October 3, 2024

plan vs actual . super chaotic wednesday day out.

 



hi guys..  actually kan if you guy know me well korang tahu yang i dengan husband kaki movie. boleh kata every week kami akan tengok movie. well things have changed since my father passed away last year. sebab last year boleh kata every week i busy dengan urusan itu ini. jadi makin lama kami jadi makin kurang tengok movie. kalau dulu we will pick just any movie to watch but now we will watch movie yang kita betul betul nak tengok sahaja.


so yesterday plan asal kami nak tengok beetlejuice  but show time tinggal malam je sebab dah nak habis dah masa tayangan dia. and tempat pulak dekat central i city. kebetulan i memang ada class last night so yeah tak boleh. so kami plan tengok kang mak. siapa pernah tengok cerita horror comedy pee mak dari thailand tu. yang ni version indonesia dia.  


plan awal.... nak pergi makan dekat jaring , lepastu tengok movie dekat sunway lepastu balik sebelum maghrib sebab i ada class malam.


tiba tiba i terfikir kononnya la kami ni nak diet. kononnya kita nak makan dulu la benda benda kita suka before kita diet .so dalam banyak banyak benda adalah 1 yang husband and i nak try tapi tak pergi lagi.


kami nak try cookies dough  suka dessert. i pernah pergi tau dengan my cousin bella and fadhilah tapi in 2021. that was 3 years ago. masa tu cookie dough tu tak ada lagi.  so i ajak husband i .  b jom pergi.



sampai sana.... ya Allah beraturnya panjang. 1 hour ++ jugak la baru kami dapat makan. sebab dia campur take away dengan nak makan situ. tapi memang sedap la suka dessert. i cakap dengan husband

"me : b i nak suka dessert cookies dought and i want to try yang u try haritu je"

"him : hmm yelah"

 sebab haritu masa event love food fest dekat the curve i belikan untuk dia and dia makan cakap sedap sedap.

 lepastu i ada la ambik croissant sebab dia tak manis dengan hot chochlate dia. hot chochlate dia jenis pahit pahit gitu. so balance.


sekali husband i beli cookie dough tu dua. dia taknak share dengan i . sebab susu dia tu sikit dia cakap.


:/ . i tak tahu macam mana nak habiskan sebab i nak rasa je cookie dough tu guys. end up dia habiskan i punya and yang dia punya tu kami bungkus bawak balik.

i sebenarnya nak bungkus benda tu bawak balik hantar rumah dulu baru pergi jalan. oh my husband taknak. dia memilih nak buatkan itu sebagai sarapan.



so oleh sebab habis makan around 12 tak dapatlah kami ke jaring. tahu sebab apa? dari selayang ke restorang jaring yang terletak di sunway tu bukannya dekat. + jem dia lagi. sana kan kalau lambat memang tak ada dah la lauk best best. 

so kami pergi la ou . sebabkan kami punya monthly tradition ada 1 kali makan mahal (jangan tiru tradisi merepek ni , susah nak buang) so kami ke yakiniku kuro.   as usual i ambik 200gram husband ambik 200gram. we add on rice. tengah tengah makan i pun fikir eh. why not i book terus movie. sebab dekat apps movie 2:30.



okay kat sinilah mula chaos nya. i book guna my tgv apps. i ni tengok movie money i ada banyak so i claim my points la kan. kebetulan rabu pun ada discount movie ticket murah sikit. i book macam biasa. tapi sebab apps tgv yang baru ni dia tak friendly user macam yang lama. i pelik kenapa masa nak payment tu macam glitch sikit  and tak ada keluar macam dulu , ada double confirm movie hall mana, yada yada. 

i continue payment sebab i dah biasa beli guys . infact i siap favourite kan tgv one utama.  tiba tiba dah settle payment i punyalah terkejut.


dia punya location dekat sunway pyramid!!!


kami ni baru makan tau. apa lagi kami pun makan laju laju. i dalam hati tak tahu la rasa nak mencarut semua ada. i try contact tgv messanger di fb sebab diorang ni tak ada hotline. i prefer call sebab email entah  lagi berapa lama lagi diorang akan reply.

as i expected tak ada reply. so makan laju laju was the only option. lepas makan nak keluar parking kan.

ticket pulak buat guys . dia macam malang bertimpa timpa. sebab semalam i yang drive kan. husband i tahu kalau situation macam ni i mesti akan naik angin punya dia ambik that card contact orang mall tu. sebab dah bayar tapi ticket dia fail. tak boleh keluar. kita pulak nak cepat.


keluar parking kan korang rasa apa jadi? i buat jalan ldp tu macam litar lumba. jem pun magically kami tadi dah bazir masa beberapa minute. damansara ke sunway waktu peak biasanya 40 minute sebab jem. 

kami sampai semalam dalam masa 15 minute. habis segala zikir keluar dari mulut husband i.


i rasa macam kena rasuk setan kejap.


i punya life motto sejak belajar mandarin ni " taknak rugi" . HAHAHAHA

keluar dari kereta husband i suruh i istigfar dan banyak bersabar  dimana saranan tersebut i balas dengan jelingan maut. kesian member ... i yang salah , dia yang kena. biasalah sis tengah (Allah bagi cuti)

jadi emosi tu agak meluap luap. lepas habis movie i pergi sephora.  as usual i cuci mata je. sebab i punya make up banyak je lagi. and banyak tak terpakai. i dah janji dengan diri sendiri taknak beli eyeshadow dah. sebab i nak clean make up je sekarang.  


i rasa my focus lebih pada kulit.  i suka perfume  . tapi i dah kirim perfume dari mecca from bella so... yeah i tahan sabar je la.

i rasa la for now. perfume yang berbaloi beli yang i masih suka bau dia ialah chloe edp and jo malone peony and petal je. 

tapi takhta tertinggi tetap al musbah beauty musk.  sebab murah  and bau dia sedap gila.  i ada blind nose tau. lepas pakai dalam sejam  i tak bau dah even orang lain still boleh bau.


tapi al musbah beauty musk the whole day i masih boleh bau dia lagi. 

okay lepas jalan jalan  sephora kami pergi ke  macam booth la  ada event jaya grocer kot kat bawah. i beli zus coffee dalam tin tu. i beli 6  lepastu i tambah 1 coffee tin yang sparkling punya and 1  box yang caramel.  for me jimat sikit la sebab kalau macam tiba tiba i need coffee i usually pagi pagi beli dekat bask bear or zus. yang tin ni kira murah asalkan kami minum 1 tin je sehari .  yang box tu punya ada 5 sachet je. i join lucky draw dapat extra 2 sachet lagi.  so boleh la tahan beberapa hari this zus coffee ni. i will try not to drink it everyday sebab i tak suka jadi coffee dependant. 


lepas itu kami pergi ke jolli bee untuk bungkus our dinner. i ajak husband makan je dekat situ tapi sebab dia masih kenyang then takpelah kami tapau. on the way balik kami stuck dalam jem 2 jam setengah.


ya ANDA TAK SALAH BACA


2  HOURS +++

first time dari sunway ke damansara  2 jam guys. sebab hujan lebat ++ peak hours. i sampai rumah around 8 setengah. setengah jam i join class sambil drive. nasib loashi i memahami.


sampai rumah i pun join la class. then laoshi notice i dah sampai dia pun mintak i baca  a few sentence. habis je giliran i membaca i tutup camera and makan sambil join class.



oh btw kami dah dapat assignment baru. we need to submit in 2 weeks time. 


plannya harini i nak cuba settlekan. plannya harini i nak pergi hero market beli barang masak and masa lunch juga. husband i rindu masakan i . kesian jugak dengan dia.  sekarang  ni dia yang banyak masak dekat rumah.


k la guys. i nak rest jap and decide whether i keluar beli barang or i order barang masak dari jaya grocer je.  



till then


ttyl


una mn

No comments: