May 29, 2012

aku nak balas jasa mereka ,tuhan jangan ambil mereka please :'(

setelah menyepi selama 2 minggu ,akhirnya una kembali ke laman blog ini. 
sebenarnya kan sepanjang 2 minggu ni una balik kampung.
kat kampung tak ada coverage mujur ade blackberry boleh jugak on9 nak update blog  tak lepas la
kalau setakat on9 facebookk lepasla.. 
banyak benda berlaku. tuntasnya banyak sangat .
sekarang dah rasa kekok balik rumah sendiri,rasa nak balik kampung balik tidur dalam kelambu dengan opah atuk. MANJA?
ya saya manja. seronok sangat duduk kat kampung, kalau ikutkan hati tu taknak balik sini tapi sebab 30 ,31,1, ade kelas memandu terpaksa balik. tengok wajah tua opah atuk rasa sayu. entah bila dapat habiskan masa macam tu lagi dengan opah atuk. aku dah dewasa . bak kata orang kedah dah besaq . :(
naluri sungguh rasa pilu nak berpisah dengan kampung halaman  dan opah atuk.


sekarang masa untuk aku berbakti pada mereka. moga ALLAH bagi rezeki tak putus2 buat opah dan atuk.
dan aku sebagai cucunya harap dapat kerja secepat mungkin, boleh hulurkan duit sikit terbalas juga jasa mereka.sekarang opah jalan pun menyorong kerusi bersama. solat pun  solat duduk. kesian opah. kesian atuk. 
apalah yang aku boleh bagi sebagai cucu? aku harap nanti aku tak lupa diri , dan tak juga melupakan mereka.
satu je hasrat aku, aku harap ALLAH jangan ambil mereka dari aku terlalu cepat. sekurang2nya beri mereka kesempatan lihat aku berkeluarga.beri mereka kesihatan. tak ada yang mustahil jika ALLAH mengkehendakinya. aku harap begitu. sebab aku sayang mereka.

p/s : sekian sahaja coretan harini, aku sedih tak mampu nak teruskan.

No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta