August 15, 2024

Love food fest at the curve & list of product i bought this month (selfcare edition)

 



hello hellooo


entry harini i nak bungkus je aktiviti i beberapa hari ni.  hari sabtu haritu i masuk office.

sebab weekend i bawak kereta pergi office so balik tu i macam nak singgah la ke love food fest.


10/8/2024

i singgah sana i mula mula rasa macam nak balik masak tapi i rasa happy bila tengok mall yang i suka lepak bussiness going well.crowded tu ye cuma for me still bearable. i dapat tahu suka dessert ada buat road tour. actually kedai suka dessert dengan rumah i taklah jauh mana cuma saja nak tengok makanan apa yang ada.


so i sampai sana i usha usha dulu kedai lain then i call my husband yang baru habis kerja 


me : kat mana?

him : on the way balik...

me : meh singgah curve nak? kita beli makanan kat sini je la tak payah masak

him: tolong belikan apa apa dekat suka dessert!

me : okay.


i beratur la . tak lama  dalam 20 min macam tu sampailah turn i. sebenarnya i ingatkan nak makan. biscuit cicah susu dia yang viral tu. tapi rupanya diorang tak bawak. so i pun belilah croissant with milk chochlate and  and satu lagi chochlate cheese in cup



rasa dia? ya Allah sedap weh. no i understand the hype. harini i tak beli cake in bowl sebab i takut tak habis.  lepastu kami order food and i proceed untuk balik rumah dulu sementara husband i tunggu makanan siap.


dia beli burger and sedihnya burger tu tak sedap. tapi takpelah anggaplah bukan rezeki.



11/8/2024

harini i balik dari office awal sikit . awal sejam sebab i ambik wellness 1 hour. i tak singgah food fest tapi i just pesan dekat husband untuk beli cake in bowl. i ingat dia beli cake in bowl untuk kami share berdua jelah. rupanya dia ketagih chocholate cheese in cup . so dia dah makan chochlate cheese in cup dekat sana.

:/ tak mungkin i boleh habis cake in bowl tu makan sorang. i suggest if korang nak makan choclate in bowl pastikan bukan makan berdua sebab takut tak habis. dia sedap . chochlate dia memang chochlate mahal. tapi kalau nak makan kena makan ber tiga ke berempat ke baru habis .


oh ya harini jugak i punya perfume harian sampai! i rasa i banyak kali cerita yang i jenis tidur pun pakai perfume . sebab tah suka wangi wangi. dulu tak macam ni. habit lepas khawin. so perfume i cepat habis. so kalau nak pakai hari hari takkan nak sembur perfume mahal ya tak? 


so kalini i try perfume paradise 



12/8/2024

harini i wfh. alhamdulillah harini barang skintific i sampai. 
i paling excited nak try niacinamide pink mask tu.


i beli sheet mask, moisturizer, serum, retinol, niacinamide pink clay mask , serum sunscreen, 
and refill skintific cushion. 


tengok lah siapa yang excited pakai pink mask tu :')



15/8/2024


i bought these product from tiktok shop sebab i tried so many thing tapi scalp i kering jugak
i punya eczema sangat obvious bahagin kaki i and kulit kepala. dulu i pakai selsun blue tapi i rasa sekarang dia dah immune dah. so i nak try ni dulu. 
after i try pakai i boleh cakap okaylah . cuma not wow sangat. cuma i puji hair mask dia buat rambut i betul betul lembut macam iklan shampoo. i really love lotion dia jugak. cepat meresap masuk kulit.


harga dia memang sangat murah guys. dalam 20 lebih je dapat semua ni.


k lah korang i nak rest ni esok kena bangun awal masuk office


till then


ttyl

 una mn











No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta