June 13, 2012

ini perkara yang berlaku pada saya :'(

assalamualaikumm
korang buat apa? sorry lama dah tak jengah jengah blog korang semua. sebenarnya semenjak 2,3 menjak ni nak kata busy sangat tidaklah cuma banyak perkara yang bermain-main difikiran una. Haaaaa jangan terkejut tau sekarang ni diorang tak main kat padang dah, diorang main-main kat fikiran pulak. :P

alkisahnya una sudah pun mendapat result semester 6, baru -baru ini . alhamdulillah. itu saja una mampu cakap. syukurlah . dan sebelum ni una ada cakap una ambik lesen kan? ... Haaaaa sebenarnya una baru nak ambik test jpj. gila tak efisiennya kan? haha *gelak serius*

 



okay lepas ambik result hati tu, hati terdetik pulak nak mintak kerja, jadi dengan konfidennya mintak kerja kat beberapa company construction dan syarikat bukan construction. una bajet nak kerja bulan depan, akan tetapi  cewah akan tetapi la sangat. 
okay sambung... una dapat 5 interview keje, 4 daripadanya nak rushing suruh kerja cepat2. rasa macam :O
apa pun tak prepare lagi, 
mana nak berlatih kawal perasaan nervous? mana nak menghafal teori2 yang patut taktala ditanya bos kemain kacak menawan kalah dennis joseph o neil? mana??? mana??? Jatuh la reputasi kalau begini  hehe *gelak putus asa* 


1 tawaran di jalan bangsar (junior engineer),1 lagi di damansara (eksekutif), 1 lagi di cheras,1 lagi di bukit jalil, dan tawaran terakhir
di mont kiara. dalam 5 ni una minat yang di mont kiara positionnya sebagai  junior project manager.
padanlah tu una ada diploma je, syukur kerana Allah bagi rezeki tawaran begini setelah berkerja keras meminta kerja , penat tau bukan tak penat. =-=' . Oleh kerana dari ampang nak ke mont kiara tak ade public transport , jauh pulak tu. maka una fikir untuk sementara ni una kerja biasa2 je kat ampang nanti. Tengoklah macam mana. malas nak fikir. memandangkan tak lama lagi result upu untuk  degree keluar so nak tak nak tunggulah.. harap harap murahlah rezeki una :')






1 comment:

Unknown said...

wahh ! tahniah una ! ehh , nanti free , jumpe tau ! :)

💝 Anniversary Trip To Jakarta