sis mesti nak shopping jugak! HAHAHA.

balik rumah tengok dekat dalam grill ada parcel. ni tudung i beli dengan cousin i ika. 
dia jual bawal bidang 50 . kain dia best gila guys. sumpah tak tipu.
harga dia mura je rm27 sehelai. so sis ambik dua.



beli pinggan kecik ni 4,  mangkuk ni 4. 
cukuplah sebab kami kat rumah ni dua orang je. 
and pinggan hadiah khawin haritu ada je lagi tak guna pun. 
tapi yeah perempuan pantang nampak murah je nak beli



ni lerberg kecik yang i beli  and satu tu tak tahu nama dia apa
Beli kat Ikea jugak. yang putih tu nak letak dekat bilik air.





so ni la Baju Uniqlo tadi yang baris atas tu shafiq(my husband) punya
yang bawah tu i punya. i beli sikit sikit sebab nak beli sekaligus kopak mak nak.
every month I memang akan beli kalau ada e member sale sebab Baju dia comfy and tahan lama. 
sis memang takkan beli Baju mahal mahal sampai 4,5 ratus sehelai. lambat lagi nak buat camtu. tapi Kalau ada duit apa salahnya. 


selain itu jugak....

sis tadi dah beli meja makan. before ni rumah i tak ada meja makan. sebab before ni rasa tak perlu.
tapi since rumah selangorku I status menunggu and status menunggu ni tak tahu bila akan dapat rumah. 
so better kita kumpul harta dulu kan. at first rasa nak beli dekat ikea tapi bila tengok tengok design dia simple tapi mahal. I mean I can get the exact same or better design dekat luar dengan harga lebih murah.
I beli 6 seater dining table and I beli dekat kedai perabot biasa je .
I beli dengan shoppe tapi review dia bagus sebab delivery dia that kedai uruskan sendiri bukan pakai third party. inshallah esok lusa sampai la kot. sampai nanti sis update! :D









February 19, 2021

go out after a month


hey guys...

after 1 month tak keluar pergi mall akhirnya tadi I dengan husband pergi keluar juga akhirnya. 

at first kitorang ingat nak keluar beli makanan hamster je tapi teringat sekarang dah boleh dine in and harini weekdays I ajak husband makan nandos. selalu kami akan order je sebab this month I agak busy and jarang masak. so selalu order food panda or grabfood.lepastu fikir why not jalan jalan sekali?


so kami pergi padini at first cari baju tapi tak ada yang berkenan di hati. lepastu kami pergi survey barang barang yang kami nak beli. barang apa? biarlah rahsia . nanti dah beli baru sis upload. kami tengok harga sambal jot down budget yang kami perlukan.  satu benda yang korang kena tahu pasal i. i takkan usik duit saving. sebab saving adalah emergency money. so kalau I nak beli apa apa barang i memang kumpul duit dulu baru beli.i bukan Jenis harini masuk gaji lepastu habiskan then tak ada duit nganga.


allright back to the topic. lepas settle di Harvey Norman kitorang pergi ke uniqlo . mula mula fikir saja nak cuci mata je. tapi tercuci dompet sekali. tapi kalini i tak beli banyak . sebab remember haritu I dah beli banyak?  kali ni i ambik 2  helai je husband pun sama. yelah kena berpada pada gaji tak keluar lagi kan.

lepastu I ternampak pulak typo ada sales guys! I tiba Tiba teringat husband I haritu cakap nak belanja I satu laptop case. yelah MacBook I ni kalau nak bawak kemana mana susah. laptop bag tak ada. I prefer beli yang selalu letak dekat tangan tu je senang.



         basically ni je barang I beli tadi. yang lain semua common toiletteries so tak payah tunjuk. haritu i  pakai hada labo punya pencuci muka tapi maybe hada labo tu a bit harsh to my skin I nak pakai balik cetaphil. nixoderm ni pulak i beli sampai dua sebab haritu nampak dekat twitter pasal benda ni sajalah nak cuba. dengar cerita elok untuk acne.  oh ya guys sekarang ada e members sale dekat uniqlo and typo pun ada sale gak. I beli 2 laptop case ni for rm45 only and dapat free desk calendar. normal price laptop  case ni rm89 satu. leather okay tebal pulak tu .  yang baju uniqlo tu pun murah gila jugak. I love cheap stuff yang berkualiti macam ni. 


sebenarnya I rasa bersyukur sangat pada ALLAH. he gave me everything I need. tipulah tak ada masalah langsung tapi malas nak pening pening. I just live and appreciate every little things yang I ada. ini pun dah syukur sangat. 

this year i ada satu benchmark yang I dah set and I sedang usahakan. Jika Allah izin dan jadi benda tu ahamdulillah. kalau tak kita cuba lagi. please jangan tanya apa benda sebab I takkan jawab. bukan sebab sombong sebab i think its better to be private. 


now... who said una oversharing haritu? hahaha.. jangan terkejut what I share to you tak sampai 10% pun of my life. lain tu semua I simpan kemas kemas. 

so if ada benda I tak share kat sini maksud dia I tak ada rasa nak share dekat orang.


k lah korang tu je for now


till then


ttyl



una mn














February 16, 2021

Treadmill dah sampai and theme baju Raya 2021?

 


Hey guys... Selamat malamm..

entry harini kinda straightforward. saja nak update yang treadmill. I beli tu dah pun sampai petang tadi. penantian selama  hampir 3 minggu berakhir. selama 3 weeks ni dalam 3 kali jugaklah i check dengan fitness concept and gdex . selepas 2 email dah 3 phone call dengan gdex akhirnya sampai jugak treadmill i. I beli on January and I expect sampai dalam one week ke sebab I beli dengan official store gdex dekat shoppe. hq dia dekat Subang jaya je guys masalahnya. takpelah kita anggap jelah hq dia pindah pergi planet Marikh. so ini lah dia treadmill I tu. 



dia datang dalam kotak besar ni. berat gila. nasib baik abang tu hantar depan pintu rumah.



comel je saiz dia tak ada la sebesar treadmill dekat gym tu tapi sturdy . bukan Jenis nipis . 
berat dia 68kg and dia boleh tampung berat untuk orang sehingga 110kg.
nak pasang dia pun senang je. husband I pasang tak sampai 10 minit dah siap.





ni i saja try tadi naik dalam 20 minit slow walk je. i habis kerja tadi i try .
dia ada tulis masa, calory burned, heart rate . and dia equipped dengan usb slot and jack.
so boleh la korang dengar lagu
so tak ada iwatch pun boleh monitor hahaha tapi Kalau u nak fancy fancy apa salahnya beli jela.
I pun suka. cuma i tunggu yang baru keluar.
bak kata pepatah "alang alang membeli, beli yang latest"
tu pun kalau sis bersabar la. 




for now I letak sini dulu sebab nak dekat dengan plug point. 
nasib baik I belum beli sofa baru lagi. tapi tu la Kalau beli kena alih lagi . 
doakan I berjaya lose weigh.yelah korang tahulah kan pkp tak kemana mana. so i need equipment untuk exercise. 


pasal Baju raya pulak i  decide nak beli awal memandangkan i tengah mood shopping. daripada I beli benda bukan bukan baik i beli benda i perlu. so yeahhhhh itulah sebabnya I beli awal.
baju raya tahun ni i beli kain pasang je. i beli 2 pasang and i hantar dekat tailor untuk habit. tailor tu makcik i je. hahaha tapi dia jahit sedap pakai guys. selalu tak tempah dengan dia sebab dia memang sentiasa full orang hantar Baju. raya ke tak raya ke memang orang hantar Baju. haritu saja tanya dia ambil lagi tempahan baju raya tak.dia kata boleh lagi. dengan sepantas kilat sis beli kain and lace.

 nak buat Jenis apa? sis ni simple orangnya. 
sis suka baju kurung biasa je. even dulu masa pernah kurus dulu pun tak ada beli Baju kurung modern.  janji pakai selesa. 
theme tahun ni dusty purple and maroon. 
baju raya husband dengan sampin pun dah beli online and dah sampai dah pun
baju melayu dia  esok sampai.

alhamdulillah lega rasanya settlekan awal. boleh fokus benda lain pulak
 doa dalam hati harap2 dapatlah balik raya tahun ni. 
tapi tengok kes Harian ni macam tak ada sinar pun. 
I dah niat nak banyakkan ambik gambar dengan keluarga and kawan kawan... terutamannya husband la. 
sebab selama 5 tahun kenal and tahun ke 3 perkhawinan  kitorang tak ada banyak gambar berdua pun. 

so lepas ni i akan cuba ambik gambar or video banyak banyak untuk kenangan di masa depan.

k tu je la korang for now.

till then ttyl

Una Mn









February 8, 2021

shoppe haul from make up addict to skincare addict and I beli treadmill !!!

 



hey guys..

lama tak menaip.. lamalah Sangat... hahahaha

sebenarnya I busy dengan kerja and ada changes in schedule. okay sepanjang I tak menulis di sini I spend most of the time scrolling shoppe. ingat tak I cakap I punya shopping mood membuak membuak.

memang waktu pkp I punya perangai macam ni. soooooo daripada i membazir beli benda bukan bukan 

I beli benda bermanfaat sikit. 


1) I beli treadmill!!!! 

okay treadmill nya delay. agak lambat sampai ye. sebab delay CNY. mula mula tu sis bengang jugaklah. Sebab  seller tu lambat respond tapi yeah kita beli discounted item kan kena banyak sabar semestinya ramai yang beli!



kau tengok expected sampai dia Nyah. berzikir i kat rumah tunggu. sekarang status dia dah di pickup Oleh gdex. jadi sis bertenang jela ha kat rumah ni. daripada bersemangat nak kurus terus jadi longlai gitu. HAHAHA. ni i beli on 29 January. ko rasa? dah berapa hari dah?
rasa sebenarnya nak je pergi picked up sendiri dekat gdex. tapi bila tengok berat dia 68 kg tak jadi.
I pay for the service sekali gitu. normal price dia rm4000. kalau ikutkan hati nak pergi beli kat ipc je . tapi Sebab pkp sis tak redha la nak kena saman rm1000 pulak kan Kalau kena tahan roadblock naya je. and haritu before beli dah call fitness concept ipc centre dia cakap any purchase now beli dekat official store punya website or shoppe punya official store. so kalau korang nak beli......
sis suggest ko tunggu habis pkp je la nyah Kalau Jenis x boleh menunggu.
nanti treadmill dah sampai sis buat entry baru untuk dia k.


2) sis beli decoration bunga untuk menghiasi meja kerjaku. gitu barulah lawa.
yang ni baru sampai semalam. sekali glass dia sis beli semestinya di kedai sama!! jimat 






3) yang ni sampai sekarang tak sampai masih in transit from china. sis beli world map untuk Tampal dekat dinding and lampu yang jenis cantik tu. fairy light ke? ah ye kot tu nama dia 

   



4) yang ni dah sampai dh. sis beli konon nak tampal dekat dinding jugak. ada barang barang buat journal tapi Bila fikir balık nanti comot Kalau habuk susah nak bersihkan . so sis buat barang journal je la. basically benda biasa je haritu lupa ambik gambar sis ambik video je. korang Kalau nak beli jugak boleh cari shopee shop name looter




5) sis beli skincare lagi. ni baru tadi latest purchase I made. sis top up barang the ordinary je  and beberapa barang lain. untuk the ordinary I beli hyaluronic acid, niacinamide,retinol and alpha arbutin. untuk skincare lain sis beli ahc ageless real eye cream for my under eye, laneige skin refiner 2 bottle, lineage lip sleeping mask,3w clinic sunblock and lastly adieu honey and milk scrub.total after discount dalam rm200++





okay sekarang I realised that I am more to skincare. believe it or not on march I akan masuk 30 series.amaigad. I am closer to 50 series than being a baby now can you imagine?!!. I always rasa diri I budak budak lagi. I mean I still watch upin ipin , boboiboy,doraemon. tapi walau bagaimana pun haruslah kita sedar bila umur makin tua kena banyak luangkan masa menjaga itu ini. sebab I sedar I bukan orang senang most of my income I simpan . yang lebih2 tu baru I beli barang. this year self care kena lebih sikit. 

Kalau bukan kita nak happykan diri sendiri siapa lagi? takkan nak harapkan partner 100%?. 


I ada fikir nak beli elliptical jugak sebenarnya tapi i dont decide yet nak beli bila. Sebab rumah sewa i ni tak besar mana. treadmill sampai nanti i letak dekat living room je dulu. actually I excited sangat tunggu dia sampai . tapi tula kenalah faham kan Kalau lambat sampai. cny punya pasał.


ada beberapa wishlist yang i dah tambah Kalau tak ada tiga je this year. korang doakan everything berjalan lancar for me k. till then



ttl


una mn



💝 Anniversary Trip To Jakarta