August 22, 2024

Day out with cousin and bought apple watch series 9 for my husband

 



hi guys ..

harini i nak cerita sikit aktiviti harini. i jumpa my cousin fadhilah after few months tak jumpa. 

we went to sunway pyramid  je sebab senang. lama tak menyembang guys. i sampai sunway around 10:56am . i pick up fadhilah and kami pergi sunway pyramid 

sampai pyramid kami jalan jalan jap and i ask fadhilah to teman me belikan apple watch for my husband . 

i masih setia dengan iwatch series 7 i . as you guys know. i, fadhilah and bella pakai series 7 . kami sengaja la nak pakai gadget yang sama jenis .  dulu kami sama sama pakai iphone 12 pro. tapi i dah upgrade phone to iphone 14. bella pulak beli iphone 15 pro max.


for now handphone i sama dengan ika. we're both using iphone 14 lilac hihi.


oh ya kenapa tetiba nak belika husband iwatch? sebab dia mintak i tolong belikan je. lately kan banyak case. dia memang pakai iphone cuma untuk kes kes kesihatan ni i banyak baca feedback positive from iwatch user .  i bought i watch series 9 for him. 


lepas tu i dengan fadhilah pergi makan dekat nandos. lama jugak kami sembang. habis makan i ajak fadhilah teman i pergi sephora. tapi sephoranya tutup guys for renovation. lepastu i pergi mac untuk beli pencil kening . i pakai benefit selalunya tapi  tiba tiba rasa why not try je mana tahu okay.




lepas tu kami pergi minum coffee beans. seronok sembang dengan cousin i yang sorang ni. sebab dia ni kalau text dia tak berapa best sangat. lebih suka sembang face to face.


kebetulan her husband ada dekat sunway sekarang for his intern. before balik fadhilah ajak i teman dia belikan lunch untuk husband dia before i hantar dia balik rumah.


lepastu my husband call me ask me to meet him at the curve. went for lunch together at petite maison.so dia pun unboxinglah his i watch dekat sana.






lepas unboxing i pergi teman dia print barang kerja dia. habis print we went home!

oh sebelum tu i ada beli something from typo.

i dah lama nak buat travel journal.

i ada simpan flight ticket last year and this year.

cute kan journal ni?



i dah buat dah cuma i rasa i need to mencantikkan lagi journal i baru i berani tunjuk isi dalam dia hahaha.



k la korang i penat 

i nak sambung main game

tata titi tutu


ttyl
 una mn











August 18, 2024

summary aktiviti beberapa hari ini

 

hi guys..


i sedar ada banyak jugak benda i tak tulis dekat blog ni. i rasa maybe sebab i penat or maybe sebab i caught up dengan banyak news bukan bukan lately. i cuba kawal mental health i supaya i sentiasa positive dalam masa yang sama i perlu juga berjaga jaga. 

i harap orang sekeliling i terutamanya keluarga dan rakan rakan rapat i boleh jaga diri masing masing . i dont know what is wrong with malaysia lately i just hope nothing bad ever happened to anyone. 


as precaution i update lambat sikit la aktiviti i .  i rasa safer that way



16/8/2024

i balik kerja je i terus pergi ke ou sebab i nak ajak husband i dinner. we went to kfry. husband i makan tatter tots  beef and i makan  ultimate dosirak.  for drink i minum lemon tea and my husband minum air watermelon.



sedap jugak . dalam ultimate dosirak ni dah ada pajeon,ada kimchi, japchae, ada fruits cut , nasi, sunny side up , beef and prawn.  harga dia around rm40++


ni tatter tots yang paling sedap i pernah makan. sedap, garing garing. u guys should try



17/8/2024
i habis kerja i ajak husband makan dekat luar lagi sebab rumah kitorang tetiba la tak ada elektrik so takleh masak. we went to ikea . 







lepas makan kami jalan jalan jap dekat ikea . banyak jugak sales . kami saja usha usha lagi kitchen cabinet  idaman kami hahaha.

lepastu kami balik .

18/8/2024

harini after i habis kerja i masih tak ada mood nak masak. HAHAHA
sebab dah lapar kan so i call him ajak pergi makan dekat rnr sungai buloh. 
i suka makan satay haji samuri tu.




sebelum balik sempat i tapau pau kaya and coffe dekat family mart
coffee tu i nak minum pagi isnin sebab isnin i wfh haha



pengeluaran duit agak laju even kami dah jarang tengok wayang .i harap kita semua dimewahkan rezeki

amin amin ya rabbal alamin

k guys

ttyl

 una mn






August 15, 2024

Love food fest at the curve & list of product i bought this month (selfcare edition)

 



hello hellooo


entry harini i nak bungkus je aktiviti i beberapa hari ni.  hari sabtu haritu i masuk office.

sebab weekend i bawak kereta pergi office so balik tu i macam nak singgah la ke love food fest.


10/8/2024

i singgah sana i mula mula rasa macam nak balik masak tapi i rasa happy bila tengok mall yang i suka lepak bussiness going well.crowded tu ye cuma for me still bearable. i dapat tahu suka dessert ada buat road tour. actually kedai suka dessert dengan rumah i taklah jauh mana cuma saja nak tengok makanan apa yang ada.


so i sampai sana i usha usha dulu kedai lain then i call my husband yang baru habis kerja 


me : kat mana?

him : on the way balik...

me : meh singgah curve nak? kita beli makanan kat sini je la tak payah masak

him: tolong belikan apa apa dekat suka dessert!

me : okay.


i beratur la . tak lama  dalam 20 min macam tu sampailah turn i. sebenarnya i ingatkan nak makan. biscuit cicah susu dia yang viral tu. tapi rupanya diorang tak bawak. so i pun belilah croissant with milk chochlate and  and satu lagi chochlate cheese in cup



rasa dia? ya Allah sedap weh. no i understand the hype. harini i tak beli cake in bowl sebab i takut tak habis.  lepastu kami order food and i proceed untuk balik rumah dulu sementara husband i tunggu makanan siap.


dia beli burger and sedihnya burger tu tak sedap. tapi takpelah anggaplah bukan rezeki.



11/8/2024

harini i balik dari office awal sikit . awal sejam sebab i ambik wellness 1 hour. i tak singgah food fest tapi i just pesan dekat husband untuk beli cake in bowl. i ingat dia beli cake in bowl untuk kami share berdua jelah. rupanya dia ketagih chocholate cheese in cup . so dia dah makan chochlate cheese in cup dekat sana.

:/ tak mungkin i boleh habis cake in bowl tu makan sorang. i suggest if korang nak makan choclate in bowl pastikan bukan makan berdua sebab takut tak habis. dia sedap . chochlate dia memang chochlate mahal. tapi kalau nak makan kena makan ber tiga ke berempat ke baru habis .


oh ya harini jugak i punya perfume harian sampai! i rasa i banyak kali cerita yang i jenis tidur pun pakai perfume . sebab tah suka wangi wangi. dulu tak macam ni. habit lepas khawin. so perfume i cepat habis. so kalau nak pakai hari hari takkan nak sembur perfume mahal ya tak? 


so kalini i try perfume paradise 



12/8/2024

harini i wfh. alhamdulillah harini barang skintific i sampai. 
i paling excited nak try niacinamide pink mask tu.


i beli sheet mask, moisturizer, serum, retinol, niacinamide pink clay mask , serum sunscreen, 
and refill skintific cushion. 


tengok lah siapa yang excited pakai pink mask tu :')



15/8/2024


i bought these product from tiktok shop sebab i tried so many thing tapi scalp i kering jugak
i punya eczema sangat obvious bahagin kaki i and kulit kepala. dulu i pakai selsun blue tapi i rasa sekarang dia dah immune dah. so i nak try ni dulu. 
after i try pakai i boleh cakap okaylah . cuma not wow sangat. cuma i puji hair mask dia buat rambut i betul betul lembut macam iklan shampoo. i really love lotion dia jugak. cepat meresap masuk kulit.


harga dia memang sangat murah guys. dalam 20 lebih je dapat semua ni.


k lah korang i nak rest ni esok kena bangun awal masuk office


till then


ttyl

 una mn











August 7, 2024

impian berubah ?

 




hi guys..

actually tadi i tengah study mandarin. i tengah break kejap and i think i kena tulis sesuatu untuk calm my nerves. korang mesti pernah kan bila in the middle of task rasa overwhelmed sangat. dalam kepala ada banyak benda korang fikir sampai  tak tahu yang mana satu nak buat dulu.


ya, itu yang terjadi . so why not i menulis?


harini i nak tulis impian i yang i rasa harmless untuk dishare even belum terwujud lagi. 

dulu kan rumah impian i dekat tengah tengah bandar . sekarang kan rumah impian i .. i  nak ada nature side jugak. kalau boleh 20, 30 minute drive je from KL .  as you guys know i suka bukit. i suka rumah atas bukit. my current house atas bukit. my rumah yang i dah beli pun dekat je dengan. nature. 


cuma tu la untuk sustain this life kadang kadang i rasa we need a balance . i suka hidup luxury tapi i masih nak rasa bercucuk tanam. kalau Allah izinkan i jadi kaya one day. i want a beautiful big home. if i ada anak i nak every anak i ada bilik sendiri. and i want a work space for me and one work space for husband. (because both of us ada different kind of aesthetic)


i want swimming pool, ada coffee table . dekat depan pool tu and  gazebo. gittew . lepas tu i nak ada area untuk i bercucuk tanam. i nak tanam serai, sayur sayur, tak kisahlah hidroponik ke or pakai tanah apa yang sesuai kalau boleh tanam i tanam. 


tahu tak kenapa i tiba tiba nak macam tu? i realized these days everytime i try to eat something healthy (makan sayur , or everything) mesti habis dekat rumah. from my home to hero market tu taklah jauh guys. cuma MALAS. tahu kenapa ? nak keluar dari rumah , pergi cari parking. MALAS. i rasa kalau boleh ada sayur kat rumah i tinggal petik je macam dulu dulu.


masa i membesar dengan opah , i realized that kami jarang beli sayur. kalau beli pun sayur jenis tak boleh tanam dekat rumah. setakat, cili pun tak beli.  arwah opah cakap i ni "tangan sejuk" sama macam arwah abah i. 


i kan aktiviti petang2 masa kecik dulu. kalau i tak main badminton, i akan tolong opah tanam sayur or tanam pokok.  antara benda i suka tanam dulu, cili padi, cili merah, nenas, terung, limau nipis.



depan rumah opah dulu sebelum diorang buat sawit, adalah hutan . ada pakis. sekeliling rumah opah penuh sayur dan buah boleh dimakan. kelapa tak payah cakap la. santan pun tak payah beli. ambik je kelapa.  ada pokok pelam (mangga) , jambu , ciku, betik, limau bali. 


nak masak senang je. daun pandan pun banyak, daun kunyit pun ada, daun kari bersepah. korang faham tak? kira kos nak masak tu tak semahal duduk kat bandar ni. arwah atuk dulu pun ada kolam udang.

bila i dah khawin masak sendiri and beli groceries i rasa macam "wow lauk yang di makan masa dekat kampung dulu kira mewah la ya. "


dulu i nak makan udang harimau hari hari boleh guys.  


i rasa impian i dah berubah.  tapi tu la i sedar hakikat duduk bandar ni to have such life that means that i need to be rich dulu sebab tanah di bandar ni mahal ya.semalam masa i balik dari rumah my mom ke rumah i , i terlepas simpang highway latar tu. so nak taknak i jalan je la terus. ikut jalan bukit kapar , meru tu (jalan lama)


i fikir dah alang alang lalu sana why not la kami ke kekartel . on the way ke kekartel kan lalu kawasan kampung dekat meru tu. i nampak iklan tepi tepi jalan ada orang jual lot banglo. ada yang rm78k , ada 100k. i terfikir dalam hati menarik ni. tapi bila fikir balik cancel je la  .


i ada beberapa sebab kenapa i tak jadi beli. 

sebab pertama i dah beli rumah. sebab ke dua kawasan tu selalu banjir. my cousin ika duduk dekat situ dia selalu merungut situ selalu banjir kalau hujan lama sikit.  

i ada usha jugak tanah area area sg buloh. yelah sg buloh dengan damansara tak jauh sangat guys. tapi sejak mrt naik area sini tanah area sg buloh pun mahal ye.


tapi macam mana pun kalau boleh la kan kalau boleh i hope one day i mampu beli rumah in guarded area yang ada semua benda i nak tu tadi.



a house that big enough yang ada swimming pool, ada tanah bercucuk tanam, ada 5-6 room. simple je impian i. lepastuuuu i nak financially free. i tak peduli la orang nak kata impian i mustahil ke apa ke for me ni impian i. tak adalah i nak rumah besar sangat macam alif syukri tu. 

i nak rumah yang besar but not that big.  tapi kalau dapat besar macam tu pun apa salahnya. boleh la i bawak my mom  duduk dengan i and buatkan istana kucing untuk dia. she loves her cat so much and literally rejected to live with me sebab i nanti duduk condo. she would rather spend her live dekat rumah dia sebab dia nak jaga stray cat 6,7 ekor yang dia bela tu.


she also ada bagi makan anjing depan rumah.  :')


oh btw guys masa i breakfast dekat rumah mama semalam i dapat one shocking news. ada indian lady commit suicide sebaris rumah dengan mama. dia duduk dekat buaian and bakar diri.

:/

and yang paling i tak boleh brain that rumah bukan rumah dia pun. tu homestay tau.

i was like whatttttt.


i masa nak balik i lalu la depan rumah tu dah lorong rumah i kan. i tak bukak tingkap pun cuma i terlupa i buka aircond. bau dia menusuk sampai rasa nak muntah. i buka tingkap lepastu bau tak hilang hilang. so we went to watson and husband i pergi masuk dalam beli new pewangi kereta.


sepanjang jalam from my mom house tu kami bukak tingkap. lahhhhh tak mau hilang hilang . 

sudahnya dekat setia alam kami pergi isi minyak sebab i punya pening sampai terlepas simpang kat latar tadi kan kalau tak dah sampai dah rumah.  dekat petronas lepas isi minyak my husband bukak bonet bukak luggage ambik perfume dia and sembur. baru wangi satu kereta.


oh ya berbalik pada impian i tadi korang doakan impian i jadi kenyataan . semoga impian korang pun jadi kenyataan.  k lah i nak sambung study dulu.


talk to you guys later


till then


una mn





💝 Anniversary Trip To Jakarta