November 8, 2023

My final wishlist for 2023 completed : Umrah With Mama part 1 (madinah)

 



hi guys.... 

alhamdulillah dengan izin Allah i berjaya settlekan wishlist terakhir i tahun ni. untuk tunaikan umrah

bersama mama. i cakap secara jujur ya. plan asal i diawal tahun ialah nak ikut mama abah pergi umrah. cuma i tak bagitahu diorang la. i simpan dalam hati. takdir Allah berkata lain. dan kami redha menerimanya . Abah pergi tinggalkan kami pada 6 mac tahun ni.jadi kami berbincang adik beradik. jadi akhirnya i buat keputusan untuk teman mama umrah . 


persiapan awal.

beberapa hari lepas abah meninggal i terus buat passport. ya ni adalah first time ever i travel ke luar negara. i buat di jpn teluk intan. sebab tu je dekat dengan sabak bernam. i took around a few hours jugak nak settle. 

pada mulanya kami nak teruskan dengan package yang abah dah daftar dengan *****. beberapa hari sebelum abah meninggal abah and mama dah daftar dengan ***** travel.satu hari i dapat call dari pihak ***** mengatakan tarikh kami book tu takkan ada flight. jadi dia nak offer new packages harga lebih mahal.in return diorang akan bagi macam macam freebies. i mintak masa berfikir. 

i check and selidik. i terbaca dekat twitter ada orang ada bad experiences. tak dapat packages seperti di janjikan dan macam macam. bukan satu dua ya ramai kena. so i decide untuk cancel. 

mulalah pencarian i sampai i tergerak hati  tanya kawan college i dulu. sebab i ada nampak gambar husband dia pergi umrah. so lepas mintak no phone semua. i pun call and ask for package yang diorang ada. btw agency i pergi ni adalah andalusia.

urusan sangat smooth. i daftar semua by phone je. lepas daftar i and mama pergi kursus umrah. kami pergi kursus dekat andalusia cawangan berdekatan dengan rumah mama . 

two days before pergi i tukar duit siap siap. 


17/10/2023 
i dengan husband bergerak ke our homestay. sebab lebih dekat and lebih senang nak ke airport.
kami sampai sana around 3pm. mama pulak ammar hantar lepas dia habis kerja around 8. 
so kami berkumpul dekat situ malam tu. sebab flight kami petang jadi pagi tu boleh sarapan sama sama. 

18/10/2023
pukul 10 lebih pagi kami bertolak ke airport. i, husband, mama and aiman naik air asia ride. 
husband book 6 seater car for us.  meanwhile aqilah and her friend naik kereta ke airport.
sampai airport kami pergi dapatkan  goodie bag from andalusia and pergi wrap bag. 
kami lepak costa coffee sementara menunggu next announcement.
our mutawif mintak kami solat jamak di airport untuk solat zuhur dan asar.
lepas makan di kfc (belum boikot lagi ya masa ni sebab i thought kfc malaysia tak support idf)
lepas solat and makan kami  jumpa family members salam salam and terus turun ke bawah.
flight kami delay from 4 lebih ke 5 lebih due to bad weather
delay sejam je 




kami sampai airport madinah around 10pm settle ambik luggage and sampai ke bas around 10:46 pm waktu madinah ( around  3:46 pagi waktu malaysia)


19/10/2023

kami sampai hotel around 12:30 malam. settle mandi tidur around 1 pagi lah.



this is my bed . kami tidur bilik berempat. tapi alhamdulillah selesa. 
i tidur 2 jam je sebab 3 pagi mama dah kejut suruh bangun siap siap pergi masjid.
i agak surprised eh takkan awal sangat subuh sini. tapi i layankan je lah. 


ni mama and kawan bilik kami. kak liza and mak dia. 
actually kak liza ni umur 50 lebih dah muda berapa tahun je dari mama tapi muka dia nampak muda plak nak panggil makcik. HAHAHA. and her mom mungkin sebaya opah kalau opah ada lagi :')



spot minum air zam zam. heaven betul minum air zam zam dekat sini.
i sampai sana berwudhu and solat tahajud.dekat sini ada je tempat air wudhu tapi sebab masjid nabawi ni besar ye. so agak jauh la bagi. so i ambil wudhu siap siap dekat bilik hotel and bawak botol spray wudhu incase terkentut ke apa ke kan.ini info penting juga bagi orang yang solat duduk. tak perlu beli kerusi dekat masjid nabawi ni melambak kerusi lipat. boleh guna free je tak payah bayar. 
kalau anda gemuk pun jangan risau kerusi tu boleh je tampung berat anda. 
bawak beg kasut ye.so senang boleh bawak kasut masuk dalam . tak adalah kes selipar hilang la apalah.
nak senang korang tengok je tips tiktok .

 lepas baca quran kan i rasa macam eh macam lama je bila nak subuh ni?
tergerak hati i nak tengok dekat madinah ni subuh sebenarnya pukul berapa.
guyssss subuhnya pukul 5:06 ya ALLAH. kemain awal mama sis kejut.


kami datang 2  jam awal. habis solat subuh ada solat jenazah. tapi sis punya mata betul betul tak larat. sebab dalam flight tak tidur langsung. dekat bilik pun tidur 2 jam je. 
sis terus angkat kaki balik sebelum sis yang jadi jenazah HAHAHA.
balik ingat boleh terus tidur ye....
tak ye takkkkk... tengoklah muka i tu .
i am already dead inside


i sampai hotel around 6 macam tu . kami kena pergi sarapan . kenapa?
ya sebab pukul 7 ada aktiviti HAHAHAHA.
restaurant untuk makan untuk hotel nozol ni level M.


kami menunggu geng bas 2 berkumpul depan hotel. btw i tinggal dekat nozol.
i rasa hotel ni 4 star. tapi okay la semua okay . makanan dia banyak variety. alhamdulillah boleh makan
cuma hari hari jumpa kambing. i pulak tak makan kambing. tapi ada je lauk lain i boleh makan.
i paling suka waktu breakfast sebab ada roti bakar ada macam macam jenis roti


aktiviti harini kami berjalan keliling masjid nabawi sambil our mutawif ustaz sazren ceritakan sirah sirah nabi. sangat seronok la bagi i sebab sambil dia cerita dia tunjuk kejadian tu berlaku dekat mana. so kita boleh imagine. even susah la sebab kita tak hidup zaman tu kan. 
i nak cerita balik takut tersalah cerita.
cuma my fav story tentang macam mana kawasan masjid nabawi dulu adalah ladang kurma.
and masih ada ditinggalkan beberapa pohon kurma dekat area situ. betul betul bawah kubah hijau adalah makam rasulullah s.a.w. kami yang perempuan tak dapat masuk dalam. cuma lelaki yang boleh masuk.
sebelah masjid nabawi ada perkuburan baqi . dekat sini pun lelaki je boleh masuk kami yang perempuan tunggu di luar.

ni la ustaz sazren our mutawif.

dari masjid nabawi dah boleh nampak bukit uhud sebenarnya.
bukit uhud ini adalah bukit yang akan masuk syurga. bila ustaz cerita i agak terkejut.
kami ambik masa agak lama jugak nak pusing masjid nabawi ni. masjid ni besar ya korang. 
so kalau ada yang baca blog i niat nak pergi umrah. sediakan kasut yang selesa. 
maybe korang beli kasut dekat medifeet or any other jenama yang korang selesa nak pakai untuk berjalan lama. jangan pakai selipar even korang rasa lebih senang. ingat , selesa tu lagi penting.

belajar dari kesilapan i. balik dari masjid nabawi kaki sis memang sakit. yelah badan pulak berat HAHAHA. I solat zuhur and asar dekat bilik je and decide maghrib baru nak turun solat .
tapi takdir berkata lain. before maghrib i uzur.


walaupun uzur mama still nak i teman pergi masjid. i tak boleh masuk so i duduk depan masjid memerhati orang ramai. seronok tau korang vibe dekat sana. rasa tenang sangat. lepastu i termasuk satu kedai perfume before maghrib . i jatuh cinta bau pertama. lah tiba. dia macam bau je terus rasa nak beli.



rm128 je korang for 75 ml. edp tau. murahhhhh.
oh ya lupa harini jugak i beli baju untuk husband and my mother in law.
 

20/10/2023

harini tak ada aktiviti sangat kami berehat dekat bilik sebab harini ialah hari jumaat.

sebelum mama solat jumaat kami decide nak pergi shopping buah tangan untuk orang kat malaysia. ya tahu kitorang shopping awal. semuanya sebab tak tahan tengok sale and kitorang ingat dekat mekah nanti fokusnya hanya untuk beribadah je. memandangkan i dah beli baju untuk husband and my mother in law semalamnya  jadi harini i beli baju untuk i pulak. mama pulak beli untuk besan besan dia. adik beradik, menantu menantu and kawan kawan dia. dekat madinah ni automatik rasa diri sendiri cantik sebab penjual sini mulut manis. dia punya puji macam kau la perempuan paling cantik kat dunia ni HAHAHA.sekejap dia panggil kau kajol . sekejap dia panggil kau cantik. orang yang serve i dengan mama nama dia ahmad.

lepas beli dia siap bawakkan sampai lobi hotel (kebetulan dekat je) sampai lobi dia suruh budak dekat lobi tu bawak naik atas.


oh ya harini jugak bella janji nak datang dari mekah. sis sebenarnya rasa tak sedap pulak nak suruh dia datang tapi dia beria ria nak datang. mekah ke madinah kalau naik kereta 4 jam lebih. dia naik speed train. 

bila dia sampai je hotel dia masuk bilik i berbual kejap. and then dia book bilik tingkat 8 hotel yang sama.

malam tu i tidur bilik dia.



masa ni kitorang ralit sembang . our period sync. actually bilik dia ni sesuatu sikit. 
entah la i susah betul nak tidur malam tu. macam kena gangguan. maybe bilik tu lama tak guna kot.
kitorang pulak bila jumpa gelak gelak macam pontianak jumpa geng . maybe jin dekat situ keliru kitorang ni manusia ke bukan .
7 bulan tak jumpa cousin sis. banyaklah benda kitorang borak


saja pegang iphone orang. kita pakai iphone 14 je. dia dah beli iphone 15 pro hahaha


21/10/2023
pagi tu bella ada class and i pulak ada lawatan. so bella suruh i pergi je sebab i dah bayar. ikut hati rasa malas sebab bila period ni korang tahu kan dia punya rasa malas nak bergerak tu macam mana.

antara tempat kitorang pergi ialah masjid ijabah, masjid bilal, masjid jumaah, masjid qiblatain.
masjid ni kitorang lalu depan je melintas dan memandang dari dalam bas.

ni adalah the seven mosque
kami pergi jugak masjid quba. sebab i period i tak turun sebab diorang berhenti dekat masjid quba ni untuk solat.i duduk dalam bas je sambil memandang pokok kurma.


lepas tu kami pergi ladang kurma. dalam ni ada orang berniaga kurma, coklat, kacang kacang .

dekat bahagian luar tu ada ladang kurma and tempat orang berniaga makanan. ada bakso, ada bakwan and macam macam jenis makanan. i dengan mama makan bakso. harga bakso dia sar 20 ye HAHAHA.
air delima dia murah. 5 riyal je.



tengah makan kucing datang. mama suruh beli bakso lagi satu semata mata nak bagi kucing makan.
lepastu ada orang datang jual perfume roll on bau raudah kata dia. mama pun beli .

lepas tu kami sambung perjalanan ke bukit uhud kalau tak silap. dekat sini ramai orang berniaga dekat van van. sini cuaca agak panas kering. ada orang jual aiskrim, ada jual baju i cuma beli ice cream dekat sini. 




lepas di uhud kami balik ke hotel semula. 
petang tu i rasa macam bosan makan makanan hotel so i decide beli dekat luar. 
i pergi belikan hadiah perfume dekat al musbah jugak untk husband i.
lepastu i tapau makanan dekat sini.
 dekat je dengan hotel i tak jauh pun. sini ada makanan malaysia. ada jugak yang jual makanan indonesia.
sebabkan i nak bakwan so i try makanan indonesia.
sedap jugak guys.


izinkan sis feeling HAHAHA





22/10/2023
oleh sebab mama beli terlampau banyak i ditugaskan oleh mama untuk beli luggage. so i pun cari la dekat taibah shopping centre.dekat je dengan masjid nabawi tu. i masuk dalam tu sambil cuci mata. i terbeli jugak tudung and baju for my husband lagi.

i beli luggage ni 80 riyal tak silap i. okay la
lepas beli lugagge i pergi beli coffee fav i juju barns. 
sampai sana i rasa macam nak tumblr. i 
call my husband tanya mana cantik dia pun nak 1 so i beli one for me one for him


husband i punya warna oren mine warna pink.
harga dia sar70 satu. dua sar140 .
lepas tu i pergi makan dalam tu.

ada kedai nama dia sea spice restaurant.
i rindu masakan melayu so i order tomyam, nasi and air.

i minum coke sebab i tersalah order. either dia tak faham cakap i ke or i yang salah tulis
minum jela ye. bukan di sengajakan.


for dessert i order ice cream.
malam tu i tanya husband macam mana nak tambah berat luggage sebab i rasa mama dah terlebih berat .
husband cakap kena mintak tolong mutawif.
bila i tanya mutawif , dia kata tak boleh tambah.
korang bayangkan betapa kelam kabutnya hidup i masa tu.
so i ask my cousin bella. 
she said she can help. nanti dekat mekah pass beg tu dekat dia, dia akan bawak balik malaysia
masa dia balik next year.
 HAHAHA

my mom punya reaction?

hmmm sedih, stress lepastu bad mood
sebagai anak kita kena sabar. sebab sis dah banyak kali pesan jangan beli banyak banyak
tapi orang tua kadang kadang degil sikit.

23/10/2023 (isnin)




harini ialah hari terakhir kami di madinah.
pagi pagi kami pergi ke masjid nabawi . ustaz sazren bagi penerangan.
ada sesi bermaaf  maafan. ustaz minta kami balik ke hotel and bersiap untuk check out.
lelaki kena berihram and perempuan juga kena mandi siap siap and kena ready juga tak boleh make up tak boleh berwangi wangian . sebab sis period sis tanya la ustaz .
dia kata boleh buat niat umrah bersyarat di miqat nanti.

miqat umrah kami di bir ali.
i berniat dalam bas je sebab i tak boleh masuk pun.
ustaz kata untuk yang uzur sepanjang 12 jam kena check. kalau sebelum 12 jam haid i berhenti i kena mandi wajib dan umrah.

dari miqat kami bergerak ke kota mekah. 

bas agak perlahan pemanduannya . tak tahu la sebab rules ke apa tapi memang lambat.
kami berhenti di rnr untuk solat dan makan malam

makanan di sediakan dalam talam tapi ada la pinggan plastik boleh ambik sorang sikit untuk makan.
kami sampai mekah around 10:48 malam.



untuk part mekah i sambung next entry ya.


till then


ttyl

una mn





















1 comment:

Nabihan said...

Artikel ini menarik dan memberi gambaran jelas tentang pengalaman awal umrah. Memilih pakej umrah yang tepat pastinya memudahkan perjalanan dan memastikan pengalaman ibadah berjalan lancar. Terima kasih atas perkongsian ini, sangat membantu untuk mereka yang pertama kali menunaikan umrah.