June 21, 2012

harini test jpj, dan surah "alam nasyrah"

sekarang daku tengah  cuba memproses data dalam otak, lalu menterjemahkan dalam bentuk tulisan maha polos. ah bajetnya dikau una.
okay  ceritanya begini, una baru selesai  ambik  test jpj lesen kereta tadi,
berbekal semangat yang berapi-api dan bergunung-ganang una bangun pagi-pagi lagi
untuk menggosok baju yang hendak dipakai ke test nantinya  dengan harapan  encik-encik jpj akan  ___________ *isi tempat kosong sendiri*


a)terpukau
b)terpaku
c)terjun bangunan
d) meminta no telefon

akan tetapi harapan itu musnah berkecai , retak seribu umpama cermin siti norhaliza bila mendapati bahawa pegawai jpj itu adalah perempuan.
haaaaa akan tetapi ada hikmahnya tau, sebab cik jpj tu sangat baik hati, una rasalah kan dia banyak menenangkan hati una bila una dalam keadaan nervous dia ajak una bersembang. haii silap besarlah pegawai jpj tu, una ni kalau dah mesra mulut pot pet pot pet non stop *okey ini tipu*
keadaan sebenarnya ialah tanya 10 patah jawabnya sepatah je. suara pun pergh kalaulah boleh rekod tadi kan bagus, boleh jugak buat praktis bila nak menghadap ibu mertua nanti.

ok melalut.

sebenarnya una lupa nak cerita yang mula-mula una buat bukit dulu
pastu parking and tiga penjuru syukurlah. hanya dengan sekali percubaan una berjaya naik bukit tu . semua yang terjadi hari ini ada hikmah. sebabnya seorang kawan yang duduk sebelah una,
masa sebelum sampai giliran una dia tengok una gelisah, nampak gugup
 tiba-tiba dia senyum.. mak aiii cantiknya..
sumpah cantik. dia kata " awak, kalau awak takut, cuba baca "alam nasyrah". bagai di hipnotis una pun perlahan-lahan membaca surah tersebut. kuasa tuhan, perasaan tu hilang sekelip mata.
mungkin itu caranya ALLAH menolong una.

una tahu bila korang baca entry ini mesti ada yang fikir,
hek eleh baru lulus lesen dah kecoh aku tak payah baca pun lulus la
sebenarnya, una nak cakap yang "bila dia nak tunjuk kuasa DIA, bila-bila masa je :)

p/s: lepas ni nak fikir soal kerja pulak.

2 comments:

Unknown said...

kiter dah lulus jugak , tp smpi skrg tak berani bawak kete --'

ayat tu mmg elok utk diamalkan :)

Rara Farah said...

hehe..memang nebes gila kan masa tunggu turn tu...tapi bile dah lulus,nak melompat je rase