February 26, 2021

Monthly Activities : Lunch date and shopping with husband

Hai guys... 

apa khabar chu olz semua. harini husband ajak keluar beli barang and lunch together. dah 3rd month in a row makan Tony Romas so I fikir next month boleh la makan benda lain.  Husband nak makan lamb sebagai isteri kita ikutkan je la kehendak dia ye tak. 





lepas makan kami masuk jd kejap cari kasut tapi tak ada yang kami berkenan . so pergi hardware cari shower head punya sparepart sebab dah tercabut.Settle tu  kami terus ke ikea 
sebab niat di hati nak beli lennart and lerbeg  je.
tapi lerbeg saiz besar dah habis beli jela saiz kecik and Lennart restock on 18 march. 
so kami beli jugak benda lain macam pinggan mangkuk, wooden chopstick, 
and shelf for bilik air sebab yang lama punya dah roboh. 



habis shopping di ikea kami pergi Uniqlo yang baru bukak disember haritu.
sebenarnya kitorang dah banyak kali pergi Damansara avenue tu sebab dekat je dengan rumah. selalunya kami pergi situ nak drive thru starbucks je tapi tak tergerak hati nak masuk sampailah tadi terfikir nak cuba shopping situ pulak. selalunya kami akan pergi uniqlo dekat The Curve je.






tengoklah my husband yang excited gila sebab dia yang ajak sebenarnya.
first ingat nak beli Baju dia je. tapi tengok dia shopping sis mana boleh berdiam diri
hahaha. sis mesti nak shopping jugak! HAHAHA.

balik rumah tengok dekat dalam grill ada parcel. ni tudung i beli dengan cousin i ika. 
dia jual bawal bidang 50 . kain dia best gila guys. sumpah tak tipu.
harga dia mura je rm27 sehelai. so sis ambik dua.



beli pinggan kecik ni 4,  mangkuk ni 4. 
cukuplah sebab kami kat rumah ni dua orang je. 
and pinggan hadiah khawin haritu ada je lagi tak guna pun. 
tapi yeah perempuan pantang nampak murah je nak beli



ni lerberg kecik yang i beli  and satu tu tak tahu nama dia apa
Beli kat Ikea jugak. yang putih tu nak letak dekat bilik air.





so ni la Baju Uniqlo tadi yang baris atas tu shafiq(my husband) punya
yang bawah tu i punya. i beli sikit sikit sebab nak beli sekaligus kopak mak nak.
every month I memang akan beli kalau ada e member sale sebab Baju dia comfy and tahan lama. 
sis memang takkan beli Baju mahal mahal sampai 4,5 ratus sehelai. lambat lagi nak buat camtu. tapi Kalau ada duit apa salahnya. 


selain itu jugak....

sis tadi dah beli meja makan. before ni rumah i tak ada meja makan. sebab before ni rasa tak perlu.
tapi since rumah selangorku I status menunggu and status menunggu ni tak tahu bila akan dapat rumah. 
so better kita kumpul harta dulu kan. at first rasa nak beli dekat ikea tapi bila tengok tengok design dia simple tapi mahal. I mean I can get the exact same or better design dekat luar dengan harga lebih murah.
I beli 6 seater dining table and I beli dekat kedai perabot biasa je .
I beli dengan shoppe tapi review dia bagus sebab delivery dia that kedai uruskan sendiri bukan pakai third party. inshallah esok lusa sampai la kot. sampai nanti sis update! :D









No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta