August 7, 2024

impian berubah ?

 




hi guys..

actually tadi i tengah study mandarin. i tengah break kejap and i think i kena tulis sesuatu untuk calm my nerves. korang mesti pernah kan bila in the middle of task rasa overwhelmed sangat. dalam kepala ada banyak benda korang fikir sampai  tak tahu yang mana satu nak buat dulu.


ya, itu yang terjadi . so why not i menulis?


harini i nak tulis impian i yang i rasa harmless untuk dishare even belum terwujud lagi. 

dulu kan rumah impian i dekat tengah tengah bandar . sekarang kan rumah impian i .. i  nak ada nature side jugak. kalau boleh 20, 30 minute drive je from KL .  as you guys know i suka bukit. i suka rumah atas bukit. my current house atas bukit. my rumah yang i dah beli pun dekat je dengan. nature. 


cuma tu la untuk sustain this life kadang kadang i rasa we need a balance . i suka hidup luxury tapi i masih nak rasa bercucuk tanam. kalau Allah izinkan i jadi kaya one day. i want a beautiful big home. if i ada anak i nak every anak i ada bilik sendiri. and i want a work space for me and one work space for husband. (because both of us ada different kind of aesthetic)


i want swimming pool, ada coffee table . dekat depan pool tu and  gazebo. gittew . lepas tu i nak ada area untuk i bercucuk tanam. i nak tanam serai, sayur sayur, tak kisahlah hidroponik ke or pakai tanah apa yang sesuai kalau boleh tanam i tanam. 


tahu tak kenapa i tiba tiba nak macam tu? i realized these days everytime i try to eat something healthy (makan sayur , or everything) mesti habis dekat rumah. from my home to hero market tu taklah jauh guys. cuma MALAS. tahu kenapa ? nak keluar dari rumah , pergi cari parking. MALAS. i rasa kalau boleh ada sayur kat rumah i tinggal petik je macam dulu dulu.


masa i membesar dengan opah , i realized that kami jarang beli sayur. kalau beli pun sayur jenis tak boleh tanam dekat rumah. setakat, cili pun tak beli.  arwah opah cakap i ni "tangan sejuk" sama macam arwah abah i. 


i kan aktiviti petang2 masa kecik dulu. kalau i tak main badminton, i akan tolong opah tanam sayur or tanam pokok.  antara benda i suka tanam dulu, cili padi, cili merah, nenas, terung, limau nipis.



depan rumah opah dulu sebelum diorang buat sawit, adalah hutan . ada pakis. sekeliling rumah opah penuh sayur dan buah boleh dimakan. kelapa tak payah cakap la. santan pun tak payah beli. ambik je kelapa.  ada pokok pelam (mangga) , jambu , ciku, betik, limau bali. 


nak masak senang je. daun pandan pun banyak, daun kunyit pun ada, daun kari bersepah. korang faham tak? kira kos nak masak tu tak semahal duduk kat bandar ni. arwah atuk dulu pun ada kolam udang.

bila i dah khawin masak sendiri and beli groceries i rasa macam "wow lauk yang di makan masa dekat kampung dulu kira mewah la ya. "


dulu i nak makan udang harimau hari hari boleh guys.  


i rasa impian i dah berubah.  tapi tu la i sedar hakikat duduk bandar ni to have such life that means that i need to be rich dulu sebab tanah di bandar ni mahal ya.semalam masa i balik dari rumah my mom ke rumah i , i terlepas simpang highway latar tu. so nak taknak i jalan je la terus. ikut jalan bukit kapar , meru tu (jalan lama)


i fikir dah alang alang lalu sana why not la kami ke kekartel . on the way ke kekartel kan lalu kawasan kampung dekat meru tu. i nampak iklan tepi tepi jalan ada orang jual lot banglo. ada yang rm78k , ada 100k. i terfikir dalam hati menarik ni. tapi bila fikir balik cancel je la  .


i ada beberapa sebab kenapa i tak jadi beli. 

sebab pertama i dah beli rumah. sebab ke dua kawasan tu selalu banjir. my cousin ika duduk dekat situ dia selalu merungut situ selalu banjir kalau hujan lama sikit.  

i ada usha jugak tanah area area sg buloh. yelah sg buloh dengan damansara tak jauh sangat guys. tapi sejak mrt naik area sini tanah area sg buloh pun mahal ye.


tapi macam mana pun kalau boleh la kan kalau boleh i hope one day i mampu beli rumah in guarded area yang ada semua benda i nak tu tadi.



a house that big enough yang ada swimming pool, ada tanah bercucuk tanam, ada 5-6 room. simple je impian i. lepastuuuu i nak financially free. i tak peduli la orang nak kata impian i mustahil ke apa ke for me ni impian i. tak adalah i nak rumah besar sangat macam alif syukri tu. 

i nak rumah yang besar but not that big.  tapi kalau dapat besar macam tu pun apa salahnya. boleh la i bawak my mom  duduk dengan i and buatkan istana kucing untuk dia. she loves her cat so much and literally rejected to live with me sebab i nanti duduk condo. she would rather spend her live dekat rumah dia sebab dia nak jaga stray cat 6,7 ekor yang dia bela tu.


she also ada bagi makan anjing depan rumah.  :')


oh btw guys masa i breakfast dekat rumah mama semalam i dapat one shocking news. ada indian lady commit suicide sebaris rumah dengan mama. dia duduk dekat buaian and bakar diri.

:/

and yang paling i tak boleh brain that rumah bukan rumah dia pun. tu homestay tau.

i was like whatttttt.


i masa nak balik i lalu la depan rumah tu dah lorong rumah i kan. i tak bukak tingkap pun cuma i terlupa i buka aircond. bau dia menusuk sampai rasa nak muntah. i buka tingkap lepastu bau tak hilang hilang. so we went to watson and husband i pergi masuk dalam beli new pewangi kereta.


sepanjang jalam from my mom house tu kami bukak tingkap. lahhhhh tak mau hilang hilang . 

sudahnya dekat setia alam kami pergi isi minyak sebab i punya pening sampai terlepas simpang kat latar tadi kan kalau tak dah sampai dah rumah.  dekat petronas lepas isi minyak my husband bukak bonet bukak luggage ambik perfume dia and sembur. baru wangi satu kereta.


oh ya berbalik pada impian i tadi korang doakan impian i jadi kenyataan . semoga impian korang pun jadi kenyataan.  k lah i nak sambung study dulu.


talk to you guys later


till then


una mn





No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta