September 28, 2021

House Loan Approved and 7th wishlist completed

 



Hai ...


ini sambungan dari entry lepas.klik sini untuk baca seperti mana title  .. ya

alhamdulillah loan rumah di approve oleh maybank. pagi semalam dalam pukul 10 pagi

i dapat whatsapp dari chloe teoh (maybank banker) mengatakan loan rumah i dah lulus. 

honestly i terkejut jugak loan approved . syukur atas harta dunia yang dia pinjamkan.




simpan sini sebagai kenangan. 


doakan rumah i cepat siap.jangkaan siap 2024 nanti inshaallah dah siap i akan buat house tour sekali.

niat untuk simpan kenangan ya. bukan menunjuk. i hope if ada my friends or family yang baca ni


i beli mutiara hilltop dekat puchong. lagi 2 tahun i dah tak duduk damansara dah inshaallah
kalau korang minat nak beli boleh klik sini 



kalau belum beli rumah lagi jangan rasa kurang or down.  sebab property ni  boleh kata the highest commitment dalam hidup kita. and tak ada istilah berlumba lumba membeli rumah ya. you know when you are ready. keep searching and buat money planning. jangan lupa doa hari hari .


i sign booking form pun dalam phone je. sebab i tak ada masa nak pergi showroom.

i tengah tunggu tarikh untuk sign snp dengan lawyer and bayar 3 months houzkey deposit.

yang ni kena jumpa depan depan.  actually legal fee i kena bayar but after 5 years masuk rumah (2029) 1.5% dari harga property. so total duit i kena keluarkan buat masa sekarang cuma. rm1000 for booking  and 3 months house deposit .maksudnya installment i untuk 3 bulan.  still murah la dari i bayar progressive fee untuk 2 tahun  sebelum masuk rumah. 


loan i tak include insurance. so i kena cari sendiri. oleh sebab loan i under islamic term i cuma boleh ambik mlta . banker advise i ambik life insurance lepas sign so kalau apa apa jadi insurance bayar rumah tu even rumah tak siap lagi. life insurance tu optional.


yang wajib kena ambik fire insurance. nanti rumah dah siap i kena beli. dia cakap i boleh beli dengan developer or boleh beli dekat luar.



banyak jugak ilmu i dapat.  untuk installment rumah i for first 5 years  i kena bayar monthly rm1182.59 interest rate 2.64% . tahun ke 6-35 years interest dia 3.2% . since interest ni based on bank. maximum  installment can go to rm2209. 



mahal? yup for me quite pricey tapi memandangkan i dapat sft yang i rasa okay la. 1000+ sft okay lah

dekat area damansara kalau i nak 1000sft++ monthly installment i kena bayar 2k++ jugak . lepastu perlu bayar 10% dp lagi and lebih banyak keluar duit. 



alhamdulillah Allah jawab doa i dengan begitu cepat. selepas 2 hari pemergian atuk i dapat berita gembira ni.  dulu pernah janji dengan atuk kalau dapat beli rumah sendiri nak suruh atuk ketuai bacaan yassin dekat situ. takpe Allah sayang atuk , sekarang atuk dekat tempat lebih baik.





semalam jugak di hari yang sama i received my first credit card. actually ada 2 satu visa satu master.

purpose i buat credit card ni awal bulan haritu ialah nak improve my credit score supaya i dapat beli rumah. tak sangka news loan rumah lulus di hari sama i dapat card credit I. Allah maha baik. :')

dan secara jujur wishlist ni sebenarnya wishlist next year, tapi Allah mudahkan jalan i.  



semoga Allah permudahkan urusan kita semua and semoga i jadi insan yang lebih baik.



k tu jelah korang for now.



till then


ttyl



una mn



p/s: next i nak settlekan wishlist ke 8 tahun ni! :)











September 26, 2021

Tenanglah atuk di negeri abadi


semalam ketika sedang menunggu mama on the way ke damansara, kami dikejutkan dengan berita pemergian atuk. plan asalnya semalam mama nak datang melawat anak anaknya disini dan menghantar my lil sister ke shah alam.25 september 2021 selepas subuh  atuk menghembuskan nafas terakhir di sisi opah selepas subuh. waktu kami diberitahu jam sudah menunjukkan jam 9.30 pagi. agak terkilan dan sedih i dengan berita yang agak lewat itu pun di sampaikan oleh orang lain. 


jujur i redha dengan pemergian atuk.atuk pun dah lama sakit. cuma sakitnya semakin melarat sejak pemergian pakngah satu satunya anak lelaki atuk. bila berkesempatan melawat atuk cakap dia rindukan pakngah. kami jadi makin sukar nak melawat akibat pandemik ni. bukan tak sayang bukan tak rindu. risau kami bawak penyakit pulang ke kampung. kami taknak dedahkan atuk dan opah dengan risiko penyakit yang kita tak nampak ni.


konflik keluarga yang sukar nak dijelaskan. mungkin tak perlu dijelaskan. semakin cuba di rungkai semakin sulit. bagi pihak sebelah sana jika membaca post ini tolong jangan dirumitkan perkara yang sudah rumit ni. 



selama membesar dengan atuk jujur, tak pernah rasa kurang.mungkin 12 tahun paling bahagia dalam hidup. jasa atuk akan dikenang sampai mati. yang membesarkan orang dengan kasih sayang.tak pernah pukul walau sekali. yang mengajar mengaji, solat, puasa. yang ajar orang drive waktu sebelum ambik lesen memandu dulu. juga yang hantar orang sampai depan office waktu hari pertama kerja selepas grad.
atukku yang sangat sukakan handphone dan berjiwa muda. orang sayang atuk selama lamanya.        







atas meja (me) tepi adik i bersama opah dan atuk di teluk batik


atuk siapkan goodies untuk majlis perkhawinan cucu sulungnya ila (my cousin)
 




atuk di majlis persandingan  anak saudaranya.




awal tahun ketika kami balik melawat atuk yang uzur.
ceria dia melihat kami balik








luqman memujuk opah untuk makan. opah cuma jamah buah epal .



this house now belong to someone else. memori indah selama membesar di sini
akan kekal jadi sejarah indah. sebahagian anak menantu razaly.



rumah terakhir atukku sayang.

sedekahkan alfatihah untuk razali bin tahir @ shaari.

















September 23, 2021

Pengalaman una cuba beli rumah

 


hi korang

harini punya topik maybe hot topik untuk orang yang mencari rumah untuk dibeli. 

and ada yang buat research baca tapi tak berani nak apply or malu ke no worries im here. maybe lepas baca pengalaman i ni you guys dapatlah input sikit sikit.


okay i jujurnya dah lama listing kan projek yang i mungkin boleh beli and i ada apply jugak beberapa projek under rumah mampu milik. oleh sebab i rasa macam lama sangat dah i tunggu rumah selangorku i still mencari rumah yang i rasa okay . rumah yang i cari pulak critieria dia simple je mampu bayar, guarded house and  parking okay. 


honestly guy lepas i teliti rumah rumah di klang valley. i mendapati affordable house kebanyakan di cyberjaya, dengkil, semenyih,bangi . area macam petaling jaya, damansara harga dia melambung tinggi.

so obviously , peluang i nak beli rumah area sini agak tipis sebenarnya. i tak adalah nak rush terus beli property since i sebenarnya in the middle nak settlekan ptptn kan. i saja nak tambah input sikit cara nak beli rumah waktu sekarang ni. sekarang kan ada house ownership campaign (hoc).



satu hari i nampak ads tentang apartment di damansara rm270k . lepas i kira kira okaylah affordable jugak

projek D'vine Residence.  kalau korang familiar dengan kawasan dekat bangunan mustapha kamal tu ha dekat situlah nanti  projeknya. diorang akan naikkan satu township dekat situ. so agent invited me to zoom meeting. i ajak husband i join sekali and i tengok dia punya presentation. rumah dia cantik. neighbourhood okay. cuma i tak beli sebab dia 550 ft je . for me  i need a bigger space. 


tapi kalau korang jenis tak kisah nak beli dipersilakan beli. sebab korang yang first home buyer ada discount and tak perlu bayar installment selagi projek tak siap. projek ni  siap 2025. monthly installment dalam rm1100. cuma nanti bila projek dah berapa percent siap korang kena bayar progress fee tapi tak mahal pun berapa ratus je. 




esoknya i nampak ads dekat facebook pasal houzkey maybank. i masuk website maybank i isi detail. saja saja sebab i tertarik dengan headline rumah dari rm1000 . i dapat call dari alice agent property .

waktu tu i baru nak solat isyak . she asked me if i free nak ajak zoom meeting. after solat i ajak husband

join sekali zoom meeting.  rupanya projek dia ialah mutiara hilltop di puchong. i macam tergamam jugak sebab projek ni harga dia  half million. mahal kot installment dia . tapi my gut feelings said why not dengar dulu?



so alice and her colleague kent brief me about the project.40 min jugak. so they ask me for my document and i bagi. tbh i pun tak tahu i lulus ke tak sebab i beli nama sorang sorang. i tak combine dengan husband. and i ada commitment yang agak tinggi for now. honestly i dont think boleh lulus pun.


kalau tak lulus i okay. kalau lulus pun i okay.sebab honestly this is first time i sampai tahap i sign booking form. before this memang setakat tanya bagi document and rejected due to high commitment. 


i cerita sikit  eah procedure dia. korang kalau dah isi form dekat maybank website tu, nanti agent akan ajak jumpa or zoom . nanti dia terangkan semualah.kalau masa tu korang minat dia akan suruh choose unit rumah terus. so masa nak booking tu korang dah tahu dah unit rumah no berapa, tingkat berapa, view apa.



lepastu korang kena isi booking form dan sign. booking fee adalah rm1000.


dokumen diorang mintak ea form, kwsp with breakdown  for 2020 & 2021,payslip 3 month or 6 month,

supporting document (saving, investment stock,asb dividen)



lepas diorang submit tu kita  akan dapat maybank2own account . dekat situ kita akan nampak status application kita. rumah ni akan siap tahun 2024.


unit name harus tutup walaupun belum tentu sis lulus. 
semalam status dia pending processing . harini status dia dah pending validation.

bagusnya houzkey ni dia bantu rakyat marhaen beli rumah. cuma korang kena financially and mentally ready. installment bila kita dh duduk nanti cuma rm1.2k-1.3k depending to our profile.
mantainance dia 0.30 persft. so in my case would be rm300. ini dah include sinking fund.
lepasni if permohonan i lulus i kena sign borang lain. and untuk dapatkan houzkey i kena bayar 3 months
deposit houzkey. so dalam 3 ribu lebih macam tu.

rumah ni bukan  rent to own tau yang property bawah nama bank.
property memang nama kita.  ada discount bumiputra, discount untuk first home buyer.

tapi bank tetap bank. sebab dia dah mudahkan kita beli rumah.
and tak perlu bayar progress fee. 
lepas 5 years installment dia back to normal. 


around 1.8k -2k monthly. 

so korang yang dah berjaya beli tu just kumpul la duit banyak banyak. 
lambat lagi back to normal 2029.  buat biz ke apa ke dalam tempoh 8 tahun tu.


so kalau korang minat pergi isi detail dekat website maybank k sekarang?

i pun tak tahu lulus ke tak macam i cakap.
i share sebab i rasa benda ni bermanfaat untuk di share.


kalau tak lulus i anggap rezeki i dekat rumah lain.


k tu jela korang for today .

till then

ttyl

una mn



update : loan i approved  guys. basically i berjaya beli this mutiara hilltop
click here to read how i find out loan i lulus.















September 15, 2021

Dah boleh dine and zus coffee!

 


Hi guys...

korang buat apa? i macam biasa tengah kerja. i update ni memandangkan pagi ni tengah tak banyak task

so why not. i rasa most of you guys yang rajin baca blog i  tahu i kerja apa. yang tak tahu mesti ingat i mengular.  i bukan kerja office biasa or admin yang ada paperwork. i content moderator so my task 100%

online. so tak ada task why not kita isi dengan menulis disini?



okay masa off day i hari jumaat and sabtu lepas . i  ambik peluang untuk dine in. actually haritu masa i service kereta i dah dine in dah dengan adik i. husband jelah baru dapat dine in since dia fully vaccinated on 9 september. memang dalam kepala dah set nak makan steambot. yelah dalam banyak banyak makanan steambot je tak boleh tapau kan. kitorang makan dekat pak john steamboat di tropiccana mall je . lately i macam suka pergi sini. maybe sebab the curve pun tak banyak kedai dah.





kitorang ambik  chicken sup because i dont really 
like soury taste





my husband and his fav tart. cheese tart dia sedap gila guys.
kalau makan steamboat sauce ni je i suka. yang macam sweet thai sauce tu. sebab 
buat daging rasa manis.






jangan terkejut. memang nampak sikit. sebab kitorang duduk meja bulat
tak ada  space banyak. this is only for first round.


lepas makan kami pergi ke ipc sebab i nak belikan cousin i 
birthday present. birthday dia last month but kan kita baru boleh rentas 
daerah. actually rumah kitorang sama daerah cumanya 
jarak dia boleh tahan jauh. so takut ada roadblock kan.
hehehe so i bought her book and buat ala ala gift box. 
i tak beli buku ni. end up i belikan dia buku lain. 

we went to popular ipc je  sebab sini dah buka and boleh masuk.

my husband nak buku ni so i beli jela. actually i ada buku yang setebal kamus dewan tu
i ada 3 edition. 4th edition tu dah keluar tapi i tak beli lagi. 
dah meningkat usia ni i suka baca benda benda menghiburkan je.
light reading je i suka. 



after siap gift box i , i terus pergi sunway (rumah cousin i). 
i rasa korang tahu i pernah duduk situ for a few years. 2007 for a year and 2015-2018.
sebab i dah khawin. early 2019 i pindah damansara.


so of course it just feels like im going to my second or third home.
i pergi sana tapi i tak masuk pun sebab risau pulak kitorang dari luar. i just pass dekat depan pintu je

ingat tau guys musim pandemik ni jangan bahayakan nyawa orang tersayang.

lepas hantar  kami pun balik.
sebenarnya kitorang pergi drive thru starbucks as usual. 
tapi i lupa nak snap gambar. sebab dah selalu sangat kan.


okay  next daynya i cuti jugak. but plan memang taknak keluar.
tapi sebab rasa bosan gila dekat rumah. i ajak husband keluar lunch.
we went to the curve. 


since kitorang lapar kitorang makan nasi supaya lebih kenyang.
we had lunch dekat the chicken rice shop.





selepas jalan jalan dah penat we decide nak balik. before balik kitorang beli
zus coffee. tbh that was our first time cuba air ni . since ada promo buy 1 free one untuk first app
purchase so kami beli 4. we bought seperately . i pakai apps i, husband pakai apps dia.

air ni dia salah buat actually salah satu tu java chip.
nasib mood i baik. lagi pun ramai orang malas pulak nak tunggu



on the way balik kami singgah beli hokkaido
cheese tart dekat taman tun and llao llao.

haritu penuh dengan treat. i tak sempat ambik gambar llao llao
sebab we kinda late  takut balik rumah kena double park.

yelah esoknya i kerja pukul 7 pagi.
and since i wfh lagi takut i double park esok tengah kerja orang suruh alih kereta.


korang doakan rezeki i dapat rumah cepat k.
i tunggu rumah selangorku ni sampai sekarang status menunggu

rasa nak give up cari lain.

korang rasa macam mana?

oh ye semalam. i beli zus coffee 4 lagi
tapi kali ni i pakai delivery je


semalam ada promo buy 3 free 1 .
okay la boleh la murah la jugak


ni packaging dia from the side

ni air dia bila dah sampai.  kesimpulan dia rasa dia i rasa i suka.


k tu je la korang for today

doakan i murah rezeki untuk lengkapkan saki baki wishlist i 

till then 


ttyl

una mn
































September 5, 2021

My baby service time



 

Hi guys 

semalam kan my baby iriz ( my car) harus diservice . i made an appointment 2 days before and i diminta datang pukul 1. since condition di damansara masih membimbangkan everyone yang datang service were not allowed to wait at the service centre. so i call my brother to pick me up . i masih paranoid lagi nak naik grab. since i tak tahu siapa duduk dalam grab tu. too risky kan.


mujur rumah adik i, ammar dekat je dengan i . dalam area yang sama. sementara  menunggu we went to one utama and had our lunch there. my first dine in after fully vaccinated . lepas makan kitorang jalan masuk kaison , kedai kedai baju just to kill time. after 2 hours i received a call said that my car dah siap service. diorang basuhkan lagi kereta i.


semalam i tak ambik banyak gambar because i penat jalan.
ni gambar lama actually. tapi comel kan my car? :3

time to pay. this time around tak banyak jugak kena bayar. rm138++ je



balik dari service kereta i pun dah penat jalan jalan kan so i terus pergi drive thru starbucks and  mcd.





i tunggu lama gila okay masa drive thru starbucks. idk diorang ada promotion ke apa. but memang i tunggu 1 hour . after tapau dinner at mcd i balik terus. 


i cant wait until my husband complete his 14 days after second dose. 10hb ni dia dah boleh dine in dah. rasa macam nak makan steamboat . since kj announced that we will move to endemic phasa which mean we will live with the viruses i think tak salah kot nak dine in sebab we are helping bussines. we are helping the economy.  I hope that everyone boleh chill and jangan marah dekat orang yang dine in. 


okay?



k korang tu je for today. harini my second off day

i dah siap masak sedap sedap tau.(puji diri sendiri)


till then


ttyl


una mn


September 2, 2021

My Ptptn Debt Journey (milestones that i proud of)

 


Hi guys..

as you guys know i memang dah lama plan nak settlekan ptptn.

ini adalah salah satu wishlist i tahun n yang belum tercapai tapi in progress.

ini adalah satu satunya wishlist yang i cerita sebelum ianya complete. sebab i memang kalau tak luahkan rasa tak tahu nak channelkan dekat mana perasaan excited ni. bayar hutang ni for me is an achievement

tak kisah la kalau orang lain tak rasa benda ni as achievement sebab pendapat orang tidak penting bagi i. 

jujur kan? HAHAHA.


sebab hutang i consider medium to high. kalau orang yang belajar gov maybe hutang tak banyak sangat dengan ptptn. i belajar private college dulu. so i berhutang 24k. sebab i dulu kerja gaji tak banyak mana i jujurnya tak bayar. early last year i rasa macam nak beli rumah. tapi semestinya i kena settlekan hutang dulu. kalau korang kenal i secara dekat korang tahu i tak suka berhutang banyak banyak. sebab hutang banyak banyak menyerabutkan kepala. sebab tu sampai sekarang rumah i tak ada coway ke cuckoo ke memang tak ada. tak tahulah di masa depan i akan beli tu not sure.. but i prefer benda yang cash je. 


so early last year hutang i adalah rm25.7k . sekarang alhamdulillah lepas i bayar rm2000 malam tadi.

balance dia dah tinggal bawah rm4000. 3k++ je tinggal. i rasa happy dengan milestones yang i dah capai.

actually kalau tak last night i nak bayar rm3000 tapi my money floating dekat investment account.

so i biarkan je dia kat situ.  korang doakan my journey nak bayar hutang di permudahkan.

memang betul actually hutang dah boleh settle awal lagi kalau i tak beli  macbook , ipad air, iphone 12 pro, treadmill and emas haritu. but for me..  that is my coping mechanism. i kena treat myself with something supaya i rasa happy je nak kumpul duit. nak bayar hutang berpuluh ribu ni bukan rasa penat bekerja je tapi penat perasaan. HAHAHA



macam biasa i akan letak gambar sebagai kenangan.









korang doakan i dapat settlekan cepat cepat eah. maklumlah i belum kaya lagi.
so nak bayar hutang memang ambik masa.
k tu jelah korang..


till then

una mn