April 26, 2022

Annual Buka Puasa With Cousin & teman cousins shopping




hi guys..

harini i nak cerita aktiviti i untuk beberapa hari ni. from 23 sampai 25. cerita dia tak lah panjang sangat 

tapi maybe ada la beberapa gambar. okay macam ni. kami cousin cousin cucu arwah razali memang agak rapatlah macam adik beradik. jadi bila atuk dah tak ada and kami pun tak ada tempat nak berkumpul so kami decide untuk kekalkan tradisi makan makan setiap tahun ni. korang tahulah kan bila makin dewasa nak buat plan dengan keluarga pun kena buat appointment dulu. hahaha . dulu i tak faham tau benda ni.

bila dah dewasa dah kerja . kerja pun cuti tak sama. masa kerja tak sama . jadi memang kena plan betul betul. ila book kan restaurant di cyberjaya . nama dia saba restaurant . i pulak jadi tukang submit order dekat restaurant and mintak payment dari sorang sorang cousin pada hari kejadian. supaya memudahkan la. so sampai sana makanan dah sampai. tapi tulah. kita hanya mampu merancang .makanan fully sampai dekat table kitorang pukul 8  ya. nasib  baik la tuan punya makanan pun ada yang sampai lewat . 

lepas makan makan kami pun fikir nak lepak lagi. bonding dengan family kan. so kami pergi tasik putrajaya. alah yang ada lampu lampu tempat orang main basikal. ada tempat sewa macam motor tu semua tu kan. so kami pun apa lagi ambik peluang untuk sewa sambil bersiar siar sekeliling tasik.


so this is everyone. i dengan amir tak ada dalam gambar. amir my cousin pergi cari barang tak silap i.
and i tukang ambik gambar. actually ada je gambar yang ada muka i. tapi tulah yer.
i segan la gambar gemuk gemuk nak letak sini. biar i jelah tengok gambar gemuk i tu HAHAHA


ni my cousin fariz and his wife anis. tengah tu anak diorang karl.
karl ni copy paste mak dia. dengan sepetnya HAHAHA. i geram dengan dia ni
sebab dia suka drama. buat buat nangis tapi tak keluar air mata. berat ye budak ni tapi comel.


ni husband i dukung my niece nama dia amanda maysun.
anak cousin i ila yang bongsu. the only daughter of ila and abg mil.
amanda ni ada 3 abang. ziyad , zidan and zaref. 
i tak sempat ambik gambar diorang that night.
mereka terlalu laju untuk dikejar. HAHAHA

ni gambar masa dekat restaurant saba. ni aniq anak cousin i hassan. 
aniq ni active macam ayah dia. malam tu dia sopan sikit maybe sebab mengantuk HAHAHA.

i actually banyak ambik video nak senang korang pergi jela tiktok
i. 



kami balik and sampai rumah around pukul 1 pagi ya. 


24/4/2022

harini ialah offday i yang kedua. so basically i memang tak plan nak pergi mana mana pun. 
nak duduk rumah je. tapi dalam tengahari macam tu i dapat call from my cousin jannah.
dia ajak i keluar teman dia beli baju raya. jannah and kakak dia ila akan bertolak dari seri kembangan and kami plan lepak di ioi city mall putrajaya. manakala i dengan shyafiq (my husband) dari damansara ke sana. Ya Allah guys punyalah ramai manusia dekat situ. semua kedai penuh. 
jadi i dengan husband ambik inisiatif nak pergi book tempat berbuka sebab dah sah sah akan berbuka di situ. satu kedai demi satu kedai kami try. akhirnya kami  berjaya book siap order makanan berbuka siap siap di restoran indo asli.  kami book untuk 6 orang sebab kebetulan fariz and his wife anis nak join berbuka sekali.


ila tak bawak tentera dia lagi 3 orang. abg mil jaga dekat rumah.
dia cuma bawak amanda. walaupun bawak amanda sorang tengoklah struggle dia nak ambik gambar 
HAHAHA


masa ni kami tengah tunggu fariz, anis and anak diorang karl sampai.
alhamdulillah lauk semua sedap.
boleh la lain kali makan dekat restoran ni lagi.


lepas berbuka kami terus gerak balik . sebelum balik i singgah inside scoop untuk beli 
ice cream.



25/4/2022 

harini plannya i nak pergi shopping last sebelum raya. so we went to the curve.
sekali i belikan hadiah birthday dia sebab birthday husband jatuh pada raya pertama .
dah la kami raya asing sedih kan? HAHAHA.
sebab tak ada birthday dinner i belanja dia kurta uniqlo and satu baju jalan uniqlo.
bestlah dapat husband memahami. nasib dia jenis tak high demand mintak zara ke g2000 ke,
Basically kami jenis tak kisah nak pakai baju jenama apa pun. padini ke 
apa ke janji selesa  dan tahan lama. 

selain tu i pergi stock up barang keperluan di guardian. i totally ingat masih ada promo rupanya dah habis ya HAHA. and rak make up and skincare guardian pun majoriti kosong.
so tak apalah. nasib baik skincare sis banyak lagi. cuma nak beli barang mandi je macam tu.

lepas settle shopping bla bla. kami decide nak bungkus makanan berbuka. so we went to dubuyo tropicanna garden mall 
sebab kebetulan cuaca hujan. so kalau hujan hujan memang sedap makan bersup.
i sangkut jem lama gila sebab air naik. 
pukul 6 kami sampai rumah dengan selamat.

k tu jelah list aktiviti i dua tiga hari ni.

kenapa i masih menulis walaupun tak ramai baca and tak datangkan profit?

i tulis bukan untuk orang baca . 
kalau orang baca it's okay.

i suka tulis untuk i baca di masa akan datang.
ni macam online diary i la.
sebab kalau tulis dekat buku esok lusa hilang.

kalau tulis dekat blog selagi mana platform ni wujud inshallah it will stay here.


k tu jelah korang

i nak sambung kerja.

till then ttyl

una mn














No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta